Lucu apabila melihat ‘love birds’ Priyanka dan Nick ketika di rumah anak yatim St. Catherine’s Home for Orphans semalam. Priyanka Chopra yang sudah hampir 12 tahun bersama dengan anak-anak yatim di Mumbai tersebut, turut berkongsi rasa gembiranya ketika hadir bersama tunang tercinta Nick Jonas. Menerusi laman Instagram Priyanka, satu rakaman telah dibuat ketika Nick menyanyikan lagu buat anak-anak yatim dan Priyanka sendiri.
Sabtu lalu, aktres Bollywood Priyanka Chopra telah mengumumkan bahawa dirinya telah bertukar status sebagai tunangan orang bersama Nick Jonas penyanyi dan pelakon Hollywood itu. Menerusi laman Instagram mereka berdua, masing-masing meraikan momen-momen indah di Mumbai, India bersama sahabat dan keluarga terdekat dalam majlis yang penuh dengan adat dan budaya di India.
Terdahulu, Nick dan Priyanka dikaitkan dengan gosip dimana mereka berdua sedang bercinta apabila mereka dilihat berjalan bersama di karpet merah ketika menghadiri malam gala Ralph Lauren pada tahun 2017 lalu. Namun, Priyanka menafikan gosip tersebut dan menyatakan bahawa dirinya dan Nick Jonas hanya sekadar “kawan biasa.”
Ramai yang memberi Feedback menerusi Twitter dan Instagram meluahkan rasa gembira mereka apabila pasangan ini meangkah ke satu fasa yang lebih serius. Walaupun mendapat sedikit perhatian daripada netizen mengenai jarak usia mereka yang begitu berbeza, namun tidak dinafikan pasangan ini kelihatan begitu comel dan serasi ketika bersama.
Ini antara gambar-gambar menarik sekitar majlis pertunangan Nick dan Priyanka di Mumbai sabtu lalu.
Tahniah kami ucapkan pada pasangan ini.