Segmen kenderaan mewah dan nama Maserati pastinya sentiasa berjalan seiringan. Saban tahupeminat automotif sentiasa ternanti-nanti apakah model terbaru yang diperkenalkan oleh pengeluar dari Itali tersebut.
Sebagai pengedar jenama tersebut di Malaysia, Naza Italia-Maserati sentiasa menawarkan seleksi kenderaan mewah yang cukup istimewa di pasaran.
Terbaru, Naza Italia mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk secara rasiminya edisi khas, Maserati Levante S GransSport SUV yang turut menampilkan bahagian dalamannya hasil sentuhan pereka terkenal Itali, Emenegildo Zegna.
Lebih menarik bahagian dalaman Maserati ini menggunakan tekstil kulit khas yang diberi nama PELLETESSUTA. Ia merupakan material khas yang dihasilkan eksklusif untuk kenderaan Maserati.
KONGSI SEMANGAT SAMA
Kolaborasi di antara jenama ikonik dari Itali ini bukanlah satu perkara baru memandangkan keduanya berkongsi semangat sama terhadap hasil kerja tangan dan rekaan inovasi moden. Dicipta dari dunia tradisi Itali yang lama dan teknologi inovasi terkini, PELLETESSUTA kenderaan ini tampil mewah dengan sentuhan fabrik yang bukan sahaja ringan tetapi lembut seta tahan lasak.
“Seperti Maserati, PELLETESSUTA dari Ermenegildo Zegna menyatukan rekaan teknologi moden, rekaan avant-garde bersama kerja tangan tradisi turun temurun di Itali. Dengan sentuhan inilah Maserati Levante G GranSport dihidupkan dengan kemasan yang cukup istimewa.
“Ini sekali gus juga dapat memberikan pengalaman yang luar biasa buat pemandu dan juga penumpa kenderaan hebat ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings.
Buat pertama kalinya dalam sejarah kerjasama Maserati dan Zegna, tahap ubah suai atau customisations telah diperluaskan yang meliputi GranSport, memberikan lebih banyak pilihan untuk pelanggannya.
Edisi khas Lebante S GranSport ini menampilkan warna tri-coat bronzo bersama Black PELLETESSUTA dengan hiasan dalamannya menggunakan kayu Radica eksklusif. Lebih menarik ia turut tampil dengan cetakan ‘Ermenegildo Zegna PELLETESSUTA’.
Spesifikasi
- Enjin Twin-turbo V6 dengan 430 kuasa kuda, rekaan Maserati Powertrain dan dibina di kilang Ferrari terletak di Maranello khas untuk Maserati.
- Sistem brek 6-piston Brembo Dual
- Lengkap dengan teknologi Advanced Driving Assistance Systems bagi pemanduan lebih efisien. Fungsinya turut meliputi Integrated Vehicle Control, Forward Collision Warning, Traffic Sign Recognition, Surround View Camera, Highway Assist System, Lane Keeping Assist dan Active Blind Spot Assist.
- Aksesori dalam dan luaran meliputi sistem audio Bowers&Wilkins premium, GranSport body kit, Sport seats dan lampu hadapan full-LED Matrix adaptive.
- Untuk pasaran Malaysia, hanya 5 unit sahaja ditawarkan. Jadi buat mereka yang betul-betul bertuah sahaja mampu memiliki kereta ini!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto paling gempak seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI