Melakukan aktiviti larian kini bukan sahaja menjadi salah satu cara mengaktifkan kecergasan fizikal dan mental malah ia menjadi medium penyatuan komuniti yang cukup kuat.
Terdapat perbezaan yang ketara apabila melakukan larian dalam bentuk kumpulan berbanding secara solo. Bagi MASKULIN sendiri melakukan larian dalam kumpulan bukan sahaja lebih menyeronokkan tetapi mampu meningkatkan prestasi diri.
Di antara jenama sukan yang cukup aktif menganjurkan aktiviti komuniti larian ialah New Balance. Baru-baru ini, New Balance telah berjaya melancarkan semula komuniti lariannya iaitu New Balance Running Club (NBRC).
Pada sesi pertama baru-baru ini yang berlangsung di Taman TTDI, Kuala Lumpur menyaksikan lebih 30 peserta hadir menjayakan aktiviti dianjurkan tersebut.
Menurut New Balance, mereka berazam untuk membina sebuah komuniti di mana penggemar aktiviti kecergasan boleh sama-sama berkongsi minat serta saling memberi inspirasi terhadap satu sama lain.
Ads
Bagi merealisasikan objektif tersebut, NBRC akan menjadi platform buat peserta untuk bertemu di antara satu sama lain selain memberikan pelbagai tunjuk ajar dan teknik larian bagi meningkatkan prestasi setiap individu.
Sesi yang dijalankan oleh NBRC menyaksikan ia diterajui oleh dua orang jurulatih berpengalaman. Mereka ialah Karen Siah yang merupakan jurulatih larian, pelari maraton dan atlet triatlon serta Azham Kasiron, jurulatih teknik larian, pelari maraton dan pacer yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun.
Ads
Setiap sesi yang dijalankan NBRC meliputi aktiviti memanaskan badan, regangan, teknik larian, kelajuan serta ketahanan diri. Selain itu, setiap minggu juga menyaksikan pelbagai perkongsian akan dilakukan. Ini termasuklah latihan Fartlek, larian tempo dan latihan interval sepanjang kalendar tahunan.
‘Fartlek’ atau speed paly merupakan teknik yang biasa digunakan untuk kelajuan berperingkat bagi meningkatkan kelajuan larian seseorang pelari dan meningkatkan stamina. Manakala tempo run pula dilakukan bagi melatih ketahanan fizikal yang mantap.
Ads
Aktiviti yang dianjurkan NBRC bakal dilakukan setiap minggu setiap hari Sabtu dari jam 7 pagi hingga 8 pagi di Taman TTDI. Jika anda berminat untuk menyertai bolehlah dapatkan maklumat lanjut di Facebook New Balance Malaysia.
Dan ia terbuka kepada semua secara percuma!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki tubuh badan yang sasa kini sudah menjadi ‘Trend’ di kalangan anak muda pada masa kini. Tidak terkecuali juga buat selebriti yang mula menempa nama di dalam industi hiburan tanah air melalui siri TV dan filem KAMI. Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasuddin mula menjinakkan diri di dalam dunia bina badan ini hanyalah sekadar suka-suka pada awalnya, tapi kini ia sudah menjadi salah satu rutin harian yang wajib bagi dirinya kerana memiliki fizikal tubuh badan yang sasa dapat menjadikan dirinya lebih sihat dan cergas.
Definasi Maskulin Nas-T
“Maskulin boleh dituju kepada lelaki yang bersukan ataupun seorang atlet dan lelaki yang memiliki badan yang fit dan maskular”
Bila bermula?
“Saya mula menjinakkan diri di dalam dunia bina badan ketika saya berumur 21 tahun tetapi pada awalnya ia sekadar training biasa-biasa sahaja. Selepas 10 tahun saya mula bercadang untuk teruskan perjuangan saya semula di dalam arena bina badan ini dengan lebih serius. Jadi saya mengambil jurulatih peribadi untuk mempersiapkan diri saya bagi pertandingan bina badan”
Rutin Harian?
“Bermula di awal pagi saya memulakan rutin harian saya dengan memasak dan menyediakan sendiri makanan yang sihat dan sesuia untuk membina badan. Rutin seterusnya saya akan ke gym untuk berlatih bersama jurulatih peribadi dan pada sebelah malamnya saya akan melatih client saya. dan jika ada masa yang terluang saya turut melakukan aktiviti biasa seperti shooting,menjadi dj dan boleh dikatakan masa dan jadual saya sentiasa di penuhi dengan aktiviti dan kerja”
Inspirasi dan Idola
Sazali Samad dan rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak memberikan dorongan dan nasihat.
Pertandingan bina badan
“Pada Mei 2014 saya memasuki pertandingan ‘Man Of Steel’ dan ini merupakan pertandingan bina badan pertama yang saya ceburi. Saya sertai pertandingan ini bukanlah ingin menang tetapi lebih kepada mencari pengalaman berada di atas stage dalam masa yang sama saya mula berkenalan dengan lebih ramai kawan dan otai lama di dalam arena bina badan ini yang turut banyak berkongsi tip dan nasihat untuk saya menceburi lebih banyak lagi pertandingan-pertandingan akan datang”
Tip dan Nasihat
“Untuk mendapatkan badan yang cantik diet adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan kerana 70% adalah datangnya dari pemakanan yang sihat dan 30% lagi barulah latihan di gym. Diet bukanlah bermaksud tidak menjamah makanan langsung ia lebih kepada pengambilan makan yang sihat atau clean.
Kepada beginner yang ingin berjinak di dalam dunia bina badan mestilah mendapatkan tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman kalau boleh jangan belajar atau mencuba sendiri sebab kita perlu kan seseorang untuk memberi bimbingan terhadap latihan senaman yang betul”
“BADAN KITA IBARAT TANAH LIAT, KENA ULI DENGAN ELOK. KALAU ULI SENDIRI TAPI TIDAK ADA PENGALAMAN NANTI JADI LAIN”
Perancangan 5 tahun akan datang
“Tak tahu apa yang akan jadi. tapi saya tahu yang saya tidak akan sesekali berhenti dari apo yang saya buat seperti belakon, dj, dan bina badan. Benda ini sudah menjadi sebahagian dari diri saya dan saya tidak akan berhenti. Kepada yang tak pernah rasa cubalah rasa sendiri bila dah rasa pasti akan suka”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
AWAS! Jangan biarkan ia berlarutan terutamanya dalam jangka waktu yang panjang.
Tahukah anda lelaki dan sakit belakang merupakan perkara biasa. Ini kerana lelaki sering terdedah dengan kerja-kerja berat.
Disebabkan itu juga ada sesetengah orang menderita sakit belakang pada usia muda dan ada juga yang merasainya bila usia sudah melebihi 40 tahun.
Tahukah anda bahawa lebih 80 peratus orang terutamanya lelaki mengalami sakit belakang. Ia bukan sahaja menyakitkan malah boleh menggangu aktiviti kerja seharian.
Simptom sakit belakang boleh berlaku di kalangan mereka berusia 20-an. Dan apabila usia semakin meningkat risikonya bertambah tinggi. Kajian di Malaysia melaporkan sebanyak 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.
Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.
SAKIT BELAKANG & SLIP DISC
Ramai yang salah anggap antara sakit belakang dan ̒slipped disc̓.
“Disc ialah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapannya. Perlu diingat bahawa tidak semua disc merosot menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana slipped disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti pisau yang menghiris, mencucuk dan kebas.
Slipped disc sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir selain fisioterapi.
TANDA-TANDA SAKIT BELAKANG
Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.
Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorangan.
Duduk
Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai. Gabungkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.
Memandu
Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang. Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.
Tidur
Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.
Berdiri dan berjalan
Tukar posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke luar, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.
RAWATAN
Fisioterapi
Ubat-ubatan
Pembedahan
Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.
Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak dan kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.
Bagaimanapun, mereka yang tidak merawat kecederaan berkenaan tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.
Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.
Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang mahu sihat, tetapi mereka tiada usaha untuk mempunyai gaya hidup yang sihat dengan memilih makanan yang tidak sihat. Terdapat banyak artikel yang menerangkan tentang senarai makanan yang sihat untuk lelaki, namun masih ramai juga orang lelaki yang masuk hospital disebabkan masalah kesihatan.
MASKULIN ingin berkongsi antara makanan yang menyihatkan tubuh badan lelaki serta meningkatkan kesihatan seksual agar kehidupan anda lebih gembira bersama yang tersayang.
Terdapat beberapa makanan yang khusus lelaki boleh ambil sebagai ubat untuk meningkatkan kesihatan badan serta melawan masalah kesihatn disfungsi ereksi.
Menurut kajian yang dilakukan di Jepun, bayam merupakan sumber yang kaya dengan magnesium bagi membantu melebarkan pembuluh darah. Aliran darah yang lebih baik ke alat kelamin lelaki dapat meningkatkan ghairah yang lebih tinggi. Selain bayam, sayuran hijau yang lain seperti brokoli, kobis, lobak dan sawi juga kaya dengan sumber magnesium yang baik untuk lelaki.
2. Telur
Telur boleh seimbangkan semula hormon lelaki serta mengurangkan stress. Ia juga sangat penting untuk kesihatan libido dan ia kaya dengan vitamin B6 dan B5.
3. Oat
Oat adalah salah satu cara semulajadi untuk meningkatkan testosteron. Ia adalah hormon lelaki yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan keghairahan seks. Kandungan L-arginine dan asid amino dalam oat dapat meningkatkan oksida nitrat bagi mengurangkan pembekuan pembuluh darah. L-arginine juga sering digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi.
4. Ikan
Asid lemak omega-3 DHA dan EPA yang terdapat dalam ikan membantu meningkatkan kadar dopamine dalam otak untuk merangsang keghairahan lelaki. Menurut ahli seksologi Yvonne K. Fulbright, PhD, gabungan DHA dan EPA yang bersifat anti-inflamasi dapat melawan pembekuan darah dan denyutan jantung. Selain itu ia mempunyai peranan untuk fungsi otak yang lebih baik dan mencegah demensia.
Kacang walnut boleh meningkatkan kualiti dan kepekatan ‘kuah’. Ia juga boleh membantu meningkatkan kesihatan seksual lelaki pada lapisan pembuluh darah. Kacang ini juga kaya dengan alpha-linolenic acid (ALA, omega-3 asid lemak), antioksidan, magnesium dan banyak lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.