Metabolisme membantu pencernaan dalam menyerap nutrisi yang diambil, hidrasi dan aktiviti fizikal yang dilakukan. Sekiranya salah satu daripada tidak mencukupi bagi keperluan tubuh badan, maka ia akan menurunkan kadar metabolisme anda.
Sekiranya korang sedang cuba menurunkan berat badan ataupun sekadar nak mengekalkan tahap kecergasan, perlu ada peningkatan metabolisme dalam tubuh bagi membantu korang mencapai sasaran dengan lebih cepat.
Ini merupakan 6 cara mudah untuk meningkatkan metabolisme.
1. KALORI YANG SESUAI
Penting untuk korang mengehadkan kalori untuk menurunkan berat badan, namun jika kalori terlalu rendah juga boleh memudaratkan kadar metabolisme. Ini akan menyebabkan tubuh terpaksa membakar jaringan otot untuk dijadikan tenaga. Jadi makanlah sekadar yang mencukupi dan jangan melakukan diet yang terlalu ketat sehingga mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
2. JANGAN TINGGAL SARAPAN
Sarapan akan meningkatkan metabolisme tubuh agar tetap cergas sepanjang hari. Tidak hairanlah jika orang yang tidak sarapan akan berhadapan dengan risiko 4 hingga 5 kali mengalami berat badan berlebihan. Ambillah sarapan yang sihat, rendah lemak dan tinggi serat. Jika tidak bersarapan, korang masih berpeluang untuk mengambil bijirin, sebiji buah, yogurt, roti gandum bersama mentega kacang atau susu rendah lemak.
Ads
3. KAFEIN BAIK UNTUK TUBUH
Selain kopi, teh dan minuman malt coklat juga mengandungi kafein. Kafein dapat meningkatkan metabolisme sehingga 8 peratus. Para penyelidik di Jepun berpendapat bahawa kandungan kafein dalam secawan teh hijau mampu meningkatkan kadar metabolisme seseorang sehingga 12 peratus.
4. AMBIL MAKANAN BERSERAT
Penelitian menunjukkan bahawa serat (fiber) dalam makanan mampu membantu tubuh membakar lemak hingga 30 peratus. Orang yang makan banyak serat lebih biasanya kurang mengalami masalah kegemukan. Oleh itu, perbanyakkanlah pengambilan serat dalam diet pemakanan anda seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian sekurang-kurangnya 25 gram sehari.
Ads
5. MINUM AIR SECUKUPNYA
Para peneliti di Jerman menemukan bahawa minum antara 8 hingga 10 gelas air kosong dapat meningkatkan metabolisme tubuh hingga sekitar 50 kalori sehari. Mengapa hal itu boleh terjadi? Ini kerana tubuh kita sangat memerlukan tenaga dan menstabilkan kembali suhu badan setelah kehilangan cecair melalui proses pembuangan dan berpeluh.
6. MAKANAN ORGANIK
Setiap hari bermacam-macam jenis makanan yang kita ambil apatah lagi keadaan udara sekeliling yang kian tercemar dengan asap, bahan kimia dan sebagainya. Tubuh yang menyimpan terlalu banyak racun atau bahan kimia akan menyulitkan proses menurunkan berat badan. Hal ini mungkin kerana racun akan memperlambat proses pembakaran tenaga dalam tubuh. Pilihlah buah-buahan dan sayuran yang ditanam secara semula jadi atau organik kerana ia lebih bebas dari penggunaan bahan kimia.
7. TIDUR SECUKUPNYA
Sangat penting untuk tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam untuk korang mengekalkan metabolisme yang sihat. Kurang tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Tapi ingat! Jangan sampai tidur berlebihan. Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten. Amalkan tidur dan bangun lebih kurang sama setiap hari.
Ads
8. ELAK STRES
Stres meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang akan memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan jika korang dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang korang hadapi.
9. AMBIL SUPLEMEN KALSIUM
Kajian menunjukkan jika kekurangan kalsium di dalam tubuh boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Korang juga boleh mendapatkan kalsium daripada susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan bijirin.
10. MINUM AIR SECUKUPNYA
Jangan sesekali mengabaikan amalan minum lapan gelas air sebagaimana yang disyorkan oleh pakar pemakanan. Memang kedengaran klise namun air sebenarnya boleh membantu tubuh korang untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki keazaman tinggi untuk menguruskan badan yang sebelum ini mencecah 120 kilogram, mengubah segalanya. Minat dan kesungguhan untuk bersenam di gim kini menjadi satu kebiasaan. Motivasinya sekarang adalah meningkatkan prestasi kesihatan, kecergasan dan kekuatan tubuh badan.
Bagi Fattah, melihat kesan perubahan bentuk badannya sekarang adalah satu kejayaan yang sangat memuaskan. Namun sebagai seorang yang masih mengekalkan rutin senaman hampir setiap hari, banyak perkara lagi yang peru diperbetulkan terutama di bahagian kekuatan dan simetri tubuhnya.
Bukan hanya sekadar ingin menurunkan berat badan, matlamatnya kini adalah untuk membimbing dan mendidik masyarakat di Malaysia tentang kepentingan menjaga kesihatan. Sudah tentunya dari segi pemakanan dan cara bersenam yang betul, terutama bagi mereka yang mengalami kesukaran ketika bersenam seperti sakit “lower back” atau perempuan mengandung.
Sebagai persediaan untuk itu, pemuda berjiwa kental ini telah mengambil sijil jurulatih kecergasan yang dikeluarkan oleh American Council on Excercise (ACE). Seterusnya sijil-sijil lain yang boleh melayakkannya bergelar jurulatih kecergasan.
Fattah akui, cabaran paling utama yang terpaksa dilalui sepanjang proses menurunkan berat badan adalah untuk mengawal nafsu makan. Oleh kerana dia juga terlibat dengan menyertai pertandingan bina badan, soal makan tidak pernah diabaikan. Kebanyakan makanan yang dimakannya setiap hari dimasak sendiri untuk mengawal jumlah setiap nutrien.
“Jika kita mempunyai keazaman tinggi untuk capai sesuatu, usaha dan tanpa putus asa adalah kunci paling utama. Saya mahu orang yang memiliki berat badan berlebihan mengetahui kisah dan melihat saya sebagai cabaran. Jika saya boleh, anda juga boleh”, ujar Fattah.
PROFIL
Nama penuh: Muhammad Abdul Fattah bin Suffi
Asal: Kajang, Selangor Darul Ehsan
Pekerjaan: ACE certified Personal Trainer
Tinggi: 177cm
Berat: 90kg
Motto: Nothing Beats Solid Foods
Idola kecergasan: Mike O’Hearn
TIPS CERGAS
1- Makan makanan yang sihat dan sentiasa pastikan badan terhidrat
2- Elakkan pengambilan gula dan minyak yang berlebihan
3- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
4- Jangan tinggalkan senaman kardio
5- Senaman kaki adalah WAJIB
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda-Tanda Gout
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi Gout
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
Kegemukan
Darah tinggi
Hiperlipidemia
Diabetes
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
Rehatkan sendi semasa serangan gout.
Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain.
Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
Mengelakkan minuman keras
Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pemakanan
ELAK MAKAN
Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
Ikan bilis, kembung, sardin
Daging cincang
Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
Kurangkan makan
Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
Peanuts, lentil, beans and peas
Poultry
Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
Minum banyak air
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.