Ini istilah yang sangat mustahil untuk anda tak pernah dengar atau baca tentangnya. Dan isitlah ini sebenarnya sangat sinonim dengan perihal jual beli kereta dengan tidak mengikut undang-undang kontrak yang betul.
Kerana kes sambung bayar jugalah ramai kawan yang putus kawan, ahli keluarga bertikam lidah dan kenalan tikam belakang.
Ramai orang berdepan kesukaran dan kesusahan pada masa akan datang kerana perjanjian mulut yang tidak ditepati oleh pembelinya. Disebabkan itulah risiko hanya ditanggunng oleh pemilik kereta atau penama kenderaan yang terlibat.
Kebiasaannya aktiviti sambung bayar ini dilakukan di antara ahli keluarga atau kenalan dengan prinsip percaya. Tapi hakikatnya telah banyak kes berlaku di mana bila pembeli mula liat membayar maka terjadilah satu isu yang akan menyusahkan si penjual.
Konsep sambung bayar ini berlaku apabila tuan punya kereta merasakan dia susah tidak mampu untuk membuat bayaran bulanan dan si pembeli pula mahu cari jalan singkat untuk memiliki kereta.
Dan kini dilaporkan terdapat ejen-ejen yang membantu orang yang ingin menjual kereta secara sambung bayar. Maka terjadilah urusan jual beli yang telah menyalahi undang-undang.
Anda pembeli kereta sambung bayar? Atau anda nak jual kereta untuk sambung bayar?
Dah tahu ke tentang Akta Sewa Beli 1967?
Ads
Jangan cakap lepas ni Polis tak bagi info bahawa jual beli kereta sambung bayar adalah SALAH !
Secara ringkas dan mudah untuk diterangkan…
Eric beli kereta dan buat pinjaman daripada Bank dengan perjanjian 9 tahun bayaran ansuran. Apabila loan diluluskan, PEMILIK sebenar kenderaan tersebut adalah pihak Bank. Eric pula adalah PENYEWA. Hak milik akan bertukar selepas Eric selesai membayar pinjaman kepada pihak Bank.
So, selagi Eric tak bayar habis, kereta tu bukan kereta Eric dan mana boleh Eric jual kereta milik Bank kepada orang lain. Dah la jual, tak beritahu pada owner (Bank).
Walaupun Eric ada buat surat perjanjian dengan pihak ketiga? Ya, tetap salah you all..
Ads
Adalah menjadi kesalahan di bawah:
a) Seksyen 38 Sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
b) Seksyen 46 Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Akta ni bukan buat untuk menyusahkan rakyat. Ini adalah untuk melindungi dan mengatasi masalah serta risiko yang bakal dihadapi penjual/pembeli kereta sambung bayar.
Menurut mereka lagi orang awam juga boleh merujuk booklet daripada Jabatan Bantuan Guaman di sini.
Dan kes seperti ini adalah di bawah bidang kuasa KPDNKK. Salah satu senario di mana kes di siasat oleh agensi lain selain PDRM.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hujan lebat dan cuaca buruk berterusan di sesetengah negeri di Malaysia terutamanya Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Malah, kawasan-kawasan ini juga diramal berpotensi alami banjir. Semua maklum akan risiko mengharungi jalan yang dinaiki air dengan pacuan 4 roda atau kereta. Malah sudah ada beberapa kejadian lemas berlaku akibat dihanyutkan air kerana mengharungi jalan sebegini.
3 fakta penting tentang jalan yang dinaiki air
Perlu kita tahu, walaupun jalan yang dinaiki air nampak cetek namun jangan sesekali memandang rendah kuasa air terutama yang sedang mengalir.
Ini fakta yang perlu kita tahu tentang air banjir yang berarus di atas jalan menurut laporan weather.gov
1. Walaupun air setinggi 6 inci di atas jalan sudah mampu menghanyutkan orang dewasa.
2. Air banjir hanya setinggi 12 inci cukup untuk menghanyutkan sebuah kereta.
3. Sebuah SUV atau trak boleh dihanyutkan walau air banjir hanya setinggi 2 kaki.
Sekiranya jalan yang dilalui dinaiki air, disarankan berpatah balik jangan redah untuk elak kejadian dihanyutkan air dan lemas hingga meragut nyawa.
Jenama yangh sering terkait dengan kualiti, premium, mewah dan juga James Bond. Itulah Aston Martin yang kini masih gah mengekalkan tradisi hebat mereka menghasilkan kereta sport dan mewah kegilaan ramai.
Terbaru, Aston martin memperkenalkan versi lebih ‘jahat’ bagi tahun 2021 untuk model DB11 V8. Difahamkan jentera hebat serba pantas yang dikenali dengan nama 2021 Aston Martin DB11 V8 hanya dikeluarkan di seluruh dunia untuk 300 unit sahaja.
Dengan tawaran versi Coupe dan Volante, ia dijangka pasti laris dan sold out dalam sekelip mata.
Pelbagai ciri-ciri eksklusif termuat di dalam model Shadow Edition ini termasuklah black bonnet blades, rim 20 inci dengan kemasa gloss black, balck chrome wings. script badges, plak Shadow Edition dan juga stereng sporty yang lengkap dengan kemasa kulit Obsidian Black Leathers.
Manakala untuk warna pula Aston Martin menawarkan enam variasi berbeza iaitu Onyx Black, Stratus White, Divine Red, Sabiro Blue, Xenon Grey dan Magnetic Silver.
Jahitan untuk hiasan dalaman pula akan dipadakan dengan warna luaran kereta. Kereta mewah ini dijangka dijual pada harga USD226,000, kira-kira USD20,000 lebih mahal dari versi asas DB11 V8 model biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda seorang pemandu kereta yang secara rutin menjadi pengguna jalan raya, pasti pernah berdepan situasi di mana anda tidak nampak kenderaan yang hampir di belakang. Ketika ingin menukar lorong barulah nampak dan mulalah kalut betulkan semula kereta ke dalam lorong asal.
Sebenarnya, masalah tidak dapat mengenal pasti kereta atau kenderaan lain di belakang atau di sisi akibat blind spot sering menjadi punca kemalangan. Mungkin ia disebabkan kecuaian atau mungkin juga kerana pemandu sedikit naif apabila berdepan situasi ini.
Kita harus sedar sebagai pemandu, peranan kita yang sangat penting bagi memastikan keselamatan diri, penumpang dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Semasa memandu sangat penting untuk anda mengetahui di manakah lokasi blid spot kenderaan anda bawa berbanding kenderaan lain. Apabila anda mengetahui lokasi blind spot dengan baik ia akan membnatu anda melindungi diri dan orang sekeliling sekali gus mengelakkan kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Tahukan anda menggunakan pandangan visi peripheral sahaja tidak mencukupi? Jika tidak mengetahui blind spot dengan baik anda akan berdepan banyak masalah semasa memandu terutamanya semasa ingin bertukar lorong.
CARA KENALI BLIND SPOT
Blind spot merupakan kawasan di bahagian sisi kereta anda di mana ia tidak dapat dilihat dengan menggunakan cermin sisi atau cermin belakang. Jadi untuk memastikan kawasan ini selamat sebelum bertukar lorong anda harus memusingkan kepala untuk melihatnya.
Kaedah paling selamat untuk menukar lorong juga sebenarnya cukup mudah. Akan tetapi masih ramai yang terlibat dengan kemalangan akibat tidak ambil serius dengan blind spot.
Ingat sebelum menukar lorong berikan ‘signal’ dahulu untuk memberitahu kenderaan lain di belakang. Kemudian periksa cermin belakang dan cermin sisi. Dan sebelum menukar lorong , toleh dengan pantas di sebalik bahu anda untuk lihat sama ada jalan betul-betul sudah tiada kenderaan terutama di bahagian blind spot.
Dan jika anda membawa penumpang di kerusi belakang usahlah segan untuk meminta mereka meilhat ke bahagian blind spot demi pastikan jalan betul sudah ‘clear’.
Kenderaan model yang lebih maju dan terkini sudah banyak yang dilengkapi dengan sistem amaran dan mengesan jika ada kenderaan di bahagian blind spot.
Jadi ingatlah seberapa handal sekalipun anda mengendalikan kenderaan bahaya blind spot itu tetap akan ada terutamanya bagi mereka yang alpa dan cuai.
Dapatkan aksesori kereta pada harga hebat di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.