Populariti bintang-bintang K-pop dan K-drama kini semakin luar biasa di peringkat global. Jika suatu ketika dahulu anak-anak muda menghafal wajah dan nama-nama selebriti Hollywood atau Bollywood, kini artis-artis Korea menjadi tumpuan mereka.

Maka tidak hairanlah apabila seorang pemuda mendapati perniagaannya menjadi tular dan laku keras dek kerana wajahnya dikatakan mirip aktor popular Korea, Lee Min Ho.

Doddy Angga Andrianto penjual nasi kuning berasal dari Samarinda, Kalimantan Timur menjadi terkenal dan tular secara mendadak kerana wajahnya yang dikatakan mirip aktor Korea tersebut.

Nasi Kuning Jualannya Laku Keras Gara-Gara Miliki Wajah Mirip Lee Min Ho

Ternnyata ia membawa tuah dan secara tidak langsung membantu melariskan jualannya. Doody yang merupakan graduan dari Universiti Mulawarman dalam bidang ekonomi nekad membantu ibunya dalam perniagaan menjual hidangan popular nasi kuning selepas menganggur.

Jelasnya, dalam satu jam sahaja nasi kuningnya mampu dijual kira-kira 15 kilogram untuk sekali masak. Berbeza dengan jualan pada suatu ketika dahulu yang agak suram.

IKLAN

Nasi Kuning Jualannya Laku Keras Gara-Gara Miliki Wajah Mirip Lee Min Ho

Menurut Doddy, ramai juga mengatakan wajahnya seakan artis Korea yang lain, Siwon, selain artis China, Andi Lau dan artis Indonesia, Boy William.

“Bila bertemu, ramai kata saya seperti mereka tetapi saya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak gemar dibandingkan dengan artis terkenal.

IKLAN

Dia juga mengakui bahawa ada pelanggannya yang pernah merayu untuk keluar bersamanya. Malah ada yang memegang dan merangkul tangannya.

“Tapi saya profesional, tetap saja teruskan berniaga seperti biasa,” jelas pria yang lahir pada tahun 1993 ini.

Doddy merupakan jurulatih kecergasan turut menyertai pertandingan bina badan berikutan kesukaran mendapatkan pekerjaan sesuai.

IKLAN

“Ketika ini sukar mendapat pekerjaan. Jadi saya membantu ibu bapa mengusahakan nasi kuning. Pada masa sama menyertai pertandingan bina badan.

“Buat masa ini saya belum peroleh kejayaan tetapi saya akan berusaha sehingga berjaya,” katanya.

Doddy sebelum ini ditamatkan kontrak perkhidmatan pekerja dalam bidang pelancongan pada tahun 2009.

Sumber: Kompas

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI