instant-pot-jasmine-rice

Nasi sering dipersalahkan dan dianggap jahat kerana akan menabahkan berat badan seseorang, tapi tahukah anda, nasi juga sebenarnya ada 1001 manfaat kepada diri?

Nasi membekalkan khasiat karbohidrat yang kompleks untuk memberi tenaga kepada aktiviti fizikal tubuh badan.

Kandungan yang ada padanya seperti rendah lemak, tidak mengandungi garam, kolestrol, pengawet atau perisa tambahan bebas cukup membuktikan nasi itu sebenarnya baik untuk kita.

Ini dia 5 kelebihan nasi yang mungkin anda tidak tahu!

IKLAN

1) Tinggi Kandungan Nutrisi

Nasi putih dan perang mempunyai kandungan nutrisi yang berbeza. Nasi putih kaya dengan kalsium dan zat besi serta vitamin seperti niacin, vitamin D, thiamine dan riboflavin. Nasi perang pula di perkaya dengan serat dan baik untuk pencernaan. Ia baik untuk kesihatan jantung.

2) Menlindungi daripada Kanser Payudara

IKLAN

Beras perang mempunyai pytonutrient Lignin dikatakan mampu membantu untuk menyekat sel kenser payudara. Malah, mengikut kajian dari American Journal of Gastroenterology ia tinggi serat dan mampu mencegah batu karang.

3) Membentuk Struktur Tulang Dan Kontraksi Otot

Magnesium komponen penting dalam membentuk struktur tulang dan mengatur kontraksi otot. Malah ia juga dapat membantu melancarkan kerja otak, sistem saraf, dan enzim-enzim di dalam tubuh badan.

IKLAN

Nasi Tak Salah, Nasi Juga Baik Untuk Kesihatan!

4) Mencegah Penyakit Saraf Dan Otak

Khaisat beras putih dapat mecegah serta mengubati penyakit otak serta melancarkan saraf seperti demensia, penyakit Alzheimer, kejang malam, penyakit Parkinson, dan epilepsi bersama dengan bantuan ubat lain. Makanan ini juga digunakan untuk gangguan lain yang melibatkan saraf dan otot.

5) Merawat Kulit Di Malam Hari

Kandungan minyak di dalam beras putih mampu membuatkan kulit merasa lembap dan membantu melicinkan kulit wajah. Malah nasi juga baik untuk kulit yang berparut daripada luka bakar luka lama atau parut pembedahan juga. Kandungan antioksidan yang kuat mampu menghasilkan kolagen yang memberi keanjalan kulit yang tidak ada pada tisu parut.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI