“Nasi 2 Kali Seminggu” – Ini Tip Jaga Badan Datuk Hans Isaac

Share

 

Dari seoramg model, beralih kepada lakonan dan kini gah dengan gelaran penerbit dan pengarah filem mahupun pementasan. Datuk Hans Isaac tidak pernah jemu untuk terus mencipta nama di peringkat antarabangsa meskipun usia beliau hampir separuh abad. Terbaru, Datuk Hans, sibuk dengan Baik Punya konsert bersama rakan-rakan seperjuangan antaranya Datuk AC Mizal, Afdlin Shauki, dan Awie. Namun, kesibukan beliau itu tidak pernah menghalang beliau dari melakukan aktiviti harian antaranya bersenam!

 

Memiliki ketinggian model dan paras rupa yang tidak makan usia, Datuk Hans Isaac terus mengekalkan bentuk badan meskipun sibuk dengan kerjaya. Menerusi kegiatan beliau dalam program realiti musim ketiga Celebrity Car Wars yang bakal ditayangkan di Astro History saluran 555, bermula 9 September ini, Datuk Hans berkongsi sedikit pengalaman beliau menjaga bentuk badan ketika berada di negara orang disamping selebriti-selebriti yang lain.

“Di hotel tempat kami menginap di Filipina selama 2 minggu pengambaran telah disediakan kemudahan gimnasium. Jadi setiap hari jika jadual kami pada waktu pagi, saya bersama selebriti lelaki yang lain akan luangkan masa selama 2 jam untuk bersenam. Saya suka dengan suasana begini, walaupun sibuk dengan kerja, tapi kesihatan tubuh tetap diberi keuatamaan.”

 

Tentu sekali dalam usia mencecah 50an ini, badan seseorang mula menunjukkan perubahan ketara teruatama dalam stamina harian. Akui bahawa selebriti lain dalam rancangan ini memiliki usia yang jauh lebih muda daripadanya, Datuk Hans tidak rasa tercabar, malah menyusun strategi untuk mendapat mata tanpa menggunakan tenaga yang banyak.

 

“Saya tak menafikan bahawa usia memang memainkan peranan dalam menjadi juara tak kira apa jua sukan. Pesaing saya semuanya muda-muda belaka, jadi setelah bersenam, mereka mempunyai tenaga untuk bergurau senda, manakala saya akan duduk dan tenangkan diri, supaya saya tidak terlalu penat ketika beraksi nanti.”

 

Untuk kekal sihat, minum air dan kekal hidrat sepanjang hari menjadi keuatamaan dalam menjalani aktiviti harian. Antara tip yang dikongsi oleh Datuk Hans Isaac untuk kekal fit adalah pengambilan nasi yang diambil 2 kali seminggu, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, pengambilan protin seperti ikan Salmon dan sebagainya, disamping mengambil natural supplement sebagai makanan tambahan. 

“Ini masalah orang Malaysia, suka sangat makan nasi. Boleh ambil nasi, namum ia bukanlah satu keuatamaan. Lebihkan protin seperti ikan Salmon kerana ia antara makanan yang sihat. Saya pun tak reti makan ikan Salmon ni dulu, tapi saya belajar. Tolak makanan berminyak dan goreng-goreng. Kita ubah cara hidup kita.”

“Nasihat saya untuk anda yang ingin mendapatkan bentuk badan yang cantik, pergilah ke gym. Tapi jangan pergi gym tanpa asas, kebelakangan ni ramai yang ke gym tanpa ada personal trainer atau bantuan dari rakan-rakan yang diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Penat je ke gym tapi tak mendatangkan hasil. Juga, jangan terlalu taksub untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik kerana ia hanya bersifat sementara, pergi ke gym dengan niat ingin kekal sihat. Itu yang saya pegang sampai hari ini.” 

 

Published by
Maiya Deen