Nike Hasilkan ‘Kasut Emas’ Sempena Sukan Olimpik 2020

Share

Tahun ini merupakan kalendar yang cukup istimewa buat atlet dan penggiat pelbagai jenis sukan di dunia. Sukan Olimpik yang bakal dilangsungkan di Tokyo, Jepun akan diadakan tidak lama lagi.

Temasaya empat tahun sekali tersebut sentiasa menarik jutaan penonton dari seluruh dunia. Inilah temasya sukan yang mempunyai signifikasi cukup besar buat semua negara yang bertanding.


Selain penyertaan pelbagai negara dari semua benua, jenama-jenama pengeluar pakaian sukan juga bakal berlumba-lumba memperkenalkan produk edisi istimewa mereka.

Nike selaku antara pemain utama industri ini turut tidak ketinggalan dengan pelbagai kempen mereka. Antara yang bakal diperkenalkan oalah model Nike Air Max 97 ‘Gold Medal’.

Bertepatan dengan namanya, kasut ini ditampilkan dengan kemasa berwarna emas dari atas ke hujung. Menggunakan bahan seperti kulit yang dicelup warna emas, Air Max 97 ‘Gold Medal’ ini mengetengahkan aspirasi kejuaraan di Sukan Olimpik.

Setakat ini Nike masih belum mengeluarkan tarikh bila ia akan dipasarkan. Namun kasut ini dijangka bakal berada di pasaran berdekatan dengan tarikh pembukaan Sukan Olimpik 2020 Tokyo di antara 24 Julai hingga 9 Ogos.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim