Pemain bola sepak terkenal Brazil, Neymar, baru-baru ini mengumumkan bahawa Piala Dunia 2026 di Amerika Utara akan menjadi penyertaan terakhirnya dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.
Pemain berusia 32 tahun itu menyatakan kesedihannya kerana masa semakin suntuk untuk menyarung jersi kebangsaan Brazil, tetapi beliau bertekad untuk memberikan yang terbaik dalam peluang terakhir tersebut.
Foto : The New York Times
“Saya tahu ia Piala Dunia terakhir bagi saya. Peluang terakhir ini akan saya gunakan sebaik mungkin dan saya akan melakukan apa sahaja untuk beraksi di kejohanan bola sepak teragung itu,” ujar Neymar kepada CNN.
Walaupun Brazil kini menduduki tangga kelima dalam kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan, Neymar tetap yakin pasukannya akan mara ke pusingan akhir.
Kecederaan dan Cabaran Kelayakan
Neymar mengalami kecederaan yang serius pada Oktober 2023 selepas tewas kepada Uruguay, yang menyebabkannya terpaksa berehat lebih setahun.
Selepas menjalani pembedahan lutut, Neymar kembali ke pangkuan kelabnya, Al Hilal, namun dia terpaksa menghadapi cabaran kecederaan hamstring yang berlarutan.
Ads
Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah kecederaan, Neymar tetap bertekad untuk membantu Brazil layak ke Piala Dunia 2026.
“Saya sangat yakin dengan pasukan dan barisan pemain muda. Kami tidak berada di posisi sepatutnya. Saya fikir kami mampu mencapai sesuatu yang lebih besar. Kami ada lebih setahun untuk melakukan tugas dengan betul dan mara ke Piala Dunia,” kata Neymar optimis.
Dengan baki masa kelayakan yang ada, Neymar percaya pasukan Brazil akan dapat memperbaiki kedudukan dan memastikan kelayakan mereka ke kejohanan yang akan datang.
Foto : Eurosport
Masa Depan Bersama Messi dan Suarez
Selain fokus pada Piala Dunia, Neymar turut membuka ruang untuk kemungkinan bermain bersama bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi dan Luis Suarez, di kelab Inter Miami di Amerika Syarikat.
Neymar mengakui bahawa bergandingan dengan kedua-dua pemain itu adalah peluang yang menakjubkan dan suatu impian yang ingin direalisasikan.
“Beraksi bersama Messi dan Suarez pastinya peluang menakjubkan yang ditunggu-tunggu,” tambah Neymar.
Ads
Walaupun kini beraksi di Arab Saudi bersama Al Hilal, Neymar tidak menolak kemungkinan untuk beraksi di Major League Soccer (MLS) bersama dua legenda itu.
Dengan Piala Dunia 2026 di ambang kedatangan, Neymar bertekad untuk memberikan yang terbaik, mengakhiri karier antarabangsa dengan cemerlang dan menyumbang kepada kejayaan Brazil di kejohanan tersebut.
Sumber : Harian Metro
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Antara perkara yang menyakitkan hati pada waktu malam ialah rasa sukar nak tidur. Pusing ke kanan tak kena, pusing ke kiri tak kena. Tukar bantal pun masih mata galak semacam dan enggan tidur.
Mungkin anda terilap makan atau minum sesuatu yang mengandungi kaffein, sebab itulah mata sukar nak lelap.
Tapi jangan risau anda sebenarnya boleh melakukans edikit regangan dan senaman ringkas untuk membantu badan lebih bersedia untuk tidur. Ia boleh membantu pengaliran darah dalam badan semakin lancar dan boleh melegakan stres.
Luangkan masa kira-kira 30 minit sebelum tidur untuk lakukan 5 jenis regangan ini. Dan sebolehnya lakukannya di atas permukaan rata. Dan paling penting sekali jangan sesekali memaksa diri melakukan lebih daripada badan anda mampu.
Selamat mencuba!
Modified Hurdler Stretch
Baik untuk mereka yang duduk lama ketika di pejabat untuk melepaskan tekanan dibahagian otot pinggang dan pinggul. Lakukan seperti gambar diatas, nafas perlahan dan tahan selama 30 saat.
Kneeling Hip Flexor Stretch
Regangan ini juga bagus untuk yang banyak menghabiskan masa duduk diatas kerusi, ia beri tumpuan pada bahagian pinggul. Otot bahagian tersebut boleh menjadi kejang dan tegang. Mulakan dengan berlutut, kemudian bawa satu kaki kehadapan dan sebelah kebelakang. Pastikan keadaan lutut bersudut 90 darjah (rujuk gambar). Tahan selama 30 saat dan lakukannya dengan bertukar-tukar kaki.
Lying Piriformis Stretch
Anda sering sakit belakang dan berasa tidak selesa setiap kali berbaringan? Cuba lakukan regangan yang boleh memperbaiki sudut belakang sekaligus memberi tidur yang nyenyak. Baring lurus dan angkat kaki kanan anda melepasi kaki kiri. Pastikan kaki kanan anda bersudut 90 darjah tahan selama 30 saat. Anda akan rasa sedikit tarikan dari otot pinggul dan pinggang. Ulangi rutin yang sama untuk kaki kiri.
Cat Cow
Regangan mudah ini boleh memulihkan kestabilan teras dan tulang belakang anda. Lakukan kedudukan seperti gambar diatas, tegakkan tangan dan lutut anda. Setiap kali anda mengangkat dan turun bahagian abdomen pastikan menghembus nafas secara perlahan-lahan. Lakukan dengan 20 kali pernafasan.
Extended Cone Stretch
Mulakan dengan bukaan kaki yang sesuai dengan saiz pinggang. Angkat tangan anda seperti didalam gambar. Tarik nafas dalam kemudian lenturkan keseluruhan badan ke kiri. Hembus nafas setelah kembali ke rutin yang pertama. Setiap lenturan biarkan anda merasa setiap tegangan otot. Ulangi rutin ini tiga kali secara bergilir-gilir.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain perut sixpack, lelaki juga impikan otot lengan yang mantap dan berotot sebagai simbol lelaki gagah.
Jangan bimbang jika anda kategori lelaki yang berlengan ‘kuyu’ dan tidak mantap kerana dengan melakukan senaman secara rutin, anda juga boleh miliki lengan berotot.
Sebenarnya untuk membentuk otot lengan adalah lebih mudah berbanding anda ingin membentuk otot pada perut dan dada.
Tanpa menggunakan peralatan khusus, senaman membentuk otot lengan ini boleh dilakukan di rumah asalkan ia dilakukan secara konsisten.
Berikut adalah empat senaman yang boleh anda lakukan untuk membesarkan otot lengan agar tampak lebih tegap dan kekal ‘seksi’.
1. Arm circle
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanya dengan mengangkat beban berat? Sebenarnya anda boleh berlatih senaman arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah dengan berdiri secara tegak dan rentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu, pusingkan lengan agar membentuk huruf O dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali dalam empat set.
2. Push up
Push up sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin berotot. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu, naik dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Lakukan secara bertahap, misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika anda sudah biasa.
3. Concentration curl
Latihan penting lain yang perlu anda buat adalah concentration curl iaitu latihan angkat beban. Caranya, anda duduk dan rentangkan kaki. Setelah itu, letakkan lengan di hadapan paha lalu angkat dumbbell yang ada di hadapan anda.
4. Pull up
Bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah bergantung pada palang yang mendatar dan pastikan tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu, angkat tubuh anda ke atas hingga dada lurus sebaris dengan palang yang anda pegang. Latihan ini sememang agak berat. Namun untuk latihan awal, anda lakukan sebanyak lima kali dahulu dan teruskan hingga 10 kali setelah anda sudah biasa.
Empat latihan ini jika anda lakukan secara rutin boleh membentuk otot lengan agar kelihatan mantap proporsional seperti Chris Hemsworth. Selain bersenam, jangan lupa mengambil pemakanan yang sihat dan bergizi untuk mempercepatkan lagi pembentukan otot pada lengan anda.
Kot la nak ushar barangan sukan yang best-best, boleh KLIK SINI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buah Avokado atau nama saintifiknya ‘Persea Americana’ adalah buah yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Buahnya berbentuk bujur dan kulitnya berwarna hijau berkilat.
Apabila dikupas isi buahnya berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Habitat asal buah ini dari Mexico dan sekitar Amerika Tengah.
Ia dikatakan amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium dan pelbagai lagi nutrisi yang baik untuk badan.
Di bawah ini adalah penjelasan kenapa ianya amat bagus untuk kesihatan lelaki.
1. Penyumbang kepada kesihatan mata
Ia mempunyai kandungan nutrient Lutein karotenid yang mana sangat baik untuk membantu melindungi mata daripada katarak.
2. Mengekalkan kesihatan jantung
Buah ini mempunyai vitamin B6 serta asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine. Selain itu, ia turut mengandungi Vitamin E serta lemak tidak tepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
3. Mengawal tekanan darah
Ini pun salah satu penyakit yang paling ditakuti golongan lelaki iaitu darah tinggi. Jika anda mengamalkan pemakanan buah avocado. Anda telah meraih banyak nutrient Kalium, yang mana ia diketahui amat efektif dalam membantu mengawal paras tekanan darah.
4. Melindungi daripada kanser
Jika kanser payudara ditakuti golongan wanita, lelaki juga amat takut jika diserang kanser prostat. Buah Avokado boleh menlindungi anda serta menghalang pertumbuhan kanser daripada menular di seluruh badan.
5. Menghilangkan nafas berbau
Avocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semulajadi dan bertindak untuk melawan nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar kepada masalah nafas berbau.
Terdapat banyak produk kosmetik yang mengekstrak kandungan buah avocado kerana ia dipercayai dapat menyuburkan kulit. Ia juga berupaya membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan. Masa yang sama membantu anda dalam proses awet muda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.