COVID-19 bukan lagi isu serantau. Ia adalah pandemik yang menjadi isu keselamatan kesihatan utama yang melanda global. Sejak ia mula muncul di Wuhan, China pada penghujung tahun lalu pelbagai pihak telah muncul bagi membantu memerangi penularan wabak ini.
Walaupun cuba dihalang namun dengan kepesatan pergerakan manusia secara global telah menyaksikan satu dunia berdepan masalah ini. Selain pihak kerajaan serta kerjasama antarabangsa antara pihak yang boleh memainkan peranan besar adalah syarikat-syarikat gergasi dunia.
Ketika China dilanda virus ini, Nike merupakan antara jenama pertama yang melindungi pekerjanya dengan menutup kesemua operasi. Dan kini Nike telah tampil ke hadapan untuk memainkan peranan mereka yang memiliki kepakara dalam bidang penghasilan pelbagai jenis produk pakaian dan kelengkapan diri.
Ads
Terbaru Nike dilaporkan sedang menghasilkan prototaip pelindung muka yang merupakan sebahagian daripada personal protective equipment (PPE) yang digunakan oleh doktor dan petugas kesihatan untuk merawat pesakit COVID-19.
Memetik laporan Business Insider, CEO Nike, John Donahoe mengumumkan perkara tersebut menerusi persidangan video Selasa lali. Jelasnya, Nike sedang menghasilkan prototaip dengan kerjasama daripada petugas kesihatan dari Oregon Health & Science University (OHSU).
“Nike perlu memainkan peranan untuk membantu petugas kesihatan. Buat masa sekarang pasukan kami dengan kerjasama pasukan dari OHSU sedang melakukan yang terbaik bagi menghasilkan pelindung muka dan peralatan PPE yang lain,” jelasnya lagi.
Ads
Terdahulu pada awal bulan ini John Donahue dan isterinya, Eilen serta beberapa bekas eksekutif Nike telah turut serta menyumbangkan sebanyak USD7 bilion kepada OHSU bagi membantu membanteras wabak ini.
Dalam pada masa yang sama, sebuah lagi jenama terkenal dari Amerika Syarikat iaitu New Balance turut mengambil langkah yang lebih kurang sama. Kilang-kilang mereka telah diarahkan untuk menghasilkan dan menghantar topeng muka kepada hospital komuniti.
Semoga lebih banyak jenama dan syarikat gergasi mengambil langkah yang sama bagi membantu pihak kerajaan negara masing-masing memerangi COVID-19.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat beberapa selebriti terkenal yang meninggal dunia, ketika mereka masih menjalani penggambaran atau sebelum sesebuah projek filem atau program itu sempat dihasilkan sepenuhnya. Ini termasuk yang terbunuh semasa berada di lokasi penggambaran. Pemergian secara mengejut figura awam yang menghiasi kaca televisyen dan layar perak ini pastinya akan dikenang sampai bila-bila. Jom kita lihat senarai tersebut.
Marilyn Monroe
Umur: 36 tahun (1926-1962)
Tempat lahir: Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Filem: Some Like It Hot, The Seven Year Itch, Gentlemen Prefer Blondes, How to Marry a Millionaire
Aktres berambut perang yang merupakan ikon Hollywood abad ke-20 ini ditemui mati di rumahnya di Los Angeles pada 5 Ogos 1962. Ketika itu, beliau sedang menjalani penggambaran filem komedi berjudul “Something’s Got to Give”. Monroe dijumpai mati di rumahnya di Brentwood, CA. Beliau ditemui terbaring di atas katilnya, dalam keadaan tanpa seurat benang dan memegang telefon. Terdapat beberapa botol pil kosong dibuang di sekitar kawasan biliknya itu. Selepas siasatan dijalankan, pihak polis menyimpulkan kematian Monroe adalah kerana pengambilan ubat penenang “barbiturates” secara berlebihan. Beliau berkemungkinan memang berniat untuk membunuh diri. Filem terakhirnya itu dilanda masalah sejak awal penggambaran lagi. Pada mulanya, Monroe dipecat dan akhirnya dimasukkan semula. Ini kerana pelakon Dean Martin enggan bekerja dengan mana-mana pelakon lain selain Monroe.
Penggambaran filem ini tidak sempat selesai, kerana pemergian mengejut Monroe. Pada tahun 2001, sebahagian filem ini dapat ditonton menerusi sebuah dokumentari berjudul “Marilyn: The Final Days”.
Paul Walker
Umur: 40 tahun (1973-2013)
Tempat lahir: Glendale, California, Amerika Syarikat
Filem: Fast and the Furious, Furious 7, Fast & Furious 6, 2 Fast 2 Furious
Pada 30 November 2013, bintang “Fast & Furious”, Paul Walker meninggal dunia dalam sebuah nahas jalan raya. Beliau ketika itu bersama bekas rakan pelumbanya, Roger Rodas. Mereka dalam perjalanan pulang dari menjayakan sebuah acara amal “Reach Out Worldwide” di Santa Clarita, California yang bertujuan membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina. Kereta jenis Porsche yang dipandu Rodas itu tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh sebuah pokok. Kereta itu dijilat api dan kedua-dua mereka disahkan mati di tempat kejadian. Filem “Fast & Furious 7” yang masih menjalani penggambaran terpaksa dihentikan buat seketika oleh Universal Pictures. Akhirnya, mereka meneruskan projek itu dengan kombinasi penggunaan kesan khas dan “stunt doubles”.
Pada masa itu, Walker telah menamatkan penggambaran filem bergenre sains fiksyen dan jenayah, “Brick Mansions” yang telah ditayangkan pada tahun 2014. Fast & Furious 7 pula menemui penonton pada 3 April 2015, dengan pulangan “box office”. Pada Mac 2015, bintang Fast & Furious 7, Vin Diesel telah menamakan anak perempuannya “Pauline”, sebagai tanda memperingati mendiang.
Heath Ledger
Umur: 29 tahun (1979-2008)
Tempat lahir: Perth, Australia
Filem: 10 Things I Hate About You, A Knight’s Tale, Brokeback Mountain, The Dark Knight
Pada 22 Januari 2008, Ledger ditemui dalam keadaan tidak sedar di atas katil oleh pembantu rumah dan tukang urutnya di apartmen beliau tinggal di Manhattan. Ketika itu, beliau baru sahaja tamat penggambaran filem “The Dark Knight” arahan Christopher Nolan dan sedang menjayakan filem “The Imaginarium of Dr. Parnassus” arahan Terry Gilliam. Gilliam membawa barisan teman rapat Ledger, seperti Johnny Depp, Jude Law dan Colin Farrell untuk mengambil alih watak Ledger, menerusi baki adegan yang tidak sempat dirakamkan mendiang. Pada November 2007, Ledger memberitahu The New York Times bahawa beliau sedang mengambil Ambien, sejenis ubat preskripsi untuk merawat gejala insomnia yang dialaminya, bagi jangka masa pendek.
Cory Monteith
Umur: 31 tahun (1982-2013)
Tempat lahir: Calgary, Kanada
Drama/filem: Glee, Monte Carlo, Final Destination 3, Sisters & Brothers
Bintang drama bersiri komedi muzikal, “Glee” ini ditemui mati di dalam bilik hotel Vancouver di Kanada pada 13 Julai 2013. Ketika itu, beliau sedang dalam tempoh berehat bagi penggambaran antara musim ke-4 dan ke-5 rancangan popular itu. Menurut pihak berkuasa, pelakon itu meninggal akibat kombinasi heroin dan alkohol yang sangat berbahaya. Namun, mereka menolak kemungkinan terdapatnya sebarang unsur khianat. Pada Mac 2013, Monteith kembali ke pusat pemulihan kerana penyalahgunaan bahan terlarang. Penerbit Glee menukar jadual beliau supaya membolehkannya mendapatkan rawatan. Pada April 2013, Monteith nekad meninggalkan “Glee”. Namun, beeliau dilaporkan kembali bersemangat. Monteith mengemaskini status di Twitternya: “Buat semua yang saya cintai, ucapan terima kasih atas sokongan yang berterusan. Ia sangat bermakna kepada saya”.
Pada 6 Julai 2013, beliau mendaftar masuk di sebuah hotel di Vancouver, Kanada. Monteith keluar bersama rakan-rakannya pada malam 12 Julai. Beliau kemudiannya dilaporkan kembali ke hotel tersebut berseorangan. Namun, Monteith gagal untuk mendaftar keluar pada keesokan paginya. Pemeriksaan di bilik beliau pada tengah hari mendedahkan bahawa bintang itu telah meninggal dunia. Menurut laporan Perkhidmatan Koroner Columbia British, analisis autopsi dan toksikologi mendedahkan pemergian Monteith adalah akibat overdos heroin dan alkohol. Beliau menyamakan situasi itu dengan watak “The Joker” dalam filem “Batman The Dark Knight”. Menurut beliau, watak itu digambarkan sebagai “psikopatik, pembunuhan secara beramai-ramai dan badut skizofrenia tanpa perasaan empati”. Menurutnya lagi, purata waktu tidur beliau hanyalah 2 jam setiap malam. Kematian bintang muda itu dipercayai berpunca daripada overdos pil tidur dan pelbagai ubat preskripsi lain yang dijumpai semasa proses bedah siasat.
Steve Irwin
Umur: 44 tahun (1962-2006)
Tempat lahir: Essendon, Australia
Siri televisyen/dokumentari: The Crocodile Hunter: Collision Course, The Crocodile Hunter Diaries, Ocean’s Deadliest, The Crocodile Hunter
Pakar hidupan liar dan pencinta haiwan kesayangan ramai, Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai “The Crocodile Hunter”, terbunuh akibat disengat oleh seekor ikan pari sewaktu penggambaran sebuah dokumentari berjudul “Ocean’s Deadliest”. Kejadian malang itu berlaku pada 4 September 2006, dimana Irwin sedang terlibat dalam program berkenaan di luar pantai Port Douglas di Queensland, Australia. Ketika Irwin sedang bersnorkel, dadanya tertusuk duri ikan pari gergasi sebelum terkena pada jantungnya. Sejurus selepas itu, Irwin meninggal dunia dalam tempoh kurang 10 minit akibat serangan jantung.
Terkejut dengan berita itu, peminat Irwin berkabung dan memberi penghormatan terakhir di Zoo Australia, yang diuruskan oleh mendiang dan isterinya. Sehingga hari ini, Steve Irwin terus dikenang atas sumbangannya yang tidak terkira dalam bidang pendidikan dan pemuliharaan hidupan liar. Antaranya beliau telah membuka sebuah organisasi untuk menyelamatkan dan melindungi buaya. Selain itu, beliau juga menyokong pelbagai lagi kerja amal melibatkan haiwan. 15 November telah ditetapkan sebagai “Steve Irwin Day”, suatu pengiktirafan dunia terhadap mendiang.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketika anda memikirkan serangan jantung, anda mungkin akan beranggapan bahawa penyebab yang paling umum adalah merokok, kolesterol tinggi atau obesiti. Masalah kesihatan mental mungkin tidak menjadi salah satu penyebab menurut anda. Hal itu adalah salah sama sekali.
Kesihatan mental sebenarnya berupaya untuk menjadikan keadaan kesihatan jantung seseorang itu bertanbah parah. Kemurungan dikatakan boleh menimbulkan risiko yang cukup besar untuk kesihatan jantung. Dalam analisis baru, peneliti di Jerman memeriksa 3.428 lelaki Eropah antara usia 45-74 tahun selama 10 tahun.
Hasilnya kematian yang diakibatkan oleh penyakit kardiovaskular selama tempoh masa penelitian ini sering berkaitan dengan kemurungan. Dalam penelitian ini, kemurungan termasuk perasaan cemas dan perasaan lelah yang difikirkannya. Maksudnya, kesihatan mental pada kebanyakan pesakit jantung harus sentiasa stabil.
SEORANG PENELITI JANTUNG KARDIOVASKULAR DI INTERMOUNTAIN MEDICAL CENTER HEART INSTITUTE DI SALT LAKE CITY, HEIDI MEI, PHD MENGATAKAN, PENELITIAN BARU SANGAT SEIRING DENGAN APA YANG KETIKA INI DILAPORKAN OLEH PENELITIAN YANG LAIN.
“Ada pengakuan yang berkembang tentang keperluan untuk menyaring dan mengubati kemurungan untuk mengurangkan risiko kardiovaskular negatif,” kata Mei, seperti dilansir dari Fox News, Minggu (29/1).
Oleh itu pesakit jantung digalakkan untuk berjumpa dengan pakar terapi untuk meluahkan masalah mereka agar kemurungan itu boleh dielakkan demi kesihatan yang lebih baik. Berbincang dengan teman juga boleh membantu mengurangkan risiko kemurungan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua pembaca dan semoga kta bertemu lagi di masa akan datang.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf).
Antara faktor punca gangguan sakit belakang berlaku adalah:
-Mengamalkan postur (kedudukan) badan yang tidak betul
-Melakukan aktiviti diluar kebiasaan
-Mengamalkan gaya hidup tidak aktif
Ronald Lawrence, Pengasas Persatuan Atlet Amerika Syarikat berkata, sakit belakang boleh dirawat dengan sukan ‘Rock Climbing’. Sukan ini mampu memberi kuasa regangan menyeluruh termasuk bahagian belakang, menambah fleksibiliti tulang bagi mengelak sakit belakang.
Sungguhpun begitu, adalah dinasihatkan untuk melakukan aktiviti sukan ini secara berperingkat dan perlahan-lahan mengikut keupayaan untuk merasai perubahannya tanpa menambahkan risiko kecederaan fizikal yang lain.
2. KANSER PROSTAT PEMBUNUH FUNGSI KELELAKIAN
Simptom kanser prostat adalah berbeza-beza bagi setiap lelaki yang mengalaminya. Punca utama wujud kanser prostat dalam tubuh lelaki mungkin disebabkan oleh faktor usia, sejarah keluarga atau paras testosteron (hormon seks lelaki) yang luar biasa.
Kanser prostat merupakan pembunuh dalam senyap, pada peringkat awal menunjukkan simptom masalah kesihatan yang jarang-jarang terjadi. Pada peringkat yang lebih serius, pertumbuhan sel kanser yang semakin membesar akan menekan uretra menyebabkan beberapa gejala tertentu.
ANTARA TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
-Aliran keluar air kencing yang tidak lancar atau sukar keluar.
-Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam atau kencing tidak lawas
-Sakit atau pedih semasa buang air kecil
-Sakit semasa atau selepas berlaku ejakulasi (pancutan air mani)
-Keluar darah dalam air kencing atau air mani
3.LELAKI JUGA ‘MABUK’ MENGANDUNG
Siapa kata isteri sahaja yang mengalami situasi ‘mabuk’ ketika mengandung? Tahukah anda, lebih 10% lelaki dikesan ‘mabuk’ sepanjang tempoh kehamilan isteri. Kadang kala lebih teruk lagi daripada wanita. Simptomnya lebih kurang sama kecuali perubahan fizikal, iaitu rasa mual, pening, hilang selera makan dan stres.
Kadangkala lelaki juga mengalami tekanan pada bulan ketiga, keenam dan ke-12 selepas isteri melahirkan bayi.
4.79% LELAKI MENGALAMI BUASIR
Dianggarkan 55% penduduk Malaysia mengalami masalah buasir. 79% daripadanya adalah lelaki dalam lingkungan umur 20 hingga 60 tahun.
Ramai lelaki yang malu untuk mengakui mengalami buasir pada peringkat awal. Kebanyakannya diketahui apabila sakit telah menjadi serius. Punca utama berlakunya buasir ialah tidak menjaga pemakanan, sembelit yang teruk dan kurang pengambilan air.
5.KE MANA HILANGNYA FUNGSI SEKSUAL SANG LELAKI
Masalah fungsi seksual bukan suatu perkara kecil yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Sekiranya anda mengalami masalah Erectile Disfunction (ED), jangan merasa rendah diri kerana penyakit ini tiada kaitan dengan kelemahan anda sebagai lelaki.Tampilkan diri dengan membuat pemeriksaan doktor.
BERIKUT MUNGKIN PERSOALAN YANG BAKAL DITANYA OLEH DOKTOR PAKAR UNTUK MEMBANTU ANDA:
-Sejarah pembedahan dan kecederaan di sekitar tulang pelvis
-Jenis dan dos perubatan yang anda sedang ambil
-Gaya hidup harian anda seperti kekerapan mengambil alkohol, rokok atau rutin stres
-Menguji kelenjar dan saraf prostat (kemungkinan berlaku kerosakan saraf) dan ujian darah
Jika anda tidak mengalami satu pun masalah di atas. Mungkin anda masih lagi di peringkat bawah umur dan belum mendapat pangkat maskulin. Atau mungkin anda mengamalkan gaya hidup sihat dan belum ditakdirkan untuk mengalaminya. Mudah-mudahan dijauhkan dari segala penyakit dan masalah kesihatan lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.