Bidang utama beliau adalah Hartanah, Pengurusan Fasiliti, Pemasaran Hartanah, Agensi Harta Tanah dan Pembangunan Hartanah. Beliau merupakan bekas pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang sama seperti sekarang ini di Universiti John Moores, Liverpool.
Kepakarannya dalam dunia pengurusan dan penilaian membuatkan beliau sering dirujuk untuk mendapatkan pandangan atau idea. Buktinya penulisannya dalam bidang tersebut telah banyak dikeluarkan dalam artikel-artikel di luar negara. Antaranya ‘A Critical Review on Innovation in Facilities Management Service Delivery. Facilities. Vol. 27. No.5/6’, ‘A discussion of UK commercial property service charges.’ Journal of Retail & Leisure Property 8(2):119-138, dan ‘The application of SCM and collaborative innovation in the delivery of FM services.’ Journal of Facilities Management 7(4):283 – 297’.
Takut Angka Penyebab Perubahannya
Bagaimana terfikir untuk menjadi pendidik di sebuah universiti yang tertaraf dunia? Itu soalan penulis di awal temubual kami berdua. Menurut beliau, faktor cabar diri menjadi kata kunci mengenai kejayaan dalam dirinya. Terutama dalam bidang kerjaya. Walaupun sukar tetapi cabaran itu tetap diharungi juga.
“Kehidupan yang berlangsung banyak memberi inspirasi agar meneruskan hidup ini sebagai individu yang luar biasa. Satu demi satu pengalaman yang saya dapat seakan memberi tanda untuk terus ke tahap yang lebih tinggi . Makna yang mendorong saya supaya berubah ke tahap yang lebih baik di masa akan datang. Sesungguhnya tiada yang mustahil untuk dilakukan jika tidak selalu disertakan dengan alasan.
Jujur saya katakan yang saya cabar diri untuk maju dalam hidup. Sewaktu saya mengajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) saya kata pada diri sendiri; jika saya boleh mengajar anak tempatan apakata saya cuba untuk mengajar anak-anak mat salleh di luar sana pula. Sedangkan waktu itu pertuturan bahasa enggeris saya tidaklah berapa bagus. Jika bercakap pun sekadar ‘broken english’.
Ads
Waktu itu juga salah seorang rakan yang bekerja sebagai pensyarah menyarankan agar saya memohon mengajar bidang seni ukur. Saya terus cakap tidak! Ini kerana saya tidak berapa pandai dengan subjek pengiraan. Saya akui sejak kecil lagi saya agak fobia dan lemah dengan angka terutamanya subjek matematik.
Mendengar jawapan saya itu, rakan tersebut memberi jaminan bahawa di John Moores Universiti terdapat pakar yang arif dalam subjek tersebut dan setiap masalah yang timbul boleh dirujuk kepada beliau. Akhirnya saya bersetuju dan permohonan saya itu diterima.”
Jelas beliau, sepanjang sesi pengajarannya dia juga masih belajar dari pakar-pakar yang berpengalaman untuk memantapkan karier sebagai seorang pensyarah. Akhirnya segala kesukaran yang datang berjaya diatasi berkat kegigihan beliau yang tiada batasan itu.
Ads
Belajar English Dengan Pelajar
Untuk berjaya dan meneruskan kehidupan di negara orang tidak semudah yang disangka. Alah biasa tegal biasa. Pengalaman yang dikutip Nazali tidak pernah dipersia-siakan. Bertugas sebagai pensyarah di dalam dan luar negara membuatkan dirinya arif akan selok belok dunia pendidikan.
“Di Universiti, saya bertindak sebagai ahli akademik yang mana tanggungjawabnya adalah untuk berkongsi dan mencurahkan sebanyak mana ilmu yang saya ketahui kepada siswa dan siswi di peringkat PhD, Master dan Ijazah. Sibuk sudah semestinya tetapi itulah keseronokan dan nikmat yang saya kecapi sebenarnya. Tidak mudah sebenarnya mengajar bangsa asing kerana mereka agak agresif dan lebih terbuka. Maka saya perlu menyiapkan diri seadanya.
Ads
Pelajar di sini gemar bertanya mengapa ini terjadi dan mengapa itu berlaku. Setiap pembelajaran itu tidak terhenti setakat di dalam bilik kuliah. Akan sentiasa ada komunikasi antara pensyarah juga pelajar tanpa mengira masa. Jalinan ini membuatkan hubungan antara pengajar dan pelajar cukup erat dan setiap sesi pembelajaran yang saya beri dapat diterima dengan mudah.
Situasi ini cukup berbeza sewaktu saya mengajar di Malaysia. Pelajar kita lebih banyak menerima dan kurang bertanya. Jika ada pun bilangannya terlalu sedikit. Itu perbezaan yang ketara antara pelajar di Malaysia dan di United Kingdom.
Mengenai cara saya mengawal masalah tiada apa yang menarik. Cuma setiap masalah yang datang saya cuba ungkai dengan sebaiknya. Semangat saya pernah luntur sewaktu mengajar tetapi saya bangkit kembali bila mengenangkan janji pada diri sendiri untuk mendidik pelajar sebaiknya,” .
Ujarnya lagi, terdapat kelebihan berada di luar negara. Selain menerima perubahan baru dalam kehidupan, beliau juga berjaya memperbaiki penguasaan bahasa Englishnya.
“Siapa sangka dan siapa boleh menduga. Perkara yang lucu apabila menceritakan saya belajar menguasai bahasa enggeris dengan pelajar sendiri. Mereka juga memberikan sokongan untuk saya menguasai bahasa tersebut dengan lebih fasih. Tanpa mereka mungkin sehingga kini saya masih lagi bertutur dengan ‘broken english’,” cerita beliau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kami tahu pertandingan Miss Universe ini bukan sahaja menarik perhatian kaum wanita tetapi juga lelaki. Mengapa? Yeah, maybe for research purpose… who knows. LOL
Edisi Miss Universe pada tahun ini mencatatkan beberapa perkara menarik contohnya penyertaan paling ramai dalam sejarah dan juga menyaksikan buat pertama kali seorang transgender turut bertanding.
Hari ini, pemenang Miss Universe 2018 telah pun diumumkan dan gadis berusia 24 tahun yang mewakili Filipina, Catriona Gray telah dijuLang sebagai pemenang.
Dalam pertandingan yang berlangsung di Bangkok, Thailand ini menyaksikan Catriona muncul sebagai peserta pilihan sejak awal lagi. Tempat kedua pula jatuh kepada Tamaryn Green (Afrika Selatan) dan tempat ketiga Sthefany Gutierrez (Venezuela).
Jadi siapakah Miss Universe 2018 ini? Jom kenali Catriona Gray dengan 10 fakta menarik di bawah!
1. Famili & Keturunan
Cationa Gray dilahirkan di Australia pada 6 Januari 1994. Gadis berusia 24 tahun ini mempunyai darah kacukan dengan ibunya, Filipina dan ayahnya warga Australia yang lahir di Scotland.
2. Sukan
Bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik, Catriona juga merupakan seorang atlet seni mempertahankan diri dalam Choi Kwang Do dan memegang tali pinggang hitam! Dia juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
3. Pendidikan
Beauty with brain! Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Teori Muzik dari Berkeley College of Music di Boston, Amerika Syarikat.
4. Sejak Kecil
Dunia pertandingan beauty pageant bukanlah satu perkara yang asing buat Catriona. Pada usia 5 tahun dia pernah menjadi juara Little Miss Philippines di sebuah pertandingan semasa menetap di Sydney, Australia.
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Catriona Gray pernah menyertai pertandingan Miss World pada tahun 2016. Dalam pertandingan tersebut dia mewakili Filipina dan berjaya menjadi peserta Top 5 dan merangkul anugrah Multimedia Award dan Tempat Kedua Talent Award.
6. Peragaaan
Catriona Gray membintangi iklan komersial pertamanya pada usia 16 tahun.
7. Ketinggian
Sudah lumrah bagi seseorang yang bergelar Miss Universe untuk memiliki bentuk badan yang tinggi. Begitu juga dengan Catriona yang tingginya mencecah 1.78 meter!
Melihatkan posting Instagram-nya sahaja sudah cukup buat ramai wanita di luar sana cemburu dengannya yang sentiasa mengembara ke pelbagai negara. Hobinya untuk menjelajah pelbagai negara dan belajar tentang budaya menjadikan Catriona sebagai pilihan tepat untuk bergelar Miss Universe 2018!
Sebagai seorang ikon Catriona tak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat. Bertanggungjawab menubuhkan Paraiso: The Bright Beginnings Project, Catriona membantu golongan gelandangan di Filipina. Selain itu, dia juga pernah menjadi sukarelawan untuk membantu golongan penghidap HIV/AIDS.
10. Teman lelaki
Yeah… nampaknya ramai jejaka di seluruh dunia bakal kecewa selepas mengetahui Catriona sebenarnya sudah ada teman lelaki. Teman lelakinya yang beketurunan Filipina-Jerman merupakan seorang pelakon bernama Clint Bondad. Mereka berdua telah bersama sejak enam tahun yang lalu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa.
Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 – 6 tahun
Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 – 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya
Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun.
Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari?
Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat.
Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari.
Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?
Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku:
Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti:
Sakit yang serius
Pembedahan besar
Selepas bersalin
Ia berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.
Rambut gugur
Masalah hormon
Penyakit kelenjar tiroid
Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
Kesan sampingan ubatan seperti
Ubat Antikogulasi (warfarin)
Ubat merawat kanser (kemoterapi)
Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral)
Ubat anti-kemurungan
Alopecia Androgenik
Botak mengikut corak lelaki adalah:
Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan
Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan
Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala
Botak mengikut corak wanita:
Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/keturunan
Rambut menjadi semakin nipis di seluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala
Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah:
Jangkitan – jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
Keguguran rambut berlaku tidak sekata
Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri
Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak
Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis)
Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis)
Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka
“Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki
Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan
Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?
Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.
Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula
Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu dilakukan untuk rawatan
Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat
Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi
Contohnya, minoxidil dalam bentuk topikal 2% dan 5% dapat memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita
Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki
Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini adalah 7 sikap wanita yang kebanyakan lelaki akan kata TIDAK untuk jadi teman wanita.
1) GEDIK
Majoriti lelaki tidak suka pada perempuan yang perangainya gedik-gedik. Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat, perempuan-perempuan yang bertaraf cun boleh lagi diterima kegedikan mereka.
2) BUSUK/TERLALU WANGI
Ramai lelaki bersetuju tidak sukakan perempuan yang busuk ataupun terlebih wangi. Maknanya, mereka mahukan perempuan yang ala kadar sahaja. Wangi tak, busuk pun tak. Kalau busuk, yang cantik boleh jadi buruk. Kalau terlebih wangi, yang cantik boleh menyakitkan. Jadi, kepada perempuan di luar sana, kalau nak mengenakan minyak wangi sekalipun, jangan guna yang terlalu menyakitkan hidung.
3) Selekeh
Selekeh dalam erti kata lain ialah tidak pandai bergaya ataupun memang tak pernah bergaya. Pemilihan tona-tona warna untuk digayakan penting kepada mereka ini. Dua daripada mereka tidak bersetuju kerana selekeh itu hanyalah luaran semata-mata, yang penting tidak pengotor.
4) Berlagak
Lelaki amat menyampah dengan perempuan berlagak. Dengan nada kerasnya, mereka bersetuju. Ada juga lelaki yang sukakan perempuan yang sombong kerana menganggap perempuan itu satu makhluk yang suci dan indah, sombong itu bukan tanda berlagak, tetapi pemalu. Betul ke?
5) Demand
Ramai lelaki bersetuju perempuan yang demand patutlah dihindari. Perempuan yang demand ini dianggap kaki kikis duit PTPTN mereka. Di awal perkenalan, ajak makan aiskrim pun tak nak. Tapi, bila dah kenal,macam-macam dia minta.
6) Mekap tebal
Lelaki kurang senang dengan perempuan yang suka mengenakan mekap tebal kerana mekap tebal ini dianggap menyembunyikan wajah sebenar si perempuan. Pada mereka, perempuan yang tidak mengenakan mekap atau mekap ala kadar adalah lebih cantik.
7) Bising
Perempuan bising sangat annoying. Mereka berpendapat, perempuan yang bising ini kurang kasih sayang ataupun mengalami masalah kecelaruan identiti yang menyebabkan mulutnya tidak boleh berhenti bercakap. Mereka lebih sukakan perempuan yang ayu dan pandai menjaga mulutnya.
Gambar Hiasan : RAZMAN RAZMI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.