Nike & Converse Perkenalkan Koleksi Edisi Istimewa 2020 Black History Month

Share

Setiap tahun warga Amerika Syarikat berketurunan African American menyambut Black History Month bagi memperingati segala perjuangan, pengorbanan serta penderitaan yang dilalui oleh nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu.

Dan sebagai memperingati bulan cukup istimewa itu banyak jenama fesyen menampilkan koleksi eksklusif. Antara yang sering mengetengahkan koleksi edisi khas ialah Nike dan Converse.

Untuk koleksi tahun ini, Nike dan Converse baru sahaja mengumumkan koleksi yang menampilkan kasut Nike Air Force 1, Nike Air Max 95, Converse Chuck 70 dan Converse Pro Leather.

KOLEKSI NIKE

Rekaan dan pemilihan warna gabungan pada setiap kasut melambangkan kepelbagaian warisan budaya Afrika. Tampil dengan tema color-blocking ia merupakan satu penghormatan kepada tekstil pengaruh Afrika dan juga gaya trendy era 90-an.

KOLEKSI CONVERSE

Menariknya di setiap ‘lidah’ kasut terdapat cetakan ‘BHM’ yang membawa maksud ‘Black History Month’.

Koleksi dari Nike dan Converse ini dijangka berada di pasaran bermula pada bulan Februari tahun ini. Bagi collector kasut Nike dan Converse inilah koleksi edisi terhada yang tidak harus dilepaskan.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim