Bagi setiap pelari aktif di antara perkara paling penting buat mereka ialah kasut larian. Tanpa kasut larian yang baik mereka bukan sahaja tidak mampu melakukan larian dengan baik malah ia boleh menyebabkan kecederaan.
Perkembangan teknologi penghasilan kasut larian pada masa kini sedang berkembang dengan cukup pesat sekali. Sebagai salah satu pemain utama dan pengeluar yang cukup dipercayai ramai pelari di seluruh dunia, New Balance sentiasa hadir dengan inovasi dan teknologi terkini terbaik di pasaran.
Baru-baru ini, New Balance Malaysia telah menjalankan satu kempen ‘New Balance Fuel Ground’ di mana mereka mengajak orang ramai terutamanya penggemar aktiviti larian untuk mencuba sendiri teknologi terkini mereka.
Berlangsung di Desa ParkCity, ‘New Balance Fuel Ground’ dilangsungkan selama dua hari yang sarat dengan pelbagai aktiviti. MASKULIN juga cukup bertuah kerana turut dijemput secara eksklusif oleh New Balance untuk merasainya sendiri.
Acara ini merupakan jemputan terbuka kepada pelari yang bercita-cita tinggi dan berpengalaman yang mencari sepasang kasut yang sesuai untuk larian harian mereka atau semasa mereka bertanding.
Para peserta turut diberikan sebotol kopi percuma oleh ONO selepas mereka menamatkan larian 3km mereka dan berpeluang memenangi hadiah hebat daripada New Balance apabila mereka menamatkan kedua-dua Infinity Speed Challenge dan FuelCell Treadmill Challenge dengan menempuh jarak paling jauh dalam masa 3 minit.
Lebih menarik, New Balance turut membawa trak mobil New Balance yang lengkap mempamerkan koleksi terbaru kasut larian mereka dari siri Fresh Foam dan juga FuelCell. Di antara yang paling menarik perhatian ialah Fresh Foam X Morev4, 1080v12, 880v12 dan HierroV7. Manakala bagi siri FuelCell pula adalah SuperComp Trainer, SuperComp Pacer, SuperComp Elite v3 and Rebel v3.
Seperti mana yang kita tahu kasut New Balance FuelCell dihasilkan eksklusif buat pelari yang inginkan pulangan tenaga tinggi di bawah tapak kaki dan mencatatkan masa larian lebih baik. Manakala Fresh Foam pula untuk pelari yang inginkan keselesaan larian pada jarak yang agak jauh.
Dalam acara ini juga peserta dan pengunjung turut berpeluang mencabar diri mereka dengan bengkel Strength 101 yang dijalankan oleh MotionLab. Ia merupakan aktiviti yang memberikan fokus bagi membina kekuatan serta keseimbangan diri sambil menggunakan kasut New Balance X 1080v12.
Objektif utama bengkel ini ialah untuk membantu setiap orang untuk lebih cergas dan bergerak dengan lebih baik. Dalam pada masa yang sama, New Balance Running Club (NBRC) turut hadir untuk mencuba sendiri kasut larian terbaru mereka.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI