Melakukam apa jua jenis senaman sekalipun perlulah dilakukan dengan menggunakan teknik yang betul.
Amat sia-sialah senaman yang anda lakukan jika tak guna teknik yang betul. Apatah lagi anda bersenam itu dengan hasrat menurunkan berat badan dan meningkatkan stamina badan.
Selain untuk menjaga kesihatan jogging juga merupakan aktviti untuk anda luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Sambil itu boleh hirup udara yang lebih segar.
Namun sebelum mula berlari ada beberapa perkara yang harus anda titik beratkan.
Berikut merupakan perkara asas yang perlu anda semak sebelum jogging:
1. Periksa tahap kesihatan
Nak jogging boleh. Kalau anda mampu, 11 round pun tidak ada apa-apa masalah. Tapi sebelum itu, periksa diri anda dulu. Semak tekanan darah anda, kadar denyutan jantung dan kesihatan tulang dan otot anda. Bukan semua orang sesuai berjogging.
Contohnya, orang yang obesiti, tidak baik untuk lutut mereka dan jantung kerana memberi impak yang tinggi. Mereka perlu mula dengan aktiviti ringan dahulu seperti berjalan.
2. Pilih kasut yang betul
Alaa.. Ko pakai je kasut sneakers tu! Jogging je pun! Ingat ya, penggunaan kasut yang betul ketika melakukan aktiviti jogging adalah benda yang wajib diperhatikan. Pilih kasut yang direka khas untuk jogging dan ringan. Pastikan tidak terlalu ketat dan tapak mestilah tebal serta berspan. Baru selesa nanti!
Ads
3. Lakukan warm up
Jangan lupa untuk panaskan badan. Kereta pun kalau anda terus start dan pandu pasti akan semput juga. Begitu lah sistem badan kita. Perlu lakukan pemanasan badan dulu untuk melonggarkan tegangan di sendi-sendi badan dan melancarkan darah ke seluruh badan.
4. Minum air
Minum air dahulu tapi berpada-pada untuk mengelakkan anda muntah air. Pastikan sepanjang aktiviti air ada bersama anda.
Sekarang, mari sama-sama kita lihat teknik larian yang betul:
Rileks
Tenangkan fikiran dan tubuh anda.
Jangan membongkok
Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit. Bahu yang bengkok memnyempitkan saluran pernafasan, serta mengurangkan keupayaan paru-paru untuk memproses aliran oksigen dan karbon dioksida. Kesannya, anda akan semput cepat.
Ads
Bernafas melalui hidung
Ketika jogging, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan dengan mulut. Jangan bernafas dengan laju, nanti anda akan mudah pancit. lebih teruk, takut anda sesal nafas pula nanti. Jangan juga bernafas melalui mulut.
Macam mana tu? Ketika anda hendak mendaratkan kaki anda ke permukaan, letakkan dahulu bahagian tengah kaki anda, bertujuan mengurangkan impak. Mendarat dengan tumit dan hujung jari kaki berisiko mendatangkan kecederaan.
Mendarat di bawah badan
Pastikan ketika hendak meletakkan kaki di permukaan, kaki anda betul-betul berada di bawah badan anda. Caranya mudah sahaja, jangan joggingdengan kaki anda terjulur ke hadapan. JIka anda mendaratkan kaki di hadapan badan, biasanya anda akan letakkan tumit dahulu dan berisiko terpecok. Contoh cara yang salah:
Bengkokkan lutut sedikit ketika mendarat
Lutut yang sedikit bengkok membantu memanjangkan waktu impak, dan mengurangkan kesan kepada lutut ketika anda berjogging.
Ads
Jangan genggam tangan
Posisi tangan yang betul seolah-olah dengan memegang sebutir telur telapak tangan. Oleh itu, pastikan ketika berjogging, anda tidak “memecahkan telur” dalam genggaman tangan.
Hanyunkan lengan
Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.
Mulakan larian anda dengan kadar yang sederhana
Ramai yang tewas awal ketikajogging. Ini kerana mereka terlalu ghairah jogging dengan laju di awalnya. Badan akan terkejut dan menyebabkan semput di pertengahan.
AKTIVITI LARIAN
Ketiga-tiga jenis bentuk badan ini juga boleh melakukan aktiviti larian mengikut kesesuaian kondisi fizikal.
Jika tak mampu untuk berlari jauh seperti 5 kilometer, bermulalah dengan jarak sederhana. Untuk permulaan mungkin ANDA boleh berlari 1 hingga 3 kilometer. Apabila sudah selesa anda boleh tambah jarak secara berperingkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Acara larian pada waktu malam merupakan aktiviti kecergasan yang cukup menarik. Salam satu penganjuran larian malam yang cukup dinantikan ialah program larian waktu malam yang dianjurkan oleh jenama jam ICE Watch.
Penantian peminat larian tersebut kini berakhir apabila Ice-Watch Malaysia mengumumkan kembalinya larian malam yang sangat ditunggu-tunggu.
Dan kali ini ia dikenali sebagai “Colour Up the Night Run 2023”, yang dianjurkan secara eksklusif oleh JomRun. Acara tahun ini menjanjikan lebih banyak kegembiraan dengan penambahan baru dan inovatif kepada perayaan – jam pintar Ice-Watch ICE smart one.
Dijadualkan berlangsung pada 2 Disember 2023 di Plaza Shah Alam, “Colour Up the Night Run 2023” adalah perayaan kesihatan, kecergasan, dan perpaduan, yang membawa bersama peserta dari semua peringkat umur dan latar belakang untuk malam yang tidak akan dilupakan penuh dengan keseronokan dan kecergasan.
Seiring matahari terbenam dan pemandangan bandar berubah menjadi kaleidoskop warna, pelari dan penonton akan mengalami perjalanan yang mempesonakan dan bercahaya melalui jantung Shah Alam.
“Colour Up the Night Run 2023” adalah pengalaman seumur hidup. Seiring matahari terbenam dan bintang-bintang keluar bermain, pelari dan penonton akan memulakan perjalanan penuh tenaga tanpa batas, visual yang menakjubkan, dan rasa perpaduan yang hanya Ice-Watch boleh aturkan.
“Colour Up the Night Run 2023 lebih daripada sekadar maraton; ia adalah perayaan kehidupan dan kecergasan,” kata Pengerusi Ice-Watch Malaysia, Dato Sri Meer, .
“Kami bersemangat untuk mengumpulkan komuniti peserta yang pelbagai untuk mengalami keajaiban acara unik ini,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Ice-Watch ICE smart one merupakan inovasi terbaharu daripada jenama mereka dengan mengaplikasikan teknologi pintar terkini sesuai dengan evolusi Ice Watch yang bersemangat dan berimaginasi selari dengan visi pengasanya, Jean-Pierre Lutgen.
Buat anda yang berminat untuk sertai larian yang cukup menarik ini boleh mendaftar di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang. Ia mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus).
Sakit lutut boleh terjadi kepada semua peringkat umur, bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu.
1. UMUR SEMAKIN MENINGKAT
Semakin lama kita hidup di dunia, semakin kita dimamah usia. Umur semakin meningkat merupakan faktor utama sakit lutut terjadi. Ini kerana pelincir di lutut semakin kering dan berkurangan.
Antara simptom-simptom pelincir lutut kering dan berkurangan ialah tidak dapat berdiri lama, tidak mampu membengkokkan lutut dalam masa yang panjang dan memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian.
Oleh itu, semakin umur meningkat, semakin sukar untuk kita mencegah kekurangan tulang rawan. Kita seharusnya mengamalkan pemakanan yang sihat seperti perbanyakan minum susu untuk tulang serta mengamalkan pengambilan vitamin C.
2. BERAT BADAN BERLEBIHAN ATAU OBESITI
Tekanan pada sendi lutut akan bertambah apabila berat badan kita semakin bertambah atau berlebihan. Obesiti akan meningkatkan risiko berlakunya osteoarthritis, tulang rawan akan rosak dengan lebih cepat.
Berat badan berlebihan memberi tekanan kepada sendi-sendi yang menampung tubuh seperti lutut dan punggung. Jadi, jika anda berlebihan berat badan, kurangkanlah berat badan anda ke paras ideal sebagai langkah pertama mengatasi masalah sakit lutut.
Penyakit-penyakit lain ini termasuk reumatoid artritis (penyakit radang kronik yang menjejaskan sendi-sendi di tangan dan kaki) dan gout (sakit perit, bengkak dan merah di sendi-sendi yang biasa dialami kaum lelaki).
3. BAKA ATAU KETURUNAN
Termasuk dengan mutasi genetik yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA, atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.
Jika ada anggota keluarga anda pernah mengalaminya, maka risiko anda menghidapi sakit lutut juga adalah tinggi. Faktor keturunan juga terjadinya masalah ini. Genetik yang ada pada ibu bapa berkemungkinan ia terkena kepada anak-anak.
Namun, daripada Lima adikberadik besar kemungkinan hanya dua orang saja yang akan mewarisi penyakit ini. Terdapat kes ibu bapa mendapat penyakit ini, dan turun kepada anak-anaknya sehingga cucu-cicitnya juga mendapat penyakit yang sama.
Sakit lutut bukanlah penyakit yang serius, Namun jika tidak dicegah dan dirawat akan menyebabkan kelumpuhan sehingga tidak mampu berdiri.
4. TEKANAN SENDI BERPANJANGAN
Bergantung kepada pekerjaan yang anda lakukan. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat (55 paun dan lebih) seperti mencangkuk dan melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.
Ini terjadi apabila pekerja itu membuat kerja-kerja yang berat seperti mengangkat barangan yang berat, duduk terlalu lama, berdiri secara berterusan dan mengakibatkan tekanan pada sendi.
Pekerjaan seperti angkat barang berat, bawa lori terlalu lama dan bertani merupakan faktor utama sakit sendi ini terjadi. Melakukan sesuatu pekerjaan terlalu lama mengakibatkan lenguh-lenguh kerana tekanan berterusan kepada sendi.
5. CEDERA ATAU TRAUMA
Khusus untuk atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. Pemain bola sepak, takraw dan tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, senaman yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi.
Digalakkan sebelum dan selepas bersukan melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan. Aktiviti ini supaya atlet tidak mengalami kekejangan ketika bersukan.
Atlet sering mengalami kecederaan seperti disepak, ditendang dan terjatuh hingga menyebabkan mereka terpaksa diusung keluar daripada padang. Ini kerana mereka tidak memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan.
Kita harus mengambil langkah untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Sakit lutut dan sendi (Osteoarthritis) merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Sumber: azzahracare
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Daging sememangnya menjadi asas pemakanan harian. Anda bayangkan hari anda tanpa daging ayam, lembu ataupun ikan? Mungkin hidup anda tidak lengkap. Namun tidak pada mereka yang tidak mengambil haiwan sebagai salah satu sumber makanan. Protein merupakan sumber utama yang wajib ada dalam badan. Jika tidak pada daging, seseorang boleh mengambil protein pada telur. Tapi perlu ingat, anda sedang menolak satu nikmat yang diberi oleh Tuhan.
Cuma dalam seminggu anda berhenti makan daging apa akan terjadi?
Berat badan anda akan menurun
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics yang membincangkan tentang diet vegetarian. Mereka yang mengamalkan diet ini mempunyai berat badan purata sebanyak 7.5 lbs. Jika anda membina makanan anda dari pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, dan kacang-kacangan, penurunan berat badan boleh menjadi lebih mudah. Satu kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam Journal of Internal Medicine mendapati veganisme menjadi lebih berkualiti daripada 11 jenama diet lain untuk penurunan berat badan.
Rendah Kolestrol
Selain daripada penurunan berat badan, anda mungkin akan melihat penurunan yang ketara dalam kolesterol anda. Secara keseluruhannya, gen kita menentukan tahap kolesterol kita. Walau bagaimanapun, senaman dan diet anda juga akan menjejaskan tahap kolesterol. Analisis meta yang diterbitkan dalam jurnal Kajian Nutrisi mendapati bahawa diet vegetarian berasaskan tumbuhan dikaitkan dengan paras kolesterol yang lebih rendah, termasuk paras kolesterol HDL dan LDL yang lebih rendah, berbanding dengan diet omnivora.
Sistem hadaman dalam perut akan terpelihara
Perut untuk mereka yang menolak daging akan lebih bersih daripada orang yang menikmati daging setiap hari, kata Susan Tucker, ahli nutrisi holistik dan pengasas Green Beat Life. Mengapa? Kebanyakan daging berasal dari haiwan yang diberikan hormon dan antibiotik. Kemudian ia dirawat dan diawet. Vegan dan vegetarian menggunakan jumlah serat yang tinggi, fitonutrien dan antioksidan, yang menjaga keseluruhan sistem bersih.
Serat tambahan dan bakteria baik dalam usus vegetarian mengurangkan keradangan, menambah pemakanan Keri Glassman, MS, RD, CDN. Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition, di mana penyelidik membandingkan kesihatan usus vegetarian, vegan dan omnivora. Para vegetarian didapati mempunyai kadar insulin yang tidak betul, yang mengakibatkan sindrom metabolik dan diabetes. Glassman mengatakan ia berteori bahawa keradangan yang lebih rendah membolehkan pembersihan dalaman, manakala serat bertindak untuk membasmi patogen dalam usus.
Kulit anda akan bersinar
Kecantikan mungkin hanya akan terlihat dalam kulit, tetapi ia mencerminkan betapa bagusnya pencernaan kita. Pemakan tumbuhan mempunyai sinaran pada kulit yang berbeza-beza. Ramai yang mendapati jerawat, rosacea, atau ekzema seseorang hilang apabila mereka menolak sumber daging. Antioksidan, serat, dan mineral dalam diet berasaskan tumbuhan membantu sistem untuk membuang toksik setiap hari, yang akan menyumbang kepada kulit yang lebih sihat.
Mampu untuk menurunkan risiko penyakit
Dengan menukar daging kepada alternatif yang lebih sihat, secara tak langsung anda akan melindungi diri anda dari pelbagai penyakit jantung, faktor risiko kardio-metabolik, dan beberapa jenis kanser. Ini adalah kesimpulan kajian 2014 yang memandang tiga kumpulan Advent Adventist yang ke-7, sebuah denominasi Kristian yang anggotanya menahan diri dari makan daging. Hasil kesihatan yang bertambah baik ini, sebahagiannya, menghasilkan hasil lebih banyak serat, yang menurunkan kolesterol dan meningkatkan rasa kenyang, menyebabkan orang hanya akan makan lebih sedikit kalori. Antioksidan yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran menghindari anda dari penyakit jantung. Kajian-kajian lain menunjukkan bahawa pemakan daging juga telah meningkatkan risiko penyakit seperti Apendiks, radang kronik, dan penyakit buah pinggang.
Sumber: Eat This Not That
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.