Jenama sukan terkemuka dunia Adidas memperkenalkan empat variasi terbaharu but Adidas iaitu Copa, X, Predetor dan juga Nameziz.

Keempat-empat but ini direka dengan ciri-ciri tertentu dan bagi newbie yang suka bermain main bola serta sedang mencari but yang sesuai, jom baca tentang perbezaannya :

1. Adidas Copa

Newbie Nak Main Bola Patut ‘Layan’ 4 But Adidas Yang Sering Jadi Pilihan Player!

But Adidas Copa ini sesuai untuk mereka yang bermain di bahagian sayap. Kasut ini direka dengan pertambahan span pada bahagian hadapan. Selain ringan, Adidas Copa juga tidak menyerap air dan sesuai digunakan biar pun semasa perlawanan dalam hujan.

Newbie Nak Main Bola Patut ‘Layan’ 4 But Adidas Yang Sering Jadi Pilihan Player!

Dalam masa yang sama, Adidas Copa direka dengan perlindungan untuk buku lali selain garis-garis yang terdapat pada kasut itu juga sebenarnya berfungsi untuk mencengkam bola yang sampai ke kaki pemain.

Newbie Nak Main Bola Patut ‘Layan’ 4 But Adidas Yang Sering Jadi Pilihan Player!

Terdapat 11 studs (paku kasut) untuk kasut jenis ini dan menariknya, cuba perhatikan pada bahagian hadapan. Terdapat satu studs berbentuk bulat. Ia bukanlah sengaja direka begitu tetapi fungsinya adalah untuk memudahkan pemain memusingkan kakinya sewaktu menggelecek.

Ads

Harga : RM900

2. Predator

Newbie Nak Main Bola Patut ‘Layan’ 4 But Adidas Yang Sering Jadi Pilihan Player!

Adidas Predator direka dengan high cut dan kasut ini sesuai untuk dipakai mereka yang berkaki lebar. Selain memiliki ciri-ciri keselamatan khusus untuk bahagian tumit, kasut juga mampu mencengkam kehadiran bola dengan baik.

Newbie Nak Main Bola Patut ‘Layan’ 4 But Adidas Yang Sering Jadi Pilihan Player!

Jika pada bahagian studs pula, bentuk yang ditampilkan sama seperti kebanyakan kasut lain dan Adidas Predator ini sesuai untuk mereka yang bermain di bahagian pertahanan.

Ads

Harga : RM900

3. X

Newbie Nak Main Bola Patut ‘Layan’ 4 But Adidas Yang Sering Jadi Pilihan Player!

Nama bagi jenama ini sangat ringkas tetapi memberi imej yang menggerunkan ‘X’. Kasut ini sesuai digunakan oleh mereka yang bermain di posisi penyerang. Adidas X tampil dengan rekaan fit untuk kaki selain memiliki kulit yang daya tahannya sangat tinggi serta tidak mudah rosak. Rekaan ini juga sedikit melengkung pada bahagian tetapi dan ia memudahkan penyerang menangkap bola di kaki dan terus berlari bebas.

Namun begitu untuk rekaan ini, kasut yang bertali adalah berharga RM900 manakala yang terus boleh sarungkannya berharga RM1,200. Mengapa ada perbezaan harga? Jawapannya adalah kerana kualiti yang disediakan untuk para pemain.

Ads

4. Nemeziz

Newbie Nak Main Bola Patut ‘Layan’ 4 But Adidas Yang Sering Jadi Pilihan Player!

Adidas Nemeziz sesuai dipakai oleh mereka yang bermain di posisi sayap atau penyerang. kasut ini tampil dengan rekaan ala-ala balutan penuh di kaki dan ia bersifat sangat mencengkam sama ada untuk bola atau pun permukaan padang.

Newbie Nak Main Bola Patut ‘Layan’ 4 But Adidas Yang Sering Jadi Pilihan Player!

Jadi buat mereka yang gemar menggelecek bola, kasut ini tak salah untuk dicuba kerana ia mendapat keselesaan pada kaki untuk terus bergerak lincah.

Harga : RM900

Empat variasi kasut Adidas ini turut menjadi ramai pilihan pemain-pemain bola sepak dunia kerana selain kualitinya, gaya yang ditampilkan sangat memikat hati.

Apa komen anda? Kongsikan bersama Maskulin.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI