
Mesti korang fikir kalu nak kurus kena berdiet kan. Bila berdiet mesti kurus.Ini salah besar okay! Berdiet bukan sesuatu yang mudah dan kadang-kala ia berakhir di tengah jalan begitu saja belum sempat korang nak kurus pun.
Percaya tak jika kami katakan bahawa bersukan lebih efektif dan berkesan berbanding diet? Ini antara sebab kenapa bersukan lebih baik dan berkesan dari berdiet!
1.Anda menjadi lebih sihat
Pakar kesihatan mendedahkan, diet boleh menyebabkan perkara bahaya seperti anoreksia atau bulimia. Bersukan memang memenatkan tapi, kesan positifnya bukan sahaja boleh menurunkan berat badan, malah jantung juga lebih sihat.
2. Membakar kalori lebih banyak
Berlapar bukannya jalan terbaik untuk mengurangkan kalori. Hanya bersukan sahaja yang mampu membakar kalori dan buatkan tubuh tetap sihat.
3. Anda boleh makan apa saja
Kalau berdiet, itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Jika anda bersukan dengan rutin, anda boleh makan banyak mana pun asalkan ianya makanan yang sihat.
4. Memenuhi semua nutrisi yang anda perlukan
Bila berdiet, anda perlu pantang macam-macam jenis makanan. Jika anda teruskan, anda boleh makan apa saja untuk memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.
5. Hasil diet & bersukan jauh berbeza
Diet memang buatkan anda kurus, tapi dengan bersukan, badan anda bukan sahaja langsing, malah terbentuk cantik dan tak menggeleber.
6. Bersukan buatkan anda lebih yakin
Walaupun berdiet boleh buatkan anda kurus, tapi anda tetap rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Berbeza dengan bersukan, ia buatkan anda otak lebih cergas dan anda lebih yakin dengan tubuh badan anda.
Sumber : Lelaki Sihat
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
11 Makanan Power Hindar Penyakit Jantung Untuk Lelaki

Terdapat beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung anda, antaranya:
Ikan
Antara pilihan ikan paling baik ialah salmon. Ikan ialah sumber asid lemak omega-3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah. Lemak dalam ikan juga membantu mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang sihat. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti tuna atau sardin dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, ambil salmon panggang bersama salad.
Oat
Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol LDL.
Serat boleh larut ini juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh ditambah hirisan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi atau oren.
Epal
Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandungi vitamin dan serat, malah enak dijadikan snek ringan atau menambah hirisan epal dalam masakan.
Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau segelas jus epal sehari.
Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan sawi bukan saja mengandungi vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila berusia. Sayuran hijau kaya mineral yang mampu melindungi jantung daripada masalah kesihatan.
Pastikan dalam setiap hidangan tengah hari, masukkan sayuran hijau sebagai menu harian anda. Untuk mendapatkan mineral dan zat terkandung dalam sayuran hijau, elak daripada memasaknya terlalu lama. Sayur hijau juga boleh dimakan mentah seperti salad atau dijadikan ulam-ulaman.
Tomato
Tomato baik untuk kesihatan jantung kerana kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hanya tambahkan hirisan tomato pada sandwic atau banyakkan sos tomato dalam makanan. Sos tomato yang dimasak dan sos tomato di dalam tin yang mudah didapati di kedai mengandungi lebih banyak lycopene berbanding tomato mentah.
Soya
Protein soya ialah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia membantu untuk mencegah penyakit jantung. Terdapat pelbagai makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe. Anda juga boleh mengambil susu soya setiap hari untuk kekal cergas.
Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus sekali gus membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol. Anda boleh mengambil minyak zaitun satu sudu sehari sebagai makanan tambahan atau dijadikan bahan dalam masakan. Jika mampu gunakan minyak zaitun bagi menggantikan minyak lain dalam masakan.
Bijirin penuh
Bijirin penuh menyediakan vitamin dan serat bagi menguatkan jantung. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh seperti roti perang dan bukannya roti putih.
Badam
Badam ialah jenis kacang yang mengandungi minyak menyihatkan seperti vitamin E bagi membantu mengekalkan paras kolesterol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.
Avokado
Avokado kaya lemak tidak tepu dan berfungsi menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh. Buah ini juga memungkinkan penyerapan karotenoid, khususnya betakaroten dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung. Amalkan makan avokado setiap hari bagi mendapatkan jantung yang sihat.
Beri
Semua jenis buah berasaskan beri seperti blueberi, raspberi dan strawberi kaya antioksidan dan berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Amalan pengambilan setiap hari menguatkan jantung sekali gus mengelak daripada serangan jantung.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
9 Tip Mudah Berdiet, Suami Isteri Ini Buktikan Cinta & Motivasi Mampu Turunkan Berat Badan, Fuhh..

Memiliki berat badan ideal tak semata-mata agar penampilan terlihat cantik dan segak. Lebih dari itu, berat badan ideal biasanya jadi salah satu petanda yang tubuh yang sihat. Semua orang, tidak kira umur, atau pangkat boleh je kurus, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap yang mungkin.
Lexi Reed dari Terre Hauteu, Indiana, pada tahun 2016 lalu berat badannya sekitar 219 kg. Sementara suaminya, Danny memiliki berat badan 127 kg. Kini ia tampak lebih sihat dengan berat badan 81 kg, setelah menukar kebiasaan makan dan rutin olahraga, berat badannya turun sebanyak 138 kg.
“Kami tak ada jadual dalam pola makan, jurulatih peribadi, tapi yang kami miliki adalah satu sama lain dan motivasi untuk bekerja keras setiap hari,” tulis Lexi di akun Instagramnya @fatgirlfedup.
Pasangan ini menikah pada tahun 2015, mereka biasanya mengambil 8.000 jumlah kalori setiap hari. Tapi setelah memutuskan untuk diet menurunkan berat badan, mereka berhenti mengambil junk food. Keduanya pun memilih untuk mengambil makanan yang dimasak sendiri dari rumah Demi tubuh yang sihat, perjuangan dilakukan bersama.
Selain menukar tabiat makan, Lexi dan Danny juga makin rajin berolahraga. Mereka pergi ke gym 5-6 kali seminggu dan juga mengikuti kelas Zumba. Dengan melakukan perubahan dan melakukan diet sederhana seperti itu, dalam 12 bulan berat badan mereka sudah turun hampir separuh dari asal.
Dengan tips diet sederhana tapi dilakukan secara rutin dan konsisten, hasilnya ternyata sangat luar biasa. Untuk berhasil diet memang perlukan komitmen yang kuat dan kerja keras yang tak ada habisnya.
Berikut Adalah 9 Cara-Cara Untuk Kurus
#1 – Jangan Berlapar Dalam Pemakanan
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
#2 – Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
#3 – Minum Sekurang-Kurangnya 8 Gelas Air Kosong Setiap Hari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
#4 – Elakkan Minum Minuman Yang Bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.
#5 – Elakkan/Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan Seharian
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
#6 – Jangan Skip Sarapan Pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?
Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
#7 – Makan Secara Perlahan-Lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
#8 – Kunyah Makanan Kepada Cebisan Kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
#9 – Makan Dengan Kerap Tetapi Pada Jumlah Yang Sedikit
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Sumber : Buletin Semasa
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tabiat Garu Jerawat Buat Kulit Jadi Lebih Parah

1 Papules
Ia merupakan sejenis jerawat radang kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan.
2 Pustules
Ia kelihatan seperti bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintik merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah).
3 Blackheads
Kebanyakan daripada kita mempunyai masalah balckheads ini. Ia biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan disebabkan oleh kotoran tetapi disebabkan oleh pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.
4 Whiteheads
Whiteheads ini seperti adik-beradik kepada blackheads juga cuma berlainan warna. Ia biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati yang menyebabkan paparan putih ini muncul di atas permukaan kulit muka anda.
5 Nodules
Ini adalah sejenis jerawat yang kronik juga jika tidak dirawat dari awal kerana ia terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit dan lebih besar. Ia juga sangat menyakitkan dan kadang-kadang ia muncul agak lama selama berbulan-bulan. Jerawat ini yang menjadi penyumbang kepada parut berlubang dan trauma yang teruk serta luka pada permukaan kulit.
Oleh itu, jika ia tidak dirawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun ia sudah kecut sebelum itu. Tambahan pula, apabila ruang radang lebih besar maka ia lebih mudah untuk membentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tidak dirawat atau tidak menggunakan ubat yang sesuai.
Tips untuk mengatasi jerawat adalah :
- Pakai krim atau gel anti-jerawatjika jerawat tersebut baru muncul. Ini dapat membantu jerawat itu menjadi kecut dan terus hilang jejaknya di kemudian hari. Namun, bukan semua orang sesuai untuk memakai krim ini. Bagi yang sudah biasa memakai, tiada masalah. Hal ini kerana ada juga antara anda yang mengalami alahan kulit jika memakai sesuatu krim di muka.
- Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Hal ini kerana jerawat juga muncul disebabkan oleh cara pemakanan anda. Lebih baik anda jaga cara pemakanan anda. Kurangkan makanan yang berminyak.
- Mencuci muka dengan bersih. Bagi wanita, jika anda memakai mekap yang tebal mohon cuci dengan bersih sebelum tidur. Pastikan anda mencuci muka dua atau tiga kali sehari untuk membuang segala kotoran di muka. Anda juga perlu menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Contoh : jika kulit anda berminyak, maka carilah pencuci yang khusus untuk membersihkan minyak di muka dan dapat mengurangkan jerawat juga.
- Jangan selalu sentuh muka atau memicit jerawat! Ramai yang gatal tangan dan ramai juga yang tidak mencuci tangan selepas melakukan sesuatu. Ini yang menjadi punca jerawat membiak dan meninggalkan parut jika memicitnya. Tetapi ini adalah fakta kerana tangan kita ada banyak kuman yang tersembunyi yang mengganggu kulit wajah kita. Sebaiknya, pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas okay.
- Pilih produk kecantikan yang berkualiti dan mengandungi bahan semula jadi.Jangan pilih yang murah atau yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri dan seadanya. Nak cantik cepat tetapi tidak fikir kesan pada masa hadapan, memang hidup anda akan merana kelak. Ramai antara anda yang merana akibat tersalah memilih produk. Nak pulihkan semula kulit muka itu akan mengambil masa yang lama tau. Jadi, berfikirlah dengan bijak.
- Jangan tegur muka rakan anda yang ada jerawat!Hal ini kerana percayalah esok atau lusa jerawat itu akan membalas dendam dan muncul di muka anda pula. Bahkan di tempat yang sama juga!
Sumber : Iluminasi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI