Nampak Macam Usia 20-an, Ini Cara Untuk Tampil Jauh Lebih Muda

Share

“Usia itu hanyalah angka”. Mungkin itulah ungkapan yang sering kita dengar dari mulut jejaka-jejaka yang usianya mungkin sudah di penghujung 30-an dan sudah memasuki 40-an. Sedar atau tidak nampak seperti itu adalah ayat penyedap hati.

Ramai lelaki bila usia sudah meningkat seakan-akan sudah berputus ada dalam bergaya. Malah ada yang nampak lebih tua dari usia sebenar!

Kenapa perlu jadi begitu sedangkan bergaya itu boleh kita lakukan sampai usia berapa sekali pun. Selain menambah keyakinan diri, penampilan yang segar dan nampak lebih muda membuatkan kita mudah didekati. Selain itu ia juga baik untuk kesihatan fizikal dan mental.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip bagaimana anda boleh nampak 10 tahun lebih muda dari usia sebenar!

JAGA KONDISI GIGI

Salah satu perkara yang sering menghantui lelaki meningkat usia ialah kondisi gigi yang semakin parah. Namun dengan teknologi perubatan terkini anda mampu mendapatkan gigi yang baik dan cantik dengan pelbagai jenis kaedah rawatan. Senyuman terukir akan lebih nampak muda dan menarik jika ia bersih dan putih.

BACA: Sebelum Pilih Seluar Jean, Ikuti Tip Ini Agar Ia Sesuai Dengan Gaya Penampilan 

Foto: senivpetro – www.freepik.com

GAYA RAMBUT MENARIK

Tidak dinafikan masalah botak tengah adalah musuh utama lelaki. Buat anda yang masih ada rambut lebat, usah biarkan ia terbiar begitu sahaja. Dapatkan gaya rambut yang relevan dengan trend terkini. Tidak salah untuk menggayakan rambut lebih muda asalkan ia tidak keterlaluan. Bagi yang ada masalah rambut, melaburlah duit sedikit untuk beli produk berkualiti atau dapatkan rawatan dengan pakar rambut.

STAMINA DAN FIZIKAL

SIla tengok perut anda sekarang. Adakah ia semakin maju ke hadapan dan boroi? Itu tandanya anda sebenarnya sudah lama meninggalkan aktiviti senaman. Bentuk badan yang ‘fit’ dan sihat juga boleh membuatkan anda nampak jauh lebih muda dari usia sebenar. Tidak terlambat untuk anda melakukan rutin senaman setiap hari. Begitu juga dengan tabiat pemakanan. Makanlah dengan diet yang seimbang.

Foto: senivpetro – www.freepik.com

GUNAKAN SUNSCREEN

Negara kita merupakan negara yang beriklim panas. Bila terdedah dengan cahaya matahari dengan lama ia boleh menjejaskan kulit terutamanya di bahagian wajah. Salah satu tip untuk menjaga kondisi kulit ialah dengan menggunakan krim sunscreen. Cuba guna selama sebulan, pasti anda akan nampak perubahannya.

Semoga perkongsian ini mampu menjadikan anda nampak lebih muda dan bergaya!

Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim