Bintang bola sepak Brazil, Neymar mengumumkan kepulangannya ke kelab lamanya, Santos, selepas melalui tempoh sukar akibat kecederaan bersama kelab Arab Saudi, Al Hilal.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Neymar berkongsi gambar kenangan ketika bersama Santos.
“Saya akan menandatangani kontrak dengan Santos Futebol Clube. Perasaan saya terhadap kelab dan peminat tidak pernah berubah” , katanya.
Kelab Santos turut membalas pengumuman tersebut di akaun X rasmi mereka dengan kenyataan “Rumah anda menanti. Orang-orang anda menanti.”
Majlis Pengenalan di Stadium Urbano Caldeira
Neymar dijadualkan diperkenalkan secara rasmi kepada penyokong Santos dalam satu majlis khas di Stadium Urbano Caldeira.
Ads
Acara itu juga akan dimeriahkan dengan konsert daripada beberapa artis tempatan.
Karier Singkat di Al Hilal
Penyerang berusia 32 tahun itu menyertai Al Hilal pada Ogos 2023 dengan kontrak lumayan bernilai sekitar AS$104 juta (RM616.03 juta) setahun.
Namun, dia hanya sempat beraksi dalam tujuh perlawanan sebelum mengalami kecederaan serius.
Pada Oktober 2023, Neymar mengalami kecederaan ligamen cruciate (ACL) di lutut kiri ketika mewakili Brazil dalam kelayakan Piala Dunia 2026.
Ads
Kecederaan itu memaksanya berehat panjang hampir setahun.
Usaha untuk kembali ke padang turut terganggu dengan beberapa kecederaan hamstring dan lutut.
Jurulatih Al Hilal, Jorge Jesus, baru-baru ini menyatakan bahawa Neymar tidak lagi berada pada tahap terbaiknya.
Ads
“Dia sudah tidak boleh bermain pada tahap yang biasa kita lihat. Keadaan menjadi sukar baginya,” kata Jesus.
Dengan kepulangannya ke Santos, Neymar berpeluang untuk memulakan semula kariernya di kelab yang pernah melahirkan bakatnya sebelum berhijrah ke Barcelona dan Paris Saint-Germain.
Sumber : Siakap Keli
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa cakap makan bawang boleh menyebabkan badan berbau sehingga mengganggu keselesaan orang lain? Terdapat banyak khasiat bawang yang kadangkala kita terlepas pandang. Jangan ingat bawang hanya buat mulut berbau, khasiat bawang terlalu banyak.
Tidakkah anda tahu bahawa bawang sebenarnya bukan sekadar boleh digunakan untuk menyedapkan rasa dalam makanan malah ia memiliki banyak khasiatnya, jom usha kompilasinya di bawah ini, MASKULIN tulis khas untuk anda :
1. Mengekalkan kesihatan jantung
Dengan memakan bawang besar sebenarnya dapat menurunkan kolestrol yang tidak baik dengan cara pemakanan yang betul. Makan secara mentah dan teratur memberi impak keberkesanan yang baik.
2. Mengawal gula dalam darah
Mineral penting didalam bawang besar dapat membantu sel-sel untuk bertindak balas dalam mengawal paras gula dalam badan.
3. Mencegah asma
Memudahkan pengeluaran kahak dalam dada pesakit asma yang mengalami batuk teruk
4. Memudahkan penghadaman
Bawang besar mempunyai serat yang dapat membantu dan mengekalkan kesihatan dalam sistem penghadaman. Serat yang ada membantu penyakit daripada mengalami sembelit misalnya.
Orang tak akan faham bagaimana sukarnya untuk seorang lelaki yang kurus untuk menambah berat badannya.
Ya, ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi memberikan impak terhadap imej serta padangan masyarakat. Penulis sendiri dulu pernah berdepan masalah ini. Hingga ada yang menuduh menggunakan dadah.
Tak semua orang memiliki kadar metabolisme yang sama. Bagi orang kurus ia satu perkara yang sangat sukar untuk tambah berat badan. Tapi ada beberapa tip jika diamalkan, InsyaAllah ia akan menjadi. Jom ikuti 5 tip ini dari MASKULIN!
1. Protein, Karbohidrat dan Serat
Protein sangat penting untuk pembinaan otot, pilih makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya. Sumber dari karbohidrat sangat penting untuk membekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
2. Jauhi Makanan Berlemak & Bergoreng
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
3. Jangan Biar Perut Kosong
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu selama 10- 15 minit sahaja. Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
5. Rehat Mencukupi
Pastikan dapat rehat sekurang-kurangnya 7 ke 8 jam sehari untuk membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda yang kerap berpeluh pasti rimas, tidak selesa dan kurang berkeyakinan bila berhadapan dengan orang ramai. Kawasan leher, bawah lengan, belakang dan dada baju menjadi basah dan berbekas.
Mungkin anda merasakan ia sebagai satu kekurangan. Namun tahulah anda, lelaki kuat berpeluh dianggap super hot dan gagah.
Nak tahu kenapa? Ini 5 alasannya.
1. Mengurangkan risiko batu karang
Berpeluh adalah cara efektif untuk mengeluarkan benda asing seperti garam dan mengekalkan kalsium dalam tulang. Cara ini mengehadkan pengumpulan garam dan kalsium dalam buah pinggang dan air kencing yang membentuk batu karang.
2. Tidak mudah jatuh sakit
Ia dapat melawan kuman seperti tuberculosis dan banyak lagi pathogens merbahaya. Peluh mengandungi cas positif anti-mikrobi yang melawan virus, bakteria dan kulat. Jika anda kerap berpeluh, ini akan menjauhkan anda daripada sakit seperti demam, selsema dan sebagainya.
3. Mendetoks badan
Berpeluh juga salah satu cara efisien untuk mendetoks badan dengan membuang bahan alkohol, kolesterol dan garam, sebagaimana mengeluarkan toksin badan secara semulajadi. Kajian pada tahun 2011 dari jurnal Archives of Environmental and Contamination Toxicology menjumpai banyak elemen toksik dikeluarkan daripada peluh.
4. Antibiotik percuma
Tahukah anda, peluh mempunyai tinggi kandungan antibiotik sama seperti krim anti-bakteria. Jika kulit anda mempunyai sebarang luka atau gigitan serangga, ejen antibiotik dari peluh iaitu dermcidindapat akan mengubati dan melawan jangkitan kuman.
5. Nampak lebih super hot
Lelaki yang berpeluh akan menimbulkan rasa ghairah dalam diri wanita. Lebih-lebih lagi bila lelaki bersukan, peluh yang mengalir dalam tubuh lelaki akan membuatkan lelaki lebih super hot.
Namun tidak semua orang boleh menerima keadaan peluh yang membuatkan badan rasa melekit dan tidak selesa. Nak kurangkan peluh, ini 4 teknik yang anda perlu buat.
Mandi dengan air sejuk. Kaedah ini dapat mengurangkan suhu dalaman badan yang secara tidak langsung memperlahankan pengeluaran peluh.
Kurangkan makanan tinggi garam. Kalenjar peluh akan bekerja dengan lebih kerap jika terdapat lebihan benda asing didalam badan.
Guna produk anti-peluh atau deodoran. Pakai deodoran juga semasa tidur dan selepas mandi.
Buang bulu ketiak secara laser. Bulu ketiak yang lebat menyebabkan bahagian bawah lengan mengeluarkan peluh secara berlebihan. Dapatkan pembuangan bulu secara laser bagi mengurangkan peluh malah ia juga mengatasi masalah bau badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.