Berita

Neymar Umum Kepulangan ke Santos

Share

Bintang bola sepak Brazil, Neymar mengumumkan kepulangannya ke kelab lamanya, Santos, selepas melalui tempoh sukar akibat kecederaan bersama kelab Arab Saudi, Al Hilal.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Neymar berkongsi gambar kenangan ketika bersama Santos.

“Saya akan menandatangani kontrak dengan Santos Futebol Clube. Perasaan saya terhadap kelab dan peminat tidak pernah berubah” , katanya.

Kelab Santos turut membalas pengumuman tersebut di akaun X rasmi mereka dengan kenyataan “Rumah anda menanti. Orang-orang anda menanti.”

Foto : Kosmo

Majlis Pengenalan di Stadium Urbano Caldeira

Neymar dijadualkan diperkenalkan secara rasmi kepada penyokong Santos dalam satu majlis khas di Stadium Urbano Caldeira.

Acara itu juga akan dimeriahkan dengan konsert daripada beberapa artis tempatan.

Karier Singkat di Al Hilal

Penyerang berusia 32 tahun itu menyertai Al Hilal pada Ogos 2023 dengan kontrak lumayan bernilai sekitar AS$104 juta (RM616.03 juta) setahun.

Namun, dia hanya sempat beraksi dalam tujuh perlawanan sebelum mengalami kecederaan serius.

Pada Oktober 2023, Neymar mengalami kecederaan ligamen cruciate (ACL) di lutut kiri ketika mewakili Brazil dalam kelayakan Piala Dunia 2026.

Foto : Berita Harian

Kecederaan itu memaksanya berehat panjang hampir setahun.

Usaha untuk kembali ke padang turut terganggu dengan beberapa kecederaan hamstring dan lutut.

BACA LAGI : Pemain Sensasi Sepanyol Dan Manchester City, Rodri Menang Ballon d’Or 2024

Jorge Jesus : “Keadaan Menjadi Sukar Baginya”

Jurulatih Al Hilal, Jorge Jesus, baru-baru ini menyatakan bahawa Neymar tidak lagi berada pada tahap terbaiknya.

“Dia sudah tidak boleh bermain pada tahap yang biasa kita lihat. Keadaan menjadi sukar baginya,”

kata Jesus.

Dengan kepulangannya ke Santos, Neymar berpeluang untuk memulakan semula kariernya di kelab yang pernah melahirkan bakatnya sebelum berhijrah ke Barcelona dan Paris Saint-Germain.

Sumber : Siakap Keli

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain