Ketawa dikatakan boleh mengelakkan seseorang itu daripada terkena penyakit jantung kerana ketawa adalah ubat yang paling baik di dunia secara semulajadi.
Seorang pakar perubatan dari University Of California Irvine, Amerika Syarikat, Lee Berk dan kumpulan penyelidiknya berjaya merungkai perubahan mood seseorang itu akan memberi kesan kepada sistem imun dalam tubuh untuk melawan penyakit.
Kajian awal mendapati ketawa turut mempunyai peranan dalam melawan virus, bakteria, kanser dan penyakit jantung dan perkara ini turut disokong pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze.
Michael dalam kajiannya turut menemui, mereka yang hidup pada tahun 1950-an secara puratanya akan ketawa selama 18 minit sehari. Namun kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari.
Dalam sehari kanak-kanak boleh ketawa sehingga 400 kali manakala orang dewasa secara purata hanya ketawa 15 kali. Itu adalah fakta dan perkara ini dapat dilihat dengan jelas jika anda bergurau dengan bayi. Sikit-sikit mereka akan ketawa!
Sehubungan itu, jelaslah ketawa sedikit-sebanyak ada manfaatnya untuk tubuh manusia dan antara kebaikannya adalah seperti :
1. Meningkatkan sistem imun
Dengan ketawa, hormon stress akan dikurangkan dan sebaliknya sistem ketahanan badan akan dipertingkatkan. Secara tidak langsung, ketawa boleh membantu menangkis pelbagai penyakit.
2. Meningkatkan hormon endorphine
Ads
Hormon Endorphine berfungsi memberikan rasa lega, tenang dan nyaman serta rasa gembira dan bahagia. Hormon ini dirembeskan dengan banyak ketika seseorang ketawa.
3. Melindungi jantung
Dengan ketawa juga, saluran darah di jantung akan berfungsi dengan lebih baik dan perjalanan darah akan menjadi lebih lancar. Apabila saluran darah ini dioptimumkan fungsinya risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung akan dapat dihindari.
4. Mengurangkan stress
Ketawa juga mampu mengurangkan stres yang kita sedang hadapi kerana dapat mengurangkan paras hormon stres. Oleh itu, ketawalah kerana ia berkesan untuk mengatasi stres.
5. Memperbaiki pernafasan
Ads
Kesan ketawa boleh membersihkan paru-paru. Ini sama seperti kita menarik nafas dalam-dalam. Ketawa amat membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Semasa stress pernafasan menjadi pendek, menyebabkan pengumpulan karbon dioksida dan sisa udara di dalam paru-paru. Ketawa di perut memaksa udara keluar dari paru-paru hingga ia menjadi kosong, diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru.
6. Baik untuk bahagian perut
Ketawa yang pecah di perut baik untuk organ-organ dalaman sekitar perut seperti hati, buah pinggang, pankreas, limpa dan kelenjar ginjal. Hasilnya, aliran darah lebih lancar dan berfungsi lebik baik.
7. Menghilangkan kesakitan
Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.
Ads
8. Mengurangkan sikap agresif
Ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif. Ini boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.
9. Meningkatkan kemahiran bersosial
Perasankah anda bahawa dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan berinteraksi. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.
10. Meningkatkan ketahanan tubuh
Ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.
11. Merupakan senaman
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tambahan pula, usaha untuk buang lemak di perut bukanlah mudah. Kadangkala, walaupun lemak di bahagian badan lain sudah berjaya dikurangkan, pinggang dan perut masih lagi buncit dan boroi.
Usah risau. Ikuti beberapa tip berikut untuk buang lemak di perut anda.
1. Elakkan gula dan minuman bergula
Gula berlebihan adalah sangat tidak sihat untuk tubuh badan. Gula dalam darah dikawal oleh hati pada had tertentu. Apabila melebihi had kapasiti tersebut, ia akan ditukarkan menjadi lemak yang akan terkumpul di seluruh badan termasuk perut.
Mengelakkan gula sepenuhnya dalam hidup mungkin agak sukar. Namun, anda boleh elakkan minuman bergula terutamanya minuman berkarbonat yang tiada khasiat melainkan gula dan kalori semata-mata.
2. Banyakkan pengambilan protein
Elemen utama yang perlu dimasukkan ke dalam diet untuk menurunkan berat badan adalah protein. Ia didapati mampu mengekalkan rasa kenyang dan memberikan tenaga yang banyak. Rasa kenyang yang lama membantu mengurangkan pengambilan kalori.
Oleh itu, banyakkan protein dalam diet anda melalui makanan seperti telur, makanan laut, kekacang, daging dan produk tenusu.
3. Kurangkan karbohidrat
Ini adalah sangat efektif dalam mengurangkan berat badan. Menurut beberapa kajian, diet rendah karbohidrat membawa kepada penurunan berat badan 2 hingga 3 kali ganda lebih tinggi berbanding diet rendah lemak. Malah, walaupun diambil dalam jumlah yang banyak, diet rendah karbohidrat masih lebih efektif berbanding diet rendah lemak.
Diet ini juga menyebabkan kehilangan berat air. Jadi, kesan mungkin dapat dilihat seawal 1 atau 2 hari.
4. Tambah serat dalam diet anda
Selain protein, serat juga membuatkan rasa kenyang lebih lama. Selain itu, serat tidak larut air (bijiran penuh, gandum, sayur-sayuran) membantu mencegah sembelit dan serat larut air (buah-buahan, kekacang) merendahkan kadar kolesterol dalam darah.
Pemakanan adalah langkah utama dalam membuang lemak di perut. Namun, ia juga perlu disertakan dengan senaman dan aktiviti fizikal bagi memberikan hasil yang lebih efektif.
SERAMAI 9,000 peserta terdiri dari Singapura telah menyertai Viper Challenge Sunway Iskandar yang diadakan di Bandar Medini yang terletak di Iskandar Puteri, Johor baru-baru ini.
Kebanjiran peserta dalam Siri Viper Challenge yang terkenal di Asia sebagai salah satu acara lari berhalangan terbesar sekali lagi singgah di Johor baru-baru ini untuk menguji dan mencabar kecergasan fizikal dan mental merentasi jarak 15km serta 18 halangan.
Siri Viper Challenge di Medini ini adalah merupakan yang kedua tahun ini selepas edisi pertama dilangsungkan di Pulau Pinang pada bulan lalu.
Dengan pengenalan halangan yang lebih mencabar dan lebih sukar dalam edisi tahun ini di Viper Challenge Sunway Iskandar yang berkeluasan 1,800 ekar, ia adalah satu pengalaman menarik dan tidak dapat dilupakan untuk menguji kecergasan kerana perserta perlu berlari, melompat, memanjat, merangkak dan merosot dalam pelbagai halangan untuk ke garisan penamat.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Iskandar, Gerard Soosay berkata, peserta telah hadir seawall jam 5 pagi untuk pendaftaran walaupun perlumbaan bermula jam 7 pagi dan dilepaskan secara berperingkat.
“Kami berasa teruja kerana ini adalah kali kedua Sunway menjadi tuan rumah kepada siri Viper Challenge dan ebagai pemaju komuniti yang utama, kami gembira dapat bersama-sama 9,000 peserta untuk merasai pengalaman di Bandar ini disamping menggalakkan penduduk dengan gaya hidup sihat sama seperti slogan kami ‘Kehidupan Sunway, Kehidupan Berkomuniti’,” katanya.
Pengarah Operasi Viper Challenge, Simran Latif pula menjanjikan halangan yang mencabar pada setiap tahun.
“Viper Challenge sentiasa akan hadir semula dengan halangan unik setiap tahun. Kami juga pastinya mahu kembali sekali lagi ke Johor pada tahun hadapan kerana ramai peminat dan pengikut Viper Challenge di sini,” ujarnya.
Viper Challenge mempunyai pelbagai format kepada orang ramai dan juga kepada peserta elit. Peserta dikehendaki untuk melengkapkan mana-mana tiga daripada lima siri – peringkat kelayakan (Singapura, Pulau Pinang dan Johor) atau acara peringkat pertengahan (Genting Highlands, Shah Alam) sebelum membuat perjalanan ke peringkat akhir, Great Eastern Viper Challenge Cyberjaya.
Buat peminat Arsenal, jangan berduka kerana pemain terhebat Mmesut Ozil telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Twitternya.
Pemain tengah Arsenal ini telah memenangi 92 caps dan telah membuat kemunculan antarabangsa pada tahun 2009 menyatakan bahawa racism dan tidak hormat antara satu sama lain merupakan punca beliau mengumumkan berita tergempar ini susulan daripada Piala Dunia tempoh lalu, dimana beliau telah dikaitkan dengan kontroversi yang melibatkan pertemuan antaranya dengan Presiden Turki sebelum perlawanan.
Beliau juga menyatakan bahawa layanan buruk yang diterima dari DFB yang menyebabkan beliau jijik untuk memakai baju kebangsaan Jerman sekaligus mengklasifikasikan yang pencapaian beliau miliki sejak 2009 telah dilupakan.
Menerusi akaun Twitternya juga beliau meluahkan bahawa berat untuknya meninggalkan pasukan itu dan banyak faktor telah dipertimbangkan. Namun ketidakpuashatian dengan pasukan itu sendiri atas sebab rasis, sudah sampai masanya untuk beliau mengundurkan diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.