Ramai yang takut makan nasi kononnya nasi boleh menyebabkan anda gemuk. Sebenarnya pengambilan nasi tidak salah asalkan anda bijak memilih makanan yang sihat dan seimbang.
Tidak dinafikan jika anda makan nasi bersama lauk-pauk yang bergoreng, berminyak dan berlemak, ditambah pula dengan minuman yang tinggi gula, tak mustahil berat badan anda akan meningkat.
Jadi keputusan anda untuk mengelak makan nasi adalah merugikan kerana nasi mengandungi banyak khasiat jika anda mengambilnya dengan cara yang betul, sihat dan seimbang.
Coach Tengku Asmadi berkongsi fakta penting yang seharusnya anda tahu tentang nasi, sumber karbo yang membantu memberikan anda tenaga.
Semoga perkongsiannya ini bermanfaat.
BACA: Tip Diet Makan Nasi Satu Senduk Tapi Rasa Kenyang Macam Sepinggan
“Sebab nasi la ni aku gemuk”, hallo ini abam nak kasi citer jangan nak salahkan nasi sebab adik akak gemuk tau. Tahukah anda, nasi tidak berdosa sebabkan anda gemuk. Meh betulkan kembali pemikiran dan tanggapan anda pasal nasi ni.
Siapa rakyat Malaysia yang tak pernah tidak makan nasi? Ada juga yang mengatakan mitos tentang nasi walaupun seorang dalam 100 orang masyarakat kita yang beri jawapan ya, mereka makan nasi.
Tapi ramai yang salahkan nasi bila mereka gemuk tetapi kena ingat ya nasi tidak berdosa sebabkan anda gemuk. Rata-rata masyarakat kita mengambil nasi sebagai makanan harian semenjak kecil, tapi mungkin bila sudah dewasa telah meninggalkan makanan ini kerana percaya dengan diet tanpa nasi!
Kepelbagaian menu yang lain yang dihidangkan dengan nasi menjadikan makan nasi lebih menyelerakan. Namun di zaman moden ini, ada yang beranggapan nasi merupakan satu makanan yang mengganggu proses diet, malah perlu ditinggalkan.
Nasi Tidak Berdosa, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu
Bagi penghidap penyakit coeliac disease dan mereka yang alahan pada makanan yang mengandungi gluten biasanya akan meninggalkan makan nasi kerana menyangka ia mengandungi gluten yang tinggi. Walhal, nasi adalah makanan yang bebas gluten, dibandingkan dengan roti, mee, oat dan makanan gandum yang lebih tinggi kandunganglutennya.
Selain karbohidrat, sebenarnya nasi juga mengandungi protien yang tinggi berbanding makanan bijirin yang lain. Nasi juga merupakan jenis makanan dengan indeks glesemia yang tinggi, yang mampu meningkatkan tryptophan, iaitu protien dalam tubuh.
Nasi adalah makanan yang diciptakan tanpa garam di dalamnya, melainkan orang yang mencampurkannya dengan garam. Jadi, pesakit darah tinggi tidak perlu takut dengan nasi.
Makanan apa pun jika diambil secara berlebihan, pasti akan menggemukkan. Cerita mengenai nasi menggemukkan adalah tidak betul kerana ia bebas lemak dan kolestrol, malahan mengandungi karbohidrat yang menjadi sumber tenaga untuk badan. Asalkan, makan dengan kuantiti yang betul.
BACA: Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Berat Guna Diet Sukusukuseparuh Walaupun Makan Nasi!
Sekarang, mari kita lihat pula kebaikan di sebalik makanan yang diceritakan boleh menggemukkan manusia ini:
Umum mengetahui nasi mengandungi karbohidrat yang tinggi. Kebaikan karbohidrat ialah sebagai sumber tenaga untuk badan. Jadi nasi bukan melemaukan badan anda, tapi menjadikan anda lebih bertenaga, asalkan makan jangan lebih-lebih!
Biasanya orang yang dalam mood cuba sedaya mungkin untuk elakkan makanan berlemak dan berkolestrol. Nasi adalah pilihan terbaik kerana langsung tidak ada lemak dan kolestrol, malah bagi tenaga kepada anda.
Bagi pesakit darah tinggi, nasi adalah pilihan terbaik untuk mengenyangkan perut tanpa perlu takut-takut dan boleh diamalkan selalu kerana ia tidak mengandungi garam yang tinggi. Tapi jangan salahkan nasi kalau kadar darah anda naik jika makanan yang dihidangkan dengan nasi tinggi kadar garamnya!
Dengan meningkatkan pengambilan makanan serat mudah larut seperti beras merah sebanyak 5-10 gram sehari, anda akan dapat menurunkan kadar kolestrol hingga 5%. Ini sangat baik untuk mengelakkan kolestrol berlebihan dalam jantung hingga menyebabkan sakit jantung.
Nasi cegah kanser? Tipu la! Ya betul. Beras gandum seperti beras perang nutrisinya sangat kaya dengan serat mudah larut. Ramai penyelidik makanan percaya bahawa serat mudah larut ini sangat penting untuk melindungi badan daripada pembiakan sel kanser.
Selain mengenyangkan, nasi juga baik untuk perut dan untuk merawat cirit birit. Sekam padi yang berusia tiga bulan mempunyai diuretic properties. Sebab itu antara kepercayaan masyarakat cina ialah nasi mampu meningkatkan selera makan dan baik untuk sistem pencernaan.
Nasi merupakan vitamin untuk tulang dan menjadikan pertumbuhan tulang sempurna. Kandungan kalsiumnya yang tinggi adalah sangat baik untuk mencegahasteoporosis dan menguatkan gigi.
Tahukah anda, karbohidrat yang terdapat dalam nasi merancakkan pengeluaranserotonin, iaitu percantuman kimia dalam otak yang membuatkan jiwa kita riang. Kajian menunjukkan orang yang mengamalkan diet selama setahun dengan mengambil 1/2 nasi atau roti sahaja cenderung kepada masalah dipresi dan cepat marah.
Bak kata pepatah, “senang perut, suka hati”!
Nasi itu banyak mengandung vitamin dan mineral misalnya niacin, vitamin D, kalsium, serat, zat besi, thiamine, dan riboflavin.
Jangan salahkan nasi kalau anda gemuk, tapi salahkan diri yang ceduk nasi menggunung.
BACA: Doktor Ini Kongsi 7 Panduan Makan Nasi Cara Betul Yang Pesakit Diabetes Elok Amalkan!
1. Satu genggam nasi.
2. Lauk ikan atau ayam bakar atau juga yang sup , kukus dan panggang.
3. Elakkan lauk yang berminyak seperti digoreng dan santan.
4. Lebihkan sayur hijau dan ulam-ulaman.
See boleh kan makan nasi. Jadi lepas ini jangan nak tuduh nasi lagi bila anda gemuk ya.