Bagi peminat sneakers dan hypebeast terutamanya Nike Air Max 97 merupakan antara model kasut yang wajib ada dalam simpanan koleksi mereka.
Bila bercakap tentang Air Max 97, secara automatik penggemar sneakers akan terus bayangkan warna ikoniknya yang paling popular iaitu Silver Bullet.
Sebagai antara peneraju dalam pengeluar barangan sukan Nike sentiasa tampil dengan pembaharuan serta eksperimen khusus buat peminat jenamanya.
Ads
Terbaru menerusi Nike Golf, mereka memperkenalkan Air Max 97 G. Menggunakan silhoutte Air Max 97, kasut ini merupakan gabungan kasut gaya hidup dan juga golf.
Ads
Digelar dengan nama ‘Le Silver’ oleh peminatnya ketika mula-mula diperkenalkan di Itali pada tahun 1997, kasut Nike ini boleh dikatakan sebagai antara model paling ikonik pernah ‘dilahirkan’.
Ads
Pada bahagian upper dan midsole, model ini mengekalkan estetika Air Max 97. Cuma apa yang berbeza ialah pada bahagian outsole dan tapak. Sesuai untuk kegunaan pelbagai permukaan terutamanya rumput, ia mempunyai rekaan ‘spiky’ untuk cengkaman lebih kuat.
Jadi buat peminat sneakers dan golf, inilah kasut yang tidak harus anda lepaskan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baju Melayu, pakaian tradisional ikonik bagi lelaki di Malaysia, bukan sekadar sehelai pakaian tetapi menyimpan pelbagai makna tersirat.
Ia bukan hanya pakaian untuk acara rasmi atau perayaan, tetapi juga menjadi lambang identiti dan warisan bangsa Melayu.
Dua ciri yang sering menjadi tanda tanya adalah pemilihan lima butang dan tiga poket. Apakah makna di sebaliknya?
Lima butang pada baju Melayu bukan sekadar elemen fesyen, tetapi dikatakan melambangkan Rukun Islam yang menjadi tunjang kepercayaan umat Islam.
Lima perkara asas dalam Islam ini terdiri daripada mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat, dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan.
Dengan pemakaian lima butang ini, seseorang secara tidak langsung diingatkan tentang tanggungjawab agamanya.
Selain itu, lima butang juga boleh diinterpretasikan sebagai lambang nilai murni dalam kehidupan seperti amanah, kejujuran, kesopanan, kesetiaan, dan keberanian.
Sementara itu, kehadiran tiga poket pada baju Melayu juga mempunyai simbolik tersendiri.
Biasanya, terdapat satu poket di bahagian dada dan dua lagi di kiri serta kanan bahagian bawah.
Susunan poket ini bukan sekadar untuk fungsi praktikal, tetapi juga mengandungi makna mendalam.
Poket di dada melambangkan hubungan manusia dengan Tuhan, iaitu aspek spiritual dan keimanan.
Sementara itu, dua poket di bawah mewakili hubungan sesama manusia dan tanggungjawab sosial dalam kehidupan seharian.
Kehidupan yang seimbang antara hubungan dengan Tuhan dan manusia adalah kunci kepada keharmonian.
Justeru, rekaan baju Melayu ini mencerminkan falsafah hidup yang harmoni dan seimbang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak zaman dahulu.
Meskipun terdapat pelbagai variasi moden dalam rekaan baju Melayu hari ini, elemen lima butang dan tiga poket masih dikekalkan dalam kebanyakan rekaannya.
Ini menunjukkan bahawa tradisi dan nilai lama masih terus diwarisi dan dihargai dalam masyarakat Melayu.
Generasi muda kini semakin cenderung mengadaptasi gaya moden dalam pemakaian baju Melayu dengan tambahan elemen kontemporari seperti zip, potongan slim fit, dan variasi warna yang lebih berani, namun masih mengekalkan ciri-ciri asasnya.
Setiap kali menyarung baju Melayu, kita bukan sahaja mengenakan pakaian yang cantik dan kemas, tetapi juga membawa bersama nilai dan simbol yang penuh makna.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama fesyen terkemuka dunia kini dilihat semakin terbuka melakukan kolaborasi dentgan pelnagai judul manga atau anime. Satu demi satu jenama popular mengetengahkan idea dan konsep kolaborasi yang cukup dinantikan penggemar dari dua dunia berbeza.
Populariti anime pada era 90-an banyak mempengaruhi budaya popular masa kini. Mereka yang dulu masih kanak-kanak dan remaja kini sudah menjadi insan dewasa. Salah satu anime sangat popular ialah Pokemon.
Nama seperti Ash, Misty, dan Pikachu pasti tidak asing laghi. Sempena meraikan dunia ikonik ini, dan ulang tahun ke-25 Pokémon tahun ini, Levi’s hadir dengan koleksi penuh ceria Levi’s x Pokémon yang berinspirasikan era ‘90-an.
“Menyeronokkan apabila mendengar ramai yang berkongsi cinta mereka pada Pokémon. Masingmasing punyai watak kegemaran tersendiri. Jadi apabila kami berpeluang untuk bermain dan menghasilkan pelbagai rekaan daripada watak ikonik Pokémon ini, ia menjadi pengalaman yang amat istimewa.
“Koleksi hebat ini memberi penghormatan serta meraikan dunia Pokémon, dan ia sesuatu yang menarik apabila dapat menggabungkan sejarah dan ikon kami dengan mereka – ia menimbulkan nostalgia dan rasa optimistik, dengan sedikit unsur eskapisme.” – Karyn Hillman, Ketua Pegawai Produk di Levi Strauss & Co.
Diilhamkan daripada musim pertama siri animasi asli Pokémon, koleksi ini merangkumi himpunan denim, helaian kemeja, kemeja-T, celana pendek, fleece dan aksesori yang menampilkan grafik serta cetakan watak-watak popular animasi itu, di samping gambaran persekitaran hutan dalam persekitaran Kanto.
Antara helaian yang mencuri perhatian ialah Jaket Vintaj Fit Trucker stail ’90-an, yang menonjolkan sulaman besar Pikachu dan tampalan bentuk panahan kilat untuk Pokémon berjenis elektrik.
“Pada sambutan ulangtahun ke-25 ini, jenama Pokémon meraikan legasinya dalam budaya pop bersama peminat-peminat di seluruh dunia. Rakan-rakan kami di Levi’s telah mengembangkan koleksi yang menampilkan ikon daripada francais ini yang menggabungkan semangat era ketika Pokémon pertama kali dilancarkan bersama kesedaran terhadap gaya zaman ini dengan cara yang hanya dapat dilakukan olej Levi’s.
“Ini adalah kolaborasi yang menyeronokkan bersama Levi’s untuk melihat kembali asal-usul Pokémon, sekali gus menawarkan peminat yang membesar dengan jenama ini dan mereka yang mengikuti trend terkini sebagai salah satu cara untuk menggabungkan nostalgia Pokémon yang pintar serta comel dalam penataan gaya mereka. ” jelas Amy Sachtleben, Pengarah Perlesenan di The Pokémon Company International.
Selain itu, koleksi menarik yang lain tidak kurang menariknya ialah t-shirt dengan watak Ash, Misty dan Pokémon daripada musim pertama.
Aksesori juga tidak ketinggalan disuntik dengan elemen Pokémon, seperti topi trucker merah dan putih yang seakan sama dipakai Ash Ketchum dalam siri itu. Juga ada topi beanie kait Pikachu dengan telinga kuning tiga dimensi.
Turut dipersembahkan ialah beg gim Pokémon dengan cetakan flora, beg silang Poké Ball serta beg pouch klip dengan sulaman watak Pokémon di bahagian depan. Dan untuk barangan runcit, koleksi ini menyerlahkan jenama Pokémon pada tampalan belakang Levi’s dan Red Tabs yang meniru rona merah dan putih Poké Ball.
Berharga antara RM49 ke RM429, himpunan Levi’s x Pokémon ini akan menjengah peminat secara pra-pesanan menerusi www.levi.com.my mulai 10 Februari 2021, sebelum dibawa ke butik Levi’s seluruh negara mulai 15 Februari 2021.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dua jenama besar yang masing-masing mempunyai pengaruh yang cukup kuat di kalangan penggemar fesyen. Jika Levi’s sinonim dengan seleksi denim dan jeans, Stüssy pula dikenali sebagai di antara jenama fesyen jalanan yang sangat berpengaruh.
Selepas menampilkan kolaborasi buat pertama kali pada awal tahun ini, Levis dan Stüssy bakal memperkenalkan koleksi kolaborasi terbaru mereka yang akan dipasarkan di Malaysia bermula esok, 10 November 2023.
Menurut kenyataan media dari duajenama ini, koleksi ini hadir sebagai penghormatan kepada negeri asal jenama mereka di California. Bagi koleksi kali ini Stüssy dan Levi’s® kembali dengan kapsul baharu yang membawakan rekaan pengenalan estetika Stüssy kepada helaian ruji Levi’s.
Kepelbagaian yang ditampilkan pada kali ini memberikan tumpuan kepada rangkaian jaket trucker dan seluar jean yang tersedia dalam tiga warna tersendiri. Seleksi warna hitam, perang dan merah jambu hadir dengan persona gaya yang cukup bergaya dengan siluet ungguldari Levi’s.
Koleksi ini dihasilkan dengan menggunakan fabrik jacquard yang disudahi dengan pewarna pakaian dua tona nyata menyerlahkan hasil unik pada setiap helaian dengan kesan vintaj.
Levi’s telah lama dikenali dengan potongan denimnya yang mudah dikenal, menjadi keperluan dalam almari pakaian orang Amerika selama beberapa dekad.
Dengan kolaborasi Stüssy, label ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai elemen utama dalam industri pakaian sambil memperluas kehadirannya melalui elemen-elemen penting streetwear.
Berharga antara RM759 ke RM899, koleksi kapsul Stüssy & Levi’s® ini boleh didapati secara eksklusif di butik Levi’s® Suria KLCC mulai Jumaat, 10 November 2023.
Jadi buat anda yang mungkin peminat kepada dua jenama atau koleksi kolaborasi yang cukup terhad seperti ini pastinya tidak mahu melepaskannya.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.