Nikahi Dua Wanita Serentak, Mungkin Inilah Dia Lelaki Paling Steady!

Share

Mungkin anda pernah dengar teka-teki ini. Satu: banyak-banyak, dua: sikit-sikit, tiga: jarang-jarang; empat: kadang-kadang. Ia adalah dialog filem terkenal P Ramlee bertajuk Nujum Pak Belalang yang merujuk tentang nikah. Lelaki nikahi wanita adalah satu ikatan suci yang sah. Tapi lebih dari satu, bukan semua orang boleh buat.

Bercakap tentang perkara ini MASKULIN merasakan ramai lelaki hanya mampu tersenyum sahaja. Iyalah, menikah lebih dari seorang bukanlah satu perkara yang senang. Ia hadir dengan segala tanggungjawan sebagai seorang suami yang perlu dilakukan secara berganda.

Poligami dalam masyarakat kita bukanlah perkara baharu. Malah subjekyang cukup sensitif ini sentiasa menjadi buah perdebatan sihat di antara pelbagai golongan.

Begitu juga di Indonesia, negara jira kita yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Terbaru, telah tular di negara tersebut tentang kisah seorang lelaki yang nikahi dua wanita dengan serentak.

Ia mungkin kedengaran seperti sebuah fantasi, namu itulah realiti yang berlaku kepada lelaki dikenali dengan nama Suwan bersama dua suri hatinya, Anggun dan Popy Anggraini.

RESTU KELUARGA

Kisah lelaki yang mungkin anda semua anggap sebagai ‘lelaki paling steady’ ini berlaku di Kampung Talang Piase, Musi Banyuasin, Sumatera Selaran pada 26 Disember lalu.

Menerusi foto dan video yang tersebar kelihatan Suwan bersama dua isterinya dalam busana pengantin. Mereka bertiga memakai persalinan tradisi Sumatera Selatan yang berwarna merah keemasan.

BACA: Selain Dapat Pahala, Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia!

Memetik laporan Detik.com, Suwan berkata dia berkenalan dengan Popy selama 3 tahun. Manakala perkenalannya dengan Aggun pula berlaku kira-kira tiga bulan sebelun pernikahan.

Ketiga-tiga keluarga juga memberikan restu selepas menemui orang tua masing-masing. Walaupun mereka terkejut namun memberikan restu untuk pernikahan ini dijalankan.

Kisah Suwan nikahi dua wanita ini secara serentak mendapat perhatian ramai terutamanya di kalangan lelaki yang menganggap perkara ini mustahil untuk dilakukan.

Kalau anda pula macam mana? Steady atau tak steady?

Ikuti Instagram MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim