Gejala kanser di kalangan masyarakat sememangnya tidak mengenali faktor usia, latar belakang, status dan betapa aktifnya gaya hidup seseorang itu.
Tidak ramai lelaki yang terbuka untuk bercerita tentang kanser, apatah lagi melibatkan kanser prostat. Selepas diberi ‘peluang kedua’ sebaik bebas kanser prostat, Dato’ Sri Mohamed Nazir Razak tekad membantu orang lain lebih-lebih lagi kaum lelaki agar tidak malu berkongsi cerita seandainya menghidap kanser prostat.
NAZIR RAZAK Lawan KANSER PROSTAT, Bertuah Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup
Dari seorang lelaki yang sangat aktif bersukan dan terlalu kuat bekerja di zaman mudanya, Dato’ Sri Nazir juga menjelaskan ketidak seimbangan ini mungkin menjadi penyebab ‘hadirnya’ kanser dalam tubuh. Niat untuk membeli produk insurans akhirnya membawa kepada satu berita yang memeranjatkan beliau dan seluruh ahli keluarga.
“Dek kerana tertarik dengan satu produk insurans yang diperkenalkan, salah satu syarat yang perlu dilakukan adalah pemeriksaan keishatan. Jadi dari situ keputusan diterima menunjukkan paras bacaan sangat tinggi pada cancer marker. Dari situ, doktor menyarakan agar saya melakukan ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan diketahui memang ada tumor pada prostat. Selepas itu, saya melalui ujian biopsi dan tumor yang dikesan adalah kanser yang agresif.
Kanser Prostat Stage 2
Mendengar perkataan kanser, tentunya saya sangat terkejut. Saya bertemu doktor sekali lagi untuk mengesahkan keseluruhan ujian. Dua perkara yang dikatakan doktor; pengesahan kanser prostat dan sifat agresif kanser tersebut.
Ads
Memang benar, kanser prostat bukan penyakit yang mudah untuk diuar-uarkan. Dato’ Sri Nazir sendiri sukar menyampaikan berita ini kepada anak-anak, apatah lagi keluarga dan teman-teman. Hanya teman rapat diberitahu, itupun dengan syarat untuk menyimpan rahsia.
“Kanser prostat yang saya alami masih di stage 2. Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Oleh kerana saya melalui pemeriksaan awal, kanser tersebut masih dalam keadaan terkawal dan terhad pada kawasan prostat. Jadi barah tersebut dapat dikeluarkan. Dalam masa beberapa bulan, saya pulih sepenuhnya,”katanya lagi.
Ubah Gaya Hidup
Menurut peminat kelab bola sepak Chelsea ini,, tentunya kanser mengubah gaya hidup beliau.
Ads
“Saya mengambil keputusan untuk berhenti merokok dan lebih kerap bersenam. Saya cuba mengambil makanan lebih berkhasiat dan mengurangkan makanan berlemak tinggi. Saya juga bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, tidak kira di rumah ataupun di luar apabila bermain golf.
Kanser prostat ini sangat berbahaya kerana ia tidak mempunyai simptom. Saya hanya tahu kehadiran kanser ini apabila hendak membeli insurans. Bila sudah pulih sepenuhnya, saya rasa saya patut tolong orang lain terutamanya lelaki. Ada teman saya yang menghidap penyakit sama merahsiakannya daripada pengetahuan keluarga.
Bertuah Diberi Peluang
Ads
Saya bertuah diberi peluang kedua untuk hidup dan saya harap ramai lagi orang yang bertuah seperti saya. Kanser ini sangat mudah untuk dirawat jika dikesan awal. Kita perlu keluar dan bercakap mengenainya kerana jika dibandingkan di UK, mereka lebih terbuka berbicara tentang kanser prostat.”katanya.
TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
Masalah buang air kecil
Kerap buang air kecil
Kurang tekanan ketika membuang air kecil
Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
Kaki menjadi bengkak
Rasa tid-ak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
Sakit ketika mengalami ejakulasi
‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak
Semoga dengan pendedahan ini, rakyat Malaysia dapat dididik dan disedarkan mengenai kanser prostat, risiko dan gejalanya.
Bekam adalah salah satu rawatan tradisional yang semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat moden.
Ia melibatkan proses mengeluarkan darah kotor dari tubuh melalui kaedah sedutan dan tusukan kecil pada kulit.
Walaupun sering dikaitkan dengan rawatan alternatif, bekam sebenarnya menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang boleh menyokong kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.
Proses Detoks yang Semula Jadi dengan Berbekam
Darah kotor yang terkumpul dalam tubuh boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk keletihan, sakit kepala dan masalah kulit.
Bekam membantu mengeluarkan darah yang mengandungi toksin ini, sekaligus meningkatkan fungsi organ seperti hati dan buah pinggang dalam proses detoksifikasi.
Meningkatkan Peredaran Darah
Proses sedutan semasa berbekam merangsang peredaran darah yang lebih baik di kawasan yang dirawat.
Ini membantu membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke tisu tubuh, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan keradangan.
Melegakan Stres dan Ketegangan
Bekam juga dikenali sebagai salah satu cara untuk meredakan stres dan ketegangan otot.
Proses ini membantu merehatkan otot-otot yang tegang, terutamanya di bahagian bahu, belakang dan leher.
Ia sangat bermanfaat bagi individu yang sering berhadapan dengan tekanan kerja atau gaya hidup yang sibuk.
Bagi mereka yang mengalami sakit kronik seperti migrain, sakit sendi atau masalah saraf, bekam boleh menjadi alternatif yang berkesan.
Kajian menunjukkan bahawa bekam mampu mengaktifkan sistem saraf yang membantu tubuh mengurangkan persepsi terhadap kesakitan.
Bekam bukan sekadar rawatan tradisional, ia adalah cara yang efektif untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.
Dengan manfaat seperti detoksifikasi, peningkatan peredaran darah dan pengurangan stres, bekam boleh menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan anda.
Namun, pastikan untuk mendapatkan rawatan daripada pengamal yang bertauliah bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan proses ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmySiapa kata cabaran bomba tak mencabar? Dalam episod 6 Fire Fighter Challenge, Nad dan Syafiq buktikan semangat juang yang tak kenal menyerah! Mereka tak pandang belakang, terus mara hadapi setiap halangan demi mencapai kemenangan! Jangan lupa saksikan Whos Your Bro setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Ria! #maskulin #majalahmaskulin #maskulinWhosYourBro #SiapaBrosSiapaLawan #astro♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang ada terjadi.
Ibu bapa juga perlu ada ilmu teknik yang betul untuk menyelamatkan nyawa anak di waktu kecemasan. Teknik untuk mengeluarkan bendasing atau makananan dari tekak ini dikenali sebagai Teknik Heimlich.
Jika ANAK Tercekik Makanan, PAPA Kena Lakukan Teknik Heimlich Ini
Perlu diketahui juga ada beza untuk melakukan teknik ini pada bayi bawah setahun dan juga kanak-kanak. Sebaiknya semua ibu bapa belajar skil ini.
Jika bayi kurang daripada setahun
1.Pegang bayi menggunakan satu tangan dengan kedudukan kepala ke bawah, lebih rendah daripada badan.
2. Kemudian tepuk di antara tulang belikat menggunakan satu tangan sebanyak 5 kali. Perhatikan jika objek atau bendasing sudah keluar atau tidak.
3 Jika makanan tidak keluar, baringkan bayi. Menggunakan dua atau tiga jari tekan tengah dada bayi sebanyak 5 kali.
4. Jika bayi masih lagi tercekik ulang kaedah 1-3 sehingga bantuan kecemasan tiba.
Teknik untuk kanak-kanak dan remaja
1. Tundukkan badan kanak-kanak (boleh juga minta anak duduk) lalu tepuk lima kali di antara tulang belikat menggunakan sebelah tangan. Perhatikan jika objek sudah keluar atau tidak.
2. Jika tidak keluar, letak sebelah tangan di belakang badan anak. Sebelah lagi tangan di bahagian dada lalu tekan dada anak menggunakan bahagian bawah telapak tangan sebanyak 5 kali. Lihat sama ada objek sudah keluar atau tidak.
3. Jika tidak ulang langkah 1 dan 2 hingga bantuan sampai.
Mi segera memang favourite raktyat Malaysia lagi-lagi perisa kari.
Mudah disediakan, proses memasak hanya mengambil masa kurang dari lima minit untuk kita menikmatinya. Namun, bahaya mi segera ini banyak dikongsikan di media sosial namun makanan ini tetap menjadi pilihan orang bujang khasnya bagi orang lapar.
Dr Zubaidi Ahmad ada berkongsi bahaya memakan toksik yang terkandung dalam kandungan mi segera dan mengenai cara memasak mi segera ini dengan teknik yang betul.
CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE SEGERA
Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA :
1. Rebus mi di dalam periuk air. 2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet. 3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api. 4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup. 5. Sekiranya, jika anda inginkan mi kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.
Mi segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
APA ITU MSG?
MSG ialah ‘Mono Sodium Glutamate’ sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.
Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita. .
*1 – Perasa
*2 – Pewarna
*3 – Penaik
*4 – Penstabil
*5 – Pemanis
*6 – Pengawet
Doktor Zubaidi sempat menasihatkan agar kita tidak terlalu memakan mi segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya.
Tapi kalau dah teringin sangat dan tiada makanan lain tu boleh la makan sekali-sekala kan tapi kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mi segera itu. Faham tak?hehehe