Nike Air Force 1 ‘Para-Noise’ Versi Kedua Kolaborasi G-Dragon x Nike

Share

Kira-kira setahun yang lalu G-Dragon, ikon K-pop popular yang merupakan ahli grup Big Bang memperkenalkan kolaborasi pertamanya bersama Nike. Dia yang juga merupakan ikon fesyen memiliki sebuah label fesyen, PEACEMINUSONE memperkenalkan kolaborasi bersama Nike menerusi Nike Air Force 1 ‘Para-Noise’.

Jika versi pertama tampil dengan pilihan warna hitam, kali ini G-Dragon memilih warna putih sebagai pilihan untuk kolaborasi terbaru. Sneakers tersebut direka dengan menampilkan permukaan yang multifaceted atau lapisan.

Ia membawa ideologi fesyen yang dibawa oleh G-Dragon dengan meneroka sisi kreatif di sebalik penggunaan kasut dalam jangka waktu yang lama. Lapisan pertama direka untuk mudah terhakis lalu menonjolkan rekaan sebenar disebaliknya.

PENGARUH VISUAL

Nike Air Force 1 ‘Para-Noise’ versi kedua ini juga bakal memberikan estetika pengalaman berbeza kepada setiap pasangan yang berbeza. Dengan menggunakan pengaruh visual yang mecabar trend terkini, G-Dragon mempunyai hala tuju atau mindset rekaan tersendiri yang digelarnya sebagai ‘Youtopia’.

Koleksi ini dijangka akan mendapat sambutan luar biasa seperti versi pertama yang lalu di mana ia lesap dibeli dalam sekelip mata oleh penggemar sneakers.

Difahamkan, koleksi Nike x G-DRAGON AF1 ‘Para-Noise’ ini akan dikeluarkan serentak di seluruh dunia pada 25 November 2020.

Ikuti video-video menarik di channel YouTube MASKULIN untuk info lelaki terkini. Follow dan subscribe!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim