
Setiap tahun warga Amerika Syarikat berketurunan African American menyambut Black History Month bagi memperingati segala perjuangan, pengorbanan serta penderitaan yang dilalui oleh nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu.
Dan sebagai memperingati bulan cukup istimewa itu banyak jenama fesyen menampilkan koleksi eksklusif. Antara yang sering mengetengahkan koleksi edisi khas ialah Nike dan Converse.
Untuk koleksi tahun ini, Nike dan Converse baru sahaja mengumumkan koleksi yang menampilkan kasut Nike Air Force 1, Nike Air Max 95, Converse Chuck 70 dan Converse Pro Leather.
KOLEKSI NIKE
Rekaan dan pemilihan warna gabungan pada setiap kasut melambangkan kepelbagaian warisan budaya Afrika. Tampil dengan tema color-blocking ia merupakan satu penghormatan kepada tekstil pengaruh Afrika dan juga gaya trendy era 90-an.
KOLEKSI CONVERSE
Menariknya di setiap ‘lidah’ kasut terdapat cetakan ‘BHM’ yang membawa maksud ‘Black History Month’.
Koleksi dari Nike dan Converse ini dijangka berada di pasaran bermula pada bulan Februari tahun ini. Bagi collector kasut Nike dan Converse inilah koleksi edisi terhada yang tidak harus dilepaskan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nampak Lebih Kacak Dengan Trik Fesyen Ini, Salah Satunya Cara Pilih Kemeja

Tanyalah mana-mana lelaki, sama ada mengaku atau tidak semua mahu nampak kacak dan bergaya. Alasan tiada wang untuk bergaya juga sebenarnya tidak boleh diterima. Idea gaya itu ada bermacam jenis tapa mengira kos yang tinggi.
Walau apa jua jenis kerjaya, personaliti dan juga bentuk badan seorang lelaki itu bleh tampil bergaya jika kena caranya. Selagi tidak melakukan perubahan selagi itulah anda tidak akan nampak perubahan.
Selain menggayakan pakaian yang cantik anda juga boleh mengikuti beberapa tip fesyen dan gaya yang cukup relevan dengan lelaki.
Pakaian tidak melengkapi anda tetapi personaliti dan juga cara penggayaan. Berikut MASKULIN kongsikan do’s and don’t untuk anda sebagai seorang lelaki nampak lebih kacak, tampan dan bergaya.
Lengan baju menutup jam tangan
Jam itu merupakan mahkota bagi tangan lelaki. Jadi mengapa anda mahu menyorok mahkota tersebut? Jika tampil kasual dengan kemeja, lipatlah sedikit lengan baju agar jam tangan kelihatan. Bukan sahaja ia memudahkan anda melihat waktu malah penam,pilan anda juga akan jadi jauh lebih macho.
T-shirt bercetak
Jika anda memakai jaket elak memakai t-shirt yang mempunyai corak. Ketahulila bahawa t-shirt bercetak besar merupakan trend ketinggalan zaman. Cuba bayangkan bagaimana James Dean tampil berpakaian. Ringkas, klasik dan kacak!

Kemeja-T berlengan besar dan labuh
Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh adalah memburukkan penampilan anda. Pilih lengan t-shirt yang sesuai dengan diri anda. Jangan merosakkan penampilan anda.
Memakai tali pinggang dan suspender
Tali pinggang dan pendakap suspender perlu secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama. Pilih salah satu dan bukan pakai kedua-duanya sekali gus. Kedua-dua aksesori ini mempunyai fungsi sama jadi kenapa nak pakai kedua-duanya sekali.
Baju berkedut
Ya, memang agak melecehkan bila kena gosok baju. Namun jadikanlah ia tabiat yang menjadi keutamaan bila anda ingin tampil ke luar dan bergaya. Pakaian berkedut hanya menonjolkan sisi selekeh dan membuatkan anda nampak seolah-olah sebagai seorang pemalas.

Saiz salah
Jika anda hendak membeli apa jua pakaian seperti baju, sut atau kasut sekalipim usahlah pakai yang terlalu besar atau kecil. Pastikan saiznya bersesuaian dengan bentuk badan anda.
Buka sedikit butang
Apabila memakai sut atau jaket, jangan butang kesemua lubang melainkan ia hanya mempunyai satu butang. Atau hanya biar butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda duduk.
BACA: Poket Kecil Seluar Jean, Ini Sebenarnya Fungsi Ia Diperkenalkan
Baju ke dalam seluar
Masih ramai lelaki yang memakai kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja itu, coraknya, atau sama ada berlengan panjang atau pendek – jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan kemeja anda ke dalam seluar. Ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik. Melainkan anda menggayakan kemeja seperti flanel atau bercorak seperti tema Hawaii atau tye dye.
Poket kembung
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang cantik dan elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag.
Pakai sut hitam setiap hari
Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian. Anda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, warna yang sesuai dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat.
MASKULIN yakin dengan beberapa tip fesyen di atas anda mampu melakukan perubahan penampilan menjadi lebih kacak dan tampan. Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
7 Trik Jaga Sneakers Putih Berjenama Agar Kekal Cantik Macam Baru Unbox!

Pemakaian sneakers putih sentiasa evergreen dan tidak pernah lapuk ditelan zaman. Ia juga dianggap item fesyen yang paling mudah untuk disuai padan dengan apa jua pakaian.
Namun, ada satu perkara yang orang berfikir dua kali untuk membeli sneakers putih iaitu ia sukar untuk dijaga. Lebih-lebih, ia mudah kotor apabila kena pijak.
Bagi mengatasi masalah sneakers putih cepat kotor, MASKULIN kongsikan tujuh tip dan cara membersihkan sneakers putih agar ia kekal cantik macam baru unbox.
BACA: Kalau Nak Kasut Nampak Baru Macam Lepas Keluar Kedai, Sangat Disarankan Ikut 3 Tip Ini!
1. Guna sabun mandi dan air
Cara ini sesuai untuk sneakers putih daripada material getah dan kanvas. Campurkan sedikit sabun mandi ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, gunakan span lembap dan gosok perlahan-lahan pada kekotoran yang ada pada sneakers putih. Selepas itu, jemurkan sneakers putih agar ia kering.
2. Gosok dengan span Magic Eraser
Magic Eraser ini anda boleh dapatkan di kebanyakan pasar raya. Span ini ternyata boleh membersihkan segala kekotoran dengan mudah. Anda hanya perlu gosokkan span ini pada kekotoran pada sneakers putih anda terutamanya pada bahagian getah.
BACA: 4 Trik Beli Kasut Sukan Elak Kaki Sakit & Mudah Cedera!
3. Gunakan ubat gigi dan berus gigi
Gunakan berus gigi yang anda tak mahu gunakan lagi. Sapukan dengan ubat gigi dan percikkan sedikit air pada sneakers putih. Selepas itu, sentalkan bahagian sneakers putih yang kotor hingga bersih.
4. Gunakan sabun cuci pinggan atau syampu sebagai alternatif
Sabun jenis ini juga boleh digunakan untuk membersihkan sneakers putih anda. Caranya sama seperti kaedah nombor satu, cuma pastikan anda mengawal sedikit penggunaan cecair pada sneakers putih anda.
BACA: Selain Tunggu Kaki Jadi Kembang, Ini 4 Waktu Sesuai Untuk Anda Beli Kasut!
5. Gunakan cecair peluntur ketika darurat
Gunakan cecair peluntur apabila keadaan darurat sahaja. Ini kerana, ia akan membuatkan fabrik kasut anda mudah terhakis. Kombinasi yang sesuai adalah ¼ bahan peluntur dan ¾ air biasa. Sentalkan dengan berus gigi dan pastikan anda memakai sarung tangan, bimbang ia boleh membuatkan kulit tangan anda pedih.
6. Elak cuci sneakers dalam mesin basuh
Jangan campak sneakers putih anda ke dalam mesin basuh. Suhu panas di dalam mesin basuh akan membuatkan sneakers putih anda bertukar menjadi kuning. Bayangkan kalau anda membeli sneakers putih berharga RM350, lepas cuci dalam mesin terus susut nilai sneakers putih anda itu.
7. Letakkan uncang teh untuk sedut bau busuk
Tidak dinafikan, ada di antara kita yang menghidapi penyakit kaki dan tangan berair. Bila berair, maka pelbagai bau akan timbul. Jadi, selepas anda membuka sneakers, letakkan uncang teh di dalam sneakers untuk menyegarkan bau sekali gus menghilangkan bau busuk pada sneakers anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
COS Gift Guide, Koleksi Istimewa Musim Perayaan Buat Seisi Keluarga

Jenama COS cukup dikenali dengan rekaannya yang bersifat minimalis, authentic dan juga menampilkans entuhan yang lebih moden.
Pada musim perayaan Krismas dan musim percutian sempena Tahun Baru, COS memperkenalkan koleksi istimewa iaitu Gift Guide.
Koleksi yang rata-rata menampilkan rekaan eksklusif bersifat timeless ini merupakan seleksi sesuai dijadikan hadiah bukan sahaja untuk lelaki tetapi juga kepada wanita dan kanak-kanak.
Selain pakaian pelbagai seleksi aksesori dan pakaian musim sejuk menjadi antara pilihan menarik menerusi koleksi COS Gift Guide.
Tampil dengan tema warna yang tidak terlalu ‘loud’ serta memilih warna-warna bumi seperti hitam, emas, putih, kelabu, merah, krim, beige, silver dan juga hijau khaki inilah koleksi yang cukup lengkap meliputi keperluan seisi keluarga.
Anda boleh terokai sendiri koleksi menarik dari COS ini di outlet-nya terletak di Pavillion, Kuala Lumpur dan juga laman sesawang mereka.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI