Tahun ini merupakan kalendar yang cukup istimewa buat atlet dan penggiat pelbagai jenis sukan di dunia. Sukan Olimpik yang bakal dilangsungkan di Tokyo, Jepun akan diadakan tidak lama lagi.
Temasaya empat tahun sekali tersebut sentiasa menarik jutaan penonton dari seluruh dunia. Inilah temasya sukan yang mempunyai signifikasi cukup besar buat semua negara yang bertanding.
Ads
Selain penyertaan pelbagai negara dari semua benua, jenama-jenama pengeluar pakaian sukan juga bakal berlumba-lumba memperkenalkan produk edisi istimewa mereka.
Nike selaku antara pemain utama industri ini turut tidak ketinggalan dengan pelbagai kempen mereka. Antara yang bakal diperkenalkan oalah model Nike Air Max 97 ‘Gold Medal’.
Ads
Ads
Bertepatan dengan namanya, kasut ini ditampilkan dengan kemasa berwarna emas dari atas ke hujung. Menggunakan bahan seperti kulit yang dicelup warna emas, Air Max 97 ‘Gold Medal’ ini mengetengahkan aspirasi kejuaraan di Sukan Olimpik.
Setakat ini Nike masih belum mengeluarkan tarikh bila ia akan dipasarkan. Namun kasut ini dijangka bakal berada di pasaran berdekatan dengan tarikh pembukaan Sukan Olimpik 2020 Tokyo di antara 24 Julai hingga 9 Ogos.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh kira-kira sebulan lagi kejohanan bola sepak terunggul di dunia bakal diadakan sekali lagi. Kali ini ia pertama kali dianjurkan di negara Arab iaitu Qatar.
32 buah negara bakal berentap untuk meraih gelaran ulung juara dunia buat sukan paling popular di dunia tersebut. Walaupun negara kita tidak menyertai kejohanan penuh prestij ini namun ramai yang mempunyai pasukan pilihan masing-masing untuk disokong.
Tiada kejohanan yang mampu memberikan keterujaan sama seperti Piala Dunia. Datang sekali dalam tempoh empat tahun, Piala Dunia sememangnya acara sukan yang mendapat tontonan paling tinggi di serata dunia.
Selain pemain bintang dari pelbagai benua berentap di pentas sama kemunculan mereka di padang bola sepak juga sentiasa menjadi perhatian. Salah satu perkara yang sentiasa menarik perhatian peminat bola sepak khususnya ialah rekaan jersi setiap pasukan.
Jersi bola sepak kini telah menjadi sebagai salah satu trend yang cukup trendy. Selain simbol sokongan rekaan yang ditampilkan juga mempunyai tarikan yang tersendiri.
Saban kejohanan yang muncul pengeluar dan penaja setiap pasukan seperti Nike, Adidas, Puma dan sebagainya bersaing menampilkan rekaan dan juga teknologi terkini pada jersi atau kit yang dihasilkan.
Berikut merupakan 10 jersi Piala Dunia pilihan MASKULIN!
Buat anda yang berminat ingin miliki jersi-jersi seperti MASKULIN senaraikan di atas boleh dapatkannya di https://invol.co/clenhs1
Sementara itu jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik tentang gaya hidup dan hobi lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kepada penggemar setia Sushi, pasti anda tahu bagaimana untuk menikmati hidangan Sushi kan? Namun ada beberapa fakta menarik yang mungkin anda terlepas pandang akan makanan yang berasal dari Negara Jepun ini.
Sihat dah Berkhasiat
Tahukah anda bahawa Sushi mempunyai Kalori yang rendah? Ia bukan sahaja enak, dan berwarna-warni, malah boleh dikatakan sebagai makanan yang paling sihat dan berkhasiat. Sushi mengandungi pelbagai mineral dan serat; ikan mentah pula mengandungi DHA dan EPA yang tinggi dan baik untuk otak!
Aneka Pilihan
Sushi menawarkan rasa dan tekstur yang kaya kerana ia terdiri daripada pelbagai makanan laut. Kombinasi makanan laut tidak terhad dan boleh digandingkan mengikut imaginasi dan kreativiti chef sushi.
Kurangkan Kepedasan Wasabi
Kebanyakan orang suka menikmati sushi dengan sedikit wasabi. Apabila kepedasan wasabi melampau sehingga lidah terasa panas, tutup mulut dan bernafas melalui hidung untuk meredakan rasa pedas yang dialami. Sekiranya anda membuka mulut, kepedasan akan kekal dirasai dalam mulut sahaja. Cubalah!
Halia Merah
Tahukah anda halia merah boleh membangkitkan deria rasa kita apabila menikmati sushi?
Halia merah boleh membersihkan tunas rasa untuk mencegah rasa ikan yang berlainan daripada mengganggu sensitiviti lidah agar kita betul-betul dapat menikmati kepelbagaian dan keenakan sushi!
Mencelup Sushi Dalam Kicap?
a. Kepit sushi dan hanya celup nasi dalam kicap agar tidak menutup rasa ikan yang segar.
b. Kepit sushi, terbalikkannya untuk mencelup bahagian ikan dengan sedikit kicap bagi menyerlahkan rasanya.
Menarik tak Fakta ni? lepas ni kalau Girlfriend ajak dating makan Sushi, anda dah ada knowledge pasal SUSHI!
*Sumber dari Empire Sushi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda bakal keluar bertemujanji dengan seorang wanita, berpakaianlah seperti seorang lelaki.
Pemakaian anda mestilah boleh difahami oleh si dia dan boleh meyakinkan si dia bahawa anda serius dengan perhubungan anda dengannya, yang mungkin boleh membawa kepada komitmen yang terbesar dalam hidup anda.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mempunyai drama yang tersendiri pada pertemuan dan perhubungan mereka sebelum perkahwinan yang mana anda sendiri boleh bayangkan bagaimana ianya berlaku dan berapa lama ia bertahan.
Akan tetapi fokus di sini adalah bagaimana untuk menghadirkan diri anda kepada seorang wanita yang sangat layak untuk menjadi pasangan hidup anda dengan cara yang betul.
Ringkasnya, wanita sangat mengambil berat tentang penampilan dan mudah tertarik pada lelaki yang kelihatan sihat dan rupa paras yang menawan.
Pakaian meliputi 90% daripada badan anda, jika ianya dipakai dengan betul ia boleh membantu anda kelihatan lebih baik dengan mengukuhkan ciri-ciri positif diri anda dan meminimakan ciri anda yang kurang menarik.
Anda tidak akan tahu sama ada wanita yang anda akan temui akan suka pada personaliti anda, tetapi bagaimanapun, anda boleh tentukan visual diri anda yang paling menyerlah dan terbaik.
Si dia pastinya akan menghabiskan banyak masa untuk memastikan dirinya rapi dan menarik pada mata anda.
Setidaknya paling kurang apa yang anda boleh lakukan adalah dengan membalas usahanya itu dengan pemakaian anda sebagai tanda hormat pada si dia.
Anda perlulah melayan orang lain dengan baik jika anda ingin dilayan dengan lebih baik.
Terutama bagi temujanji yang di luar rumah, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan kasual tetapi tidak selekeh.
Elakkan memakai pakaian yang membuatkan anda kelihatan seperti tidak rapi atau tidak menjaga pemakaian seperti jeans biru yang pudar atau lusuh, sweatpants atau pakaian sukan (melainkan jika ianya adalah temujanji ketika jogging).
Seluar jeans yang berwarna hitam gelap atau indigo adalah penyeimbang yang baik dan boleh disesuaikan dengan apa-apa baju sama ada T-shirt kolar lengan pendek, kemeja atau jaket sukan.
Selitkan T-shirt anda ke dalam seluar (kecuali jika temujanji adalah di persisiran pantai) dan sepadankan tali pinggang kulit anda dengan sepasang kasut kulit yang sama warna.
Temujanji makan malam atau apa sahaja yang berkaitan temujanji di zaman urbanisasi ini biasanya bermaksud anda perlu memakai jaket.
Anda tidak perlu memakai satu sut yang lengkap jika ia tidak perlu. Cukup sekadar anda memakai blazer dan padankan ia dengan pakaian yang lain untuk kelihatan lebih formal.
Jika anda bertemujanji pada siang hari dan mahukan sesuatu yang tampak lebih kasual, jaket sukan adalah pilihan yang paling terbaik.
Pemakaian blazer atau jaket sebenarnya akan menyerlahkan lagi diri anda dengan perwatakan yang lebih maskulin dan menarik.
Hal ini boleh menjadikan diri anda sentiasa menjadi perhatian bagi wanita-wanita di luar sana dan pastinya bagi si dia yang beruntung dapat bertemujanji dengan anda.
Sama ada anda memakai kasut kanvas yang digunakan untuk merantau ke bandar atau kasut formal yang digunakan untuk makan malam di hotel lima bintang, si dia akan sentiasa memerhatikan apa yang anda pakai dari atas sehingga ke bawah.
Kasut adalah salah satu petunjuk yang sangat penting kepada personaliti diri anda.
Jadi sentiasa pastikan kasut anda bersih, berfungsi dan bergaya.
Seseorang lelaki yang bakal bertemujanji untuk kali pertama perlu memastikan dirinya rapi, berpakaian kemas dan menyerlah supaya si dia akan rasa lebih seronok untuk meluangkan masa bersama.
Tujuan utama pemakaian yang betul adalah untuk memberikan anda keyakinan untuk fokus terhadap wanita yang anda temujanji.
Semoga anda berjaya untuk temujanji yang pertama!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.