Sama ada anda perasan atau tidak sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal telah semakin popular di negara kita. Perhatikanlah sahaja jalan raya pada hari minggu penuh newbie berbasikal melakukan kayuhan dengan cukup bersungguh-sungguh.
Di kalangan selebriti juga aktiviti berbasikal ini menjadi pilihan untuk senaman dan riadah. Mungkin sedikit sebanyak mereka turut membantu populariti berbasikal ini semakin meningkat. Ini terutamanya di kalangan newbie berbasikal.
Sebenarnya ia adalah satu perkembangan yang baik kerana berbasikal merupakan antara aktviti yang sangat menyihatkan. Cuma apa yang penting perlu menitik beratkan aspek keselamatan dengan perlatan sesuai dan mematuhi peraturan jalan raya.
Jika anda masih baru dan cuba berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal ada beberapa perkara perlu anda ambil tahu. Usah main beli dan kayuh semberono sahaja ya. Ikuti beberapa tip penting buat newbie berbasikal.
Buat newbie berbasikal salah satu perkara penting perlu mereka tahu adalah memilih ketinggian semasa berbasikal dengan betul. Ketinggian yang tidak sesuai boleh menyebabkan lutut sakit dan cedera. Ini adalah antara kesilapan sering dilakukan oleh orang-orang baru.
Gopoh yang MASKULIN maksudkan di sini ialah dari segi membeli peralatan dan basikal yang canggih dan mahal. Ingat apa yang paling penting ialah anda berada di atas jalan melakukan kayuhan. Guna peralatan yang sesuai untuk newbie seperti anda. Asalkan lengkap dengan helmet pun sudah okay.
Memilih basikal yang sesuai untuk jenis aktviti kayuhan juga penting. Sebagai contoh jika ingin melakukan kayuhan di kawasan bandar anda boleh memilih road bike atau basikal lipat. Mendapatkan saiz basikal sesuai dengan saiz badan anda juga sangat penting.
Bila sudah aktif berbasikal usahlah diabaikan pula kondisinya. Perkara rutin seperti memasikan rantai basikal tidak berkarat dan sentiasa ada gris pun sudah memadai.
Buat newbie berbasikal usahlah terlalu gopoh untuk melakukan kayuhan jarak jauh. Usah terlalu teruja untuk ikut grup rakan-rakan anda yang sudah lama dan old timer. Pastikan anda sudah bina stamina dan cukup pengalaman untuk lakukan kayuhan jarak jauh.
Menggunakan basikal perlulah bijak untuk mengendalikan gear dengan sesuai. Sebagai contoh ketika mendaki bukit. Penggunaan gear sesuai membantu anda melakukan kayuhan lebih baik.
Apabila sudah cukup sedikit pengalaman dan kemahiran anda boleh menyertai aktiviti kayuhan secara berkumpulan. Namun anda harus bijak untuk menjarakkan diri dengan rakan-rakan dan mematuhi peraturan jalan raya. Buat newbie, usah teruja untuk berada di barisan hadapan. Kayuhlah di belakang dan perhatikan apa yang rakan-rakan lakukan.
Melakukan kayuhan boleh membuatkan anda berasa haus terutamanya dalam cuaca yang panas. Pastikan anda sentiasa membawa air minuman dan sedikit snek yang boleh memberi tenaga segera.
Anda boleh dapatkan aksesori basikal yang murah dan berpatutan di sini!