Lucu apabila melihat ‘love birds’ Priyanka dan Nick ketika di rumah anak yatim St. Catherine’s Home for Orphans semalam. Priyanka Chopra yang sudah hampir 12 tahun bersama dengan anak-anak yatim di Mumbai tersebut, turut berkongsi rasa gembiranya ketika hadir bersama tunang tercinta Nick Jonas. Menerusi laman Instagram Priyanka, satu rakaman telah dibuat ketika Nick menyanyikan lagu buat anak-anak yatim dan Priyanka sendiri.
Sabtu lalu, aktres Bollywood Priyanka Chopra telah mengumumkan bahawa dirinya telah bertukar status sebagai tunangan orang bersama Nick Jonas penyanyi dan pelakon Hollywood itu. Menerusi laman Instagram mereka berdua, masing-masing meraikan momen-momen indah di Mumbai, India bersama sahabat dan keluarga terdekat dalam majlis yang penuh dengan adat dan budaya di India.
Ads
Terdahulu, Nick dan Priyanka dikaitkan dengan gosip dimana mereka berdua sedang bercinta apabila mereka dilihat berjalan bersama di karpet merah ketika menghadiri malam gala Ralph Lauren pada tahun 2017 lalu. Namun, Priyanka menafikan gosip tersebut dan menyatakan bahawa dirinya dan Nick Jonas hanya sekadar “kawan biasa.”
Ramai yang memberi Feedback menerusi Twitter dan Instagram meluahkan rasa gembira mereka apabila pasangan ini meangkah ke satu fasa yang lebih serius. Walaupun mendapat sedikit perhatian daripada netizen mengenai jarak usia mereka yang begitu berbeza, namun tidak dinafikan pasangan ini kelihatan begitu comel dan serasi ketika bersama.
Bagi lelaki yang mempunyai tubuh badan kurus, pemilihan pakaian yang tepat boleh memberikan ilusi tubuh yang lebih tegap dan macho.
Selain memilih rekaan dan warna yang sesuai, beberapa trik dalam menggayakan pakaian boleh membantu lelaki kurus tampil lebih yakin dan menarik perhatian.
Berikut adalah 10 tips fesyen untuk kelihatan lebih maskulin dan macho.
1. Pilih Potongan Slim Fit, Bukan Skinny
Ramai lelaki kurus tertarik kepada potongan skinny, tetapi hakikatnya potongan ini boleh membuatkan anda kelihatan lebih kecil. Pilih potongan slim fit yang lebih seimbang, memberikan ilusi tubuh yang padat dan tegap tanpa terlalu ketat.
2. Layering untuk Tambah Dimensi
Layering atau melapisi pakaian adalah teknik fesyen yang sangat membantu untuk lelaki kurus. Anda boleh memakai t-shirt asas, diikuti dengan kemeja atau jaket. Teknik ini bukan sahaja menambah dimensi pada penampilan anda, tetapi juga memberikan gaya yang lebih sofistikated.
3. Fokus Pada Bahu
Memiliki bahu yang lebih lebar adalah satu ciri macho. Jaket atau blazer dengan padding di bahu atau potongan yang lebih luas di bahagian bahu boleh membantu mengimbangkan bentuk badan dan memberikan ilusi tubuh lebih tegap.
4. Jangan Terlalu Panjang
Baju yang terlalu panjang boleh membuatkan anda kelihatan lebih kurus dan tinggi secara tidak seimbang. Pilih kemeja atau jaket yang jatuh tepat di pinggul untuk proporsi yang lebih seimbang.
5. Warna Gelap untuk Ilusi Lebih Padat
Warna seperti hitam, navy, dan kelabu gelap memberikan efek padat dan tegap. Walaupun warna gelap biasanya dikaitkan dengan ilusi lebih kurus, ia juga boleh memberikan kesan yang macho jika dipakai dengan tepat. Kombinasikan warna ini dengan aksesori atau kasut yang lebih terang untuk gaya yang menarik.
6. Corak Garis Melintang
Corak ini boleh memberikan ilusi lebih lebar pada tubuh badan. T-shirt atau sweater dengan garis melintang di bahagian dada adalah pilihan terbaik untuk lelaki kurus kerana ia dapat menonjolkan bentuk dada dengan lebih baik.
7. Kain Bertekstur
Pilih kain bertekstur seperti corduroy, tweed, atau denim yang lebih tebal untuk memberi dimensi tambahan. Pakaian yang bertekstur boleh membuatkan tubuh kelihatan lebih berisi, selain memberikan sentuhan fesyen yang unik.
8. Jangan Lupa Aksesori
Aksesori seperti jam tangan besar atau rantai boleh menambah gaya macho anda. Pastikan aksesori tidak terlalu kecil atau terlalu banyak. Fokus pada satu atau dua aksesori sahaja untuk mengekalkan gaya yang maskulin tanpa kelihatan berlebihan.
Seluar dengan potongan yang sedikit lebar di bahagian bawah boleh memberi keseimbangan pada bentuk tubuh yang kurus. Elakkan seluar skinny yang terlalu ketat. Seluar chinos atau seluar cargo adalah pilihan yang baik untuk gaya lebih maskulin.
10. Kasual dengan Layer Hoodie dan Jaket
Paduan hoodie dan jaket bukan sahaja selesa, tetapi juga memberikan kesan tubuh yang lebih tegap. Gayakan hoodie bersama jaket denim atau jaket kulit untuk penampilan yang macho dan berani.
Dengan mengikuti tips-tips ini, lelaki bertubuh kurus boleh tampil dengan lebih yakin dan macho.
Setiap individu memiliki gaya unik tersendiri, jadi jangan takut untuk bereksperimen dan mencuba pelbagai kombinasi. Yang penting, pilih pakaian yang membuatkan anda rasa selesa dan tampil yakin.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menyaksikan persembahan fesyen dengan barisan peragawan dan peragawati berjalan gaya catwalk di pentas peragaan merupakan satu lumrah industri ini.
Namun satu kelainan telah ditonjolkan oleh AEON Fashion Preview edisi Jun 2023 apabila menyaksikan mereka menempatkan diri dalam Malaysia Book Of Records.
Rekod yang dicatatkan tersebut ialah jumlah model dan personaliti yang berjalan merentasi catwalk sepanjang persembahan fesyen yang berlangsung di IO City Mall Putrajaya pada Sabtu lalu.
Mengulas kejayaan yang dicatatkan tersebut, Ketua Pegawa Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata pihaknya sentiasa utuh memegang keazaman dan komitmen AEON terhadap gerakan fesyen yang lebih inklusif – disertai oleh pelbagai lapisan usia dari pelbagai latar belakang.
“AEON mweraikan setiap individu yang datang dari segenap latar belakang dengan tangan terbuka dan sepenuhnya.
“Kami percata fesyen ialah sesuatu perkara yang boleh digayakan dan dipakai oleh semua golongan dan persembahan fesyen kali ini memainkan peranan besar untuk AFP kali ini.
“Sebagai peruncit ternama yang menyediakan barangan kepada orang kebanyakan dan keperluan pakaian, AEON meraikam kemeriahan kepelbagaian dan membolehkan setiap individu menyerlahkan gaya tersendiri masing-masing.
“Ia juga bertujuan menghidupkan keyakinan serta menggalakan orang ramai untuk lebih berani seperti tanda pagar #ownwhatyouwear, bangga untuk jadi diri sendiri dan menaikkan kuasa keyakinan individu,” tambahnya lagi.
Menerusi edisi AFP Jun 2023 mereka menampilkan beberapa kapsul persembahan fesyen mengikut tema tersendiri mengikut jenama di bawah AEON seperti Puteri, SCAR, M, ti:zed, iC, Agenda, Suave, Guys’ Vision, +Collection, Creme, JKids dan Scarlet inner.
Penggunaan fabrik linen ringan dan berliang yang lain dari kebiasaan, fabrik denim atas denim dan juga kepelbagaian seleksi pakaian sukan menjadi tarikan utama.
Mereka turut menampilkan koleksi khusus buat ibu hamil dalam meraikan keperluan berbeza mereka untuk kegunaan setiap hari selain koleksi pakaian menarik kanak-kanak.
Ramai orang beranggapan bahawa hanya t-shirt sahaja jenis baju yang versatil dan boleh dipadankan dengan mana-mana gaya.
Sebenarnya mereka silap. Antara pakaian yang cukup versatil ialah kemeja. Walaupun ia agak sinonim dengan pemakaian yang lebih formal namun sebenarnya terdapat pelbagai jenis kemeja dengan segala macam corak serta fabrik boleh memberikan gaya tersendiri.
Namun jika silap memilih kemeja maka anda boleh kelihatan terlalu serius. Atau lebih teruk nampak ketinggalan zaman atau lebih tua dari usia sebenar.
Jadi bagaimana untuk elak perkara ini daripada berlaku? Ikuti beberapa tip MASKULIN kongsi di bawah.
FAKTOR WARNA
Visual adalah segalanya. Disebabkan itulah dalam memilih pakaian, warna merupakan ciri-ciri pertama akan menjadi pilihan kita. Selain memberikan peranan cerminan personaliti, warna juga memberikan penampilan sesuai untuk anda. Antara warna yang menjadi trend terkini ialah warna-warna pastel. Warna pastel nampak lebih moden dan sesuai digayakan dengan pelbagai jenis gaya.
FAKTOR CORAK
Sesekali cubalah menggayakan kemeja dengan corak. Salah satu corak yang popular ialah kemeja bercorak petak atau dikenali dengan nama flanel. Ia boleh memberikan anda gaya seorang yang rugged dan seperti rockstar.
JENIS KOLAR
Bagi anda yang ingin mencari kelainan boleh cuba menggayakan kemeja dengan kolar yang lebih unik. Sebagai contoh jika anda seorang yang berwajah kecil dan cengkung perlu elak memakai baju berkolar besar. Manakala bagi anda berwajah besar elakkan memakai kolar yang kecil.
PILIHAN SAIZ
Memakai kemeja pada saiz yang betul juga sangat penting. Jika anda berbadan sado elakkan memakai kemeja dengan cutting terlalu slim fit. Sebaliknya carilah kemeja yang loose fit agar bahagian dada tidak terlalu ketat. Manakala bagi mereka yang kurus pula elakkan memakai kemeja yang terlalu longgar. Ia akan buat anda nampak lebih kurus!
JENIS FABRIK
Pilihan fabrik pada kemeja boleh memberikan idea gaya yang berbeza. Untuk keselesaan pilihlan kemeja dari kain jenis kapas kerana ia kurang kedutan. Manakala untuk nampak lebih formal pilihlah kemeja dari fabrik kain satin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.