Tip & Teknik Larian Betul Agar Dapat Hasil Berkualiti, Bukan Hanya Penat Semata

Share

Melakukam apa jua jenis senaman sekalipun perlulah dilakukan dengan menggunakan teknik yang betul.

Amat sia-sialah senaman yang anda lakukan jika tak guna teknik yang betul. Apatah lagi anda bersenam itu dengan hasrat menurunkan berat badan dan meningkatkan stamina badan.

Selain untuk menjaga kesihatan jogging juga merupakan aktviti untuk anda luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Sambil itu boleh hirup udara yang lebih segar.

Namun sebelum mula berlari ada beberapa perkara yang harus anda titik beratkan.

Berikut merupakan perkara asas yang perlu anda semak sebelum jogging:

1. Periksa tahap kesihatan

Nak jogging boleh. Kalau anda mampu, 11 round pun tidak ada apa-apa masalah. Tapi sebelum itu, periksa diri anda dulu. Semak tekanan darah anda, kadar denyutan jantung dan kesihatan tulang dan otot anda. Bukan semua orang sesuai berjogging

.

Contohnya, orang yang obesiti, tidak baik untuk lutut mereka dan jantung kerana memberi impak yang tinggi. Mereka perlu mula dengan aktiviti ringan dahulu seperti berjalan.

2. Pilih kasut yang betul

Alaa.. Ko pakai je kasut sneakers tu! Jogging je pun! Ingat ya, penggunaan kasut yang betul ketika melakukan aktiviti jogging adalah benda yang wajib diperhatikan. Pilih kasut yang direka khas untuk jogging dan ringan. Pastikan tidak terlalu ketat dan tapak mestilah tebal serta berspan. Baru selesa nanti!

3. Lakukan warm up

Jangan lupa untuk panaskan badan. Kereta pun kalau anda terus start dan pandu pasti akan semput juga. Begitu lah sistem badan kita. Perlu lakukan pemanasan badan dulu untuk melonggarkan tegangan di sendi-sendi badan dan melancarkan darah ke seluruh badan.

4. Minum air

Minum air dahulu tapi berpada-pada untuk mengelakkan anda muntah air. Pastikan sepanjang aktiviti air ada bersama anda.

Sekarang, mari sama-sama kita lihat teknik larian yang betul:

Rileks

Tenangkan fikiran dan tubuh anda.

Jangan membongkok

Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit. Bahu yang bengkok memnyempitkan saluran pernafasan, serta mengurangkan keupayaan paru-paru untuk memproses aliran oksigen dan karbon dioksida. Kesannya, anda akan semput cepat.

Bernafas melalui hidung

Ketika jogging, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan dengan mulut. Jangan bernafas dengan laju, nanti anda akan mudah pancit. lebih teruk, takut anda sesal nafas pula nanti. Jangan juga bernafas melalui mulut.

BACA: Tip Pilih Kasut Larian Yang Sesuai Untuk Anda, Barulah Tak Sakit Kaki

Mendarat di pertengahan kaki

Macam mana tu? Ketika anda hendak mendaratkan kaki anda ke permukaan, letakkan dahulu bahagian tengah kaki anda, bertujuan mengurangkan impak. Mendarat dengan tumit dan hujung jari kaki berisiko mendatangkan kecederaan.

Mendarat di bawah badan

Pastikan ketika hendak meletakkan kaki di permukaan, kaki anda betul-betul berada di bawah badan anda. Caranya mudah sahaja, jangan joggingdengan kaki anda terjulur ke hadapan. JIka anda mendaratkan kaki di hadapan badan, biasanya anda akan letakkan tumit dahulu dan berisiko terpecok. Contoh cara yang salah:

Bengkokkan lutut sedikit ketika mendarat

Lutut yang sedikit bengkok membantu memanjangkan waktu impak, dan mengurangkan kesan kepada lutut ketika anda berjogging.

Jangan genggam tangan

Posisi tangan yang betul  seolah-olah dengan memegang sebutir telur telapak tangan. Oleh itu, pastikan ketika berjogging

, anda tidak “memecahkan telur” dalam genggaman tangan.

Hanyunkan lengan

Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.

Mulakan larian anda dengan kadar yang sederhana

Ramai yang tewas awal ketikajogging. Ini kerana mereka terlalu ghairah jogging dengan laju di awalnya. Badan akan terkejut dan menyebabkan semput di pertengahan.

AKTIVITI LARIAN

Ketiga-tiga jenis bentuk badan ini juga boleh melakukan aktiviti larian mengikut kesesuaian kondisi fizikal.

Jika tak mampu untuk berlari jauh seperti 5 kilometer, bermulalah dengan jarak sederhana. Untuk permulaan mungkin ANDA boleh berlari 1 hingga 3 kilometer. Apabila sudah selesa anda boleh tambah jarak secara berperingkat.

 

Published by
Farizul Izwany