Nasi ayam memang tak asing bagi kita, menu sajian yang merentasi sempadan budaya dan menjadi kegemaran ramai, tidak kira usia atau latar belakang. Di setiap sudut kota, dari gerai kaki lima yang meriah hingga restoran yang bersih dan selesa, hidangan istimewa ini disajikan dengan penuh kasih sayang.
Kali ini kami kongsikan resipi nasi ayam versi campak-campak pula, air tangan Superdaddy yang hot dan terkenal Khairul Abdullah.
Aku suka masak jenis sekali jalan atau “one pot meal” ni. Sekali masak tapi semua ada dalam tu, tak payah nak masak lauk dan sayur pulak. Jadi aku selalu lah main campak-campak. Tak perlu ikut resepi tapi ikut naluri sahaja. Untuk orang yang biasa masak atau mak-mak, campak-campak ni memang standard diorang lah. Tapi untuk nubis, nak juga kena tengok resepi kan?
Ads
Nah aku share resepi campak-campak one pot meals resepiKhairul Abdullah. Bahan-bahan untuk projek ini: 2 pot beras dibasuh dan ditoskan.
3-4 ketul ayam dibasuh dan ditoskan.
3 ulas bawang putih dipotong kecil.
2 ulas bawang merah nihiris nipis.*
1 inci halia dihiris nipis.*
1 batang kulit kayu manis dan bunga lawang.*
1 tangkai daun kari kalau suka.* Tak suka tak apa aku tak marah.
1 helai daun pandan, tak ada pun tak apa.
1 ketul kiub pati ayam, kalau taknak pun tak apa.
5 sudu minyak masak.
1 biji kentang dipotong kecil.
1 batang carrot di potong kecil.
Dan sayur-sayur lain jika ada.
Garam secukup rasa.
Cara melaksanakannya: 1. Panaskan kuali dengan minyak masak dan tumis bahan bertanda bintang sehingga naik bau. 2. Masukkan daun pandan jika ada dan kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau rata dan tutup api.
3. Pindahkan beras tadi separuh ke dalam periuk elektrik dan ratakan. Kemudian masukkan ayam, susun cantik-cantik dalam tu dan masukkan baki beras tadi.
Ads
4. Masukkan sayur, karot, brokoli, kentang, tomato atau apa sahaja di bahagian atas.
5. Bancuh kiub pati ayam tadi dengan air panas dan masukkan bersama 3 cawan air ke dalam periuk nasi tadi. Kalau tak guna kiub pati tu maka tambahlah garam.
Ads
6. Tekan on atau cook dan biarlah sampai dia masak. Jangan dok kacau dia okeh.
Siap dan hidangkan. Senang yakmat. Paling penting budak-budak suka. Cubalah.
Memetik laporan terbaru CNN menyatakan syarikat NVIDIA kini bergelar sebagai syarikat paling bernilai di dunia. Ia sekali gus mengatasi Microsoft dan mengambil alih ‘takhta’ tersebut. Perkembangan ini secara tidak langsung turut mencerminkan kejayaan yang diketuai oleh CEO-nya, Jensen Huang.
Dalam laporan terbaru dari CNN mengatakan nilai permodalan pasaran NVIDIA ditutup pada kira-kira USD3.34 trilion pada hari Selasa, melepasi nilai USD3.32 trilion oleh Microsoft. Manakala, Apple pula syarikat ketiga paling bernilai dengan modal pasaran USD3.27 trilion.
Kejayaan terbaru yang diterajui Jensen Huang muncul ketika syarikat teknologi paling terkemuka di Wall Street ini berjuang untuk mendapatkan tempat teratas yang diidamkan. Siapakah figura yang bernama Jensen Huang ini?
Sekali imbas, apabila melihat kelibat Jensen dia cukup berbeza tampil dengan memakai jaket kulit yang kini ikonik dan baju polo kasual. Dia mampu menerangkan produk-produk yang sangat kompleks dengan cara yang cukup bersahaja dan mudah difahami.
Jensen, yang nama pertamanya sebenarnya adalah Jen-Hsun, dilahirkan di Tainan, Taiwan pada tahun 1963 dan tahun-tahun awal kehidupannya ditandai dengan perpindahan. Menariknya, Taiwan hari ini adalah negara terkemuka di dunia dalam pembuatan semikonduktor maju. Malah, TSMC telah menghasilkan cip NVIDIA yang paling canggih selama bertahun-tahun.
LATAR BELAKANG KELUARGA
Ketika berusia lima tahun, keluarganya berpindah ke Thailand, namun mereka tidak lama. Selepas bapanya terlibat dalam program latihan pekerja di Amerika Syarikat dengan pengeluar penghawa dingin Carrier, dia berjanji untuk menghantar anak-anaknya ke Amerika.
Untuk mempersiapkan anak-anaknya untuk masa depan di seberang dunia, ibunya, yang tidak memahami bahasa Inggeris ketika itu, mula mengajar mereka.
Dia memilih sepuluh perkataan dari kamus setiap hari, dan Jensen serta abangnya akan belajar dan mengulanginya.
Adik-beradik Huang akhirnya dihantar ke Oneida, Kentucky untuk menghadiri sekolah rendah dan tinggal bersama saudara mara di Amerika Syarikat.
PENDIDIKAN
Selepas amat sekolah menengah, Jensen melanjutkan pelajaran di Oregon State University (OSU), di mana dia memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan.
Walaupun masa di OSU membina asas pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam industri, di sini juga dia bertemu bakal isterinya Lori, yang merupakan rakan makmal dalam kelas kejuruteraan elektrik.
Selepas tamat pengajian dari OSU pada tahun 1984, Huang memasuki dunia pekerjaan dan memperoleh pengalaman di syarikat seperti AMD dan LSI Logic.
Tidak cukup dengan itu dia turut belajar secara sambilan dan memperoleh ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan elektrik dari Stanford pada tahun 1992, setahun sebelum mengasaskan NVIDIA.
Sebelum meneruskan ke Stanford dan pengasasannya NVIDIA, Jensen bekerja di AMD dan LSI Logic. Tempohnya berada di AMD cukup singkat iaitu kira-kira setahun lebih. Tatapi di sinilah bermulanya bagaimana dia membina asas untuk kejayaan masa depannya dalam industri.
Ketika di AMD, dia bekerja dalam reka bentuk mikroprosesor, peranti elektronik kecil yang menjalankan fungsi unit pemprosesan pusat komputer pada satu litar bersepadu.
Ironinya, NVIDIA dan AMD kini bersaing dalam kedua-dua Pemproses Grafik dan Pemproses Pusat yang dioptimumkan untuk pusat data. Selepas AMD, dia berhijrah ke LSI Logic (kini dimiliki oleh Broadcom).
PENUBUHAN NVIDIA
NVIDIA diasaskan pada tahun 1993 olehnya bersama Chris Malachowsky dan Curtis Priem. Jensen bertemu dengan dua pengasas yang lain, yang bersama-sama membawa pengalaman dari Sun Microsystems dan IBM, bertemu dengan Huang di Denny’s di luar San Jose. Ketika makan makanan di kedai itu mengasaskan NVIDIA dengan modal permulaan sebanyak USD40,000.
NVIDIA diasaskan ketika industri PC baru sahaja mula mendapat momentum, dan industri baru mula memahami kesan yang akan dibawa oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU).
Pasukan pengasas NVIDIA yakin bahawa CPU tidak akan menjadi penyelesaian untuk semua masalah pengkomputeran dan membayangkan masa depan pengkomputeran yang dipercepatkan.
Pada asasnya, NVIDIA diasaskan semasa semua mata dan modal usaha tertumpu pada CPU, tanpa aplikasi di pasaran, dan dengan keperluan besar untuk perbelanjaan R&D.
Mahu membina produk yang melengkapkan CPU, di mana aplikasi nombor satu akan menjadi permainan video 3D, nampaknya cara yang pasti untuk gagal.
Jensen Huang telah menerangkan pengasasannya NVIDIA sebagai syarikat dengan “cabaran pasaran, cabaran teknologi, dan cabaran ekosistem dengan kira-kira 0% peluang kejayaan,” sambil menambah bahawa dia tidak akan membiayai NVIDIA pada masa awalnya.
Jensen Huang telah berkhidmat sebagai CEO NVIDIA sejak mengasaskan syarikat itu pada tahun 1993. Sepanjang tempoh tersebut, NVIDIA telah berkembang menjadi syarikat bernilai trilion dolar. Salah satu kepastian sepanjang masa ini adalah kepimpinannya.
Daripada bekerja dengan orang yang cuba menangkap bahagian pasaran dengan mengurangkan harga atau membuat penambahbaikan kecil pada teknologi yang telah ditubuhkan, Huang mahu mengambil orang yang ingin membina sesuatu yang canggih.
Matlamatnya dari awal adalah untuk mewujudkan persekitaran di mana orang ingin datang dan melakukan kerja seumur hidup mereka, dan ia adalah sesuatu yang berjaya dilakukan dengan cemerlang di NVIDIA.
Menurut Jensen, perkara paling penting adalah kebolehan untuk memilih. NVIDIA memilih untuk melakukan perkara yang sangat sukar untuk dilakukan kerana beberapa sebab.
Salah satu aspek yang paling menarik ialah ia menyingkirkan banyak persaingan, sambil juga menjadi sesuatu yang sering kali sangat memberi inspirasi untuk bekerja. Satu lagi perkara utama tentang memilih perkara yang sangat sukar adalah menarik yang terbaik dari yang terbaik.
Dengan melakukan perkara yang belum pernah dilakukan sebelum ini, dan memberi orang berbakat peluang dan kesabaran untuk melakukan apa yang mereka lakukan dengan baik, Huang menyatakan hasilnya: orang hebat pergi melakukan perkara hebat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: CNN, Quatr, NVIDIA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Tip simple, tetapi kena tahan nafsu dan mental kene kuat”. Itulah kata-kata tip kurus yang dipegang oleh Caden Harriss, seorang mangsa buli akibat miliki badan gempal.
“Kena jadikan ejekan dan perlian sebagai pembakar semangat kerana apabila anda down ketika diet atau exercise, ingat balik muka orang-orang yang membuatkan anda ingin kurus,” ujar jejaka berusia 22 tahun ini.
Ini antara perkongsian diet dan kata-kata semangat Caden Harriss buat anda yang ingin menurunkan berat badan.
Tips pemakanan:
1. Makan ya jangan berlapar. Makan ikut kuanitit yang patut korang ikut jangan bedal semua.
2.banyakkan minum air. Setiap 25kg minum sehari selitir contoh korang berat 75g korang minum la 3 liter
3. Makan nasi boleh tapi hanya segengam dan makan lunch atau pagi
Katanya lagi, jangan tinggalkan senaman. Lakukan 100-400 jumping jack, namun harus berhati-hati terutamanya jika anda berbadan besar kerana senaman ini mungkin boleh mendatangkan kecederaan pada kaki.
Oh lupa plak exersice you guys boleh buat jumping jack 100-400 a day but be careful org yang badan besar mungkin boleh cedera di kaki. And other workout korang just search kat youtube “home workout” then pilih la mana korang rasa sesuai. Tu je😉
Malah dia turut memberitahu rahsia dia mempunyai kulit cerah iaitu hanya mengamalkan air kosong secukupnya dan mengambil suplemen Vitamin C Dissolves dalam air yang boleh dibeli di Watson (dapatkan supplement kulit di sini).
Oh lupa plak exersice you guys boleh buat jumping jack 100-400 a day but be careful org yang badan besar mungkin boleh cedera di kaki. And other workout korang just search kat youtube “home workout” then pilih la mana korang rasa sesuai. Tu je😉
Selain Jumping Jack, anda juga boleh bakar kalori dengan melakukan senaman Tabata hanya 4 minit ini. Subscribe dan tonton video Tabata ini di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila menyebut tentang kek pastinya ramai yang lebih mengaitkannya dengan wanita. Namun dalam dunia sekarang, lelaki juga mampu berjaya dalam bidang tersebut. Itulah yang telah dibuktikan oleh Ali Nadzwan atau dikenali juga dengan panggilan Ben Ali.
Selaku pengasas bersama Absolut Brands Sdn Bhd. yang kini cukup popular di kalangan penggemar kek, liku-liku keperitan yang dilaluinya bersama isteri, Nadiah Shahab membina perniagaan mereka mungkin tidak diketahui ramai.
Dalam temu bual eksklusif bersama MASKULIN, kami cuba ‘mengorek’ semula bagaimana cabaran serta keperitan yang dilalui mereka sebelum mengecap kejayaan seperti sekarang.
Jelas Ben Ali, selepas bertunang dengan Nadiah dia perlu mencari jalan untuk mencari wang untuk melangsubngkan perkahwinan.
“Kita semua tahu melangsungkan perkahwinan itu memerlukan kos yang agak tinggi. Jadi saya harus cari idea bagaimana nak cari duit. Satu hari, Nadiah membawa kek dan memberikan ieda kepada saya untuk jual kek.
“Pada mulanya saya agak skeptikal kerana saya ni lelaki. Macam tak yakin dan kurang macho bila berniaga kek. Tapi sebab saya memang memerlukan duit, saya ikutkan idea daripada Nadiah,” tambahnya lagi.
Akan tetapi tidak segalanya bermula dengan kejayaan. Pertama kali memperkenalkan jenama mereka, Nadiah memuat naik video memprosmosikan jenama mereka, Absolut Chocolate. Video tersebut mencatatkan jumlah tontonan yang sangat tinggi iaitu kira-kira 500 ribu view.
Tapi tingginya jumlah view tidak diterjemahkan kepada jumlah pesanan yang diterima.
“Hari pertama kami hanya dapat 4 pesanan kek sahaja. Kemudian kami berusaha dan berjaya cukupkan 10 pesanan untuk hari pertama. Kemudian semakin hari semakin bertambah kepada 15 kemudian 20 hinggakan Abdlut Chocolate berjaya dapatkan 150 pesanan dalam sehari.
“Bila dikenangkan kembali, jika kami terus give up pada hari pertama tu maka tiadalah Absolute Chocolate,” jelasnya lagi.
Antara pengalaman yang paling berharga buatnay sepanjang mengendalikan perniagaan ini ialah ketika memperkenalkan salted egg cake. Pada ketika itu memang tiada lagi sesiapa memperkenalkan kek dengan perisa telur masin dipasaran di Malaysia. Jadi dia mengambil risiko yang sangat besar untuk memperkenalkan seseuatu produk yang belum pernah dihasilkan oleh orang lain.
Malah tidak keterlaluan ia juga satu pendekatan yang agak ekstrem dengan menggabungkan rasa unik tersebut pada kek. Pada hari pertama pelancaran, Ben menyangka sambutan cukup hebat bakal diterima.
Tapi malangnya tiada sebarang pesanan langsung yang diterima. Sekali lagi membuatkan dia rasa macam nak menyerah kalah. Namun memikirkan staf mereka yang perlu dijaga, Ben dan Nadiah kembali memikirkan strategi baru pemasaran. Mereka meneruskan semangat dan dengan strategi baharu, salted egg cake kini menjadi salah satu best seller jenama mereka.
Benarlah kata orang, kejayaan itu hanya akan menjadi milik kepada mereka yang tidak putus asa.
Berikut merupakan 5 tip perniagaan atau pemasaran dari Ben Ali.
1. Sepanjang penularan pandemik dia memberikan fokus sepenuhnya kepada jualan secara online
2. Perlu tahu dan kenal dengan identiti jenama. Unique Selling Point (USP) juga perlu diperkuatkan.
3. Kenali audiens atau sasaran spesifik untuk pasarkan produk.
4. Menggunakan influencer marketing sebagai satu langkah pemasaran relevan pada masa kini. Ia membawa banyak traffic kepada brand, seterusnya boleh mengubahnya kepada jualan.
5. Perkenalkan harga yang kompetitif terutamanya pada ketika pandemik di mana orang berbelanja dengan berhemah.
Ikuti temu bual penuh MASKULIN bersama Ben Ali di bawah! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.