Melakukam apa jua jenis senaman sekalipun perlulah dilakukan dengan menggunakan teknik yang betul.
Amat sia-sialah senaman yang anda lakukan jika tak guna teknik yang betul. Apatah lagi anda bersenam itu dengan hasrat menurunkan berat badan dan meningkatkan stamina badan.
Selain untuk menjaga kesihatan jogging juga merupakan aktviti untuk anda luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Sambil itu boleh hirup udara yang lebih segar.
Namun sebelum mula berlari ada beberapa perkara yang harus anda titik beratkan.
Berikut merupakan perkara asas yang perlu anda semak sebelum jogging:
1. Periksa tahap kesihatan
Nak jogging boleh. Kalau anda mampu, 11 round pun tidak ada apa-apa masalah. Tapi sebelum itu, periksa diri anda dulu. Semak tekanan darah anda, kadar denyutan jantung dan kesihatan tulang dan otot anda. Bukan semua orang sesuai berjogging.
Contohnya, orang yang obesiti, tidak baik untuk lutut mereka dan jantung kerana memberi impak yang tinggi. Mereka perlu mula dengan aktiviti ringan dahulu seperti berjalan.
2. Pilih kasut yang betul
Alaa.. Ko pakai je kasut sneakers tu! Jogging je pun! Ingat ya, penggunaan kasut yang betul ketika melakukan aktiviti jogging adalah benda yang wajib diperhatikan. Pilih kasut yang direka khas untuk jogging dan ringan. Pastikan tidak terlalu ketat dan tapak mestilah tebal serta berspan. Baru selesa nanti!
Ads
3. Lakukan warm up
Jangan lupa untuk panaskan badan. Kereta pun kalau anda terus start dan pandu pasti akan semput juga. Begitu lah sistem badan kita. Perlu lakukan pemanasan badan dulu untuk melonggarkan tegangan di sendi-sendi badan dan melancarkan darah ke seluruh badan.
4. Minum air
Minum air dahulu tapi berpada-pada untuk mengelakkan anda muntah air. Pastikan sepanjang aktiviti air ada bersama anda.
Sekarang, mari sama-sama kita lihat teknik larian yang betul:
Rileks
Tenangkan fikiran dan tubuh anda.
Jangan membongkok
Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit. Bahu yang bengkok memnyempitkan saluran pernafasan, serta mengurangkan keupayaan paru-paru untuk memproses aliran oksigen dan karbon dioksida. Kesannya, anda akan semput cepat.
Ads
Bernafas melalui hidung
Ketika jogging, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan dengan mulut. Jangan bernafas dengan laju, nanti anda akan mudah pancit. lebih teruk, takut anda sesal nafas pula nanti. Jangan juga bernafas melalui mulut.
Macam mana tu? Ketika anda hendak mendaratkan kaki anda ke permukaan, letakkan dahulu bahagian tengah kaki anda, bertujuan mengurangkan impak. Mendarat dengan tumit dan hujung jari kaki berisiko mendatangkan kecederaan.
Mendarat di bawah badan
Pastikan ketika hendak meletakkan kaki di permukaan, kaki anda betul-betul berada di bawah badan anda. Caranya mudah sahaja, jangan joggingdengan kaki anda terjulur ke hadapan. JIka anda mendaratkan kaki di hadapan badan, biasanya anda akan letakkan tumit dahulu dan berisiko terpecok. Contoh cara yang salah:
Bengkokkan lutut sedikit ketika mendarat
Lutut yang sedikit bengkok membantu memanjangkan waktu impak, dan mengurangkan kesan kepada lutut ketika anda berjogging.
Ads
Jangan genggam tangan
Posisi tangan yang betul seolah-olah dengan memegang sebutir telur telapak tangan. Oleh itu, pastikan ketika berjogging, anda tidak “memecahkan telur” dalam genggaman tangan.
Hanyunkan lengan
Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.
Mulakan larian anda dengan kadar yang sederhana
Ramai yang tewas awal ketikajogging. Ini kerana mereka terlalu ghairah jogging dengan laju di awalnya. Badan akan terkejut dan menyebabkan semput di pertengahan.
AKTIVITI LARIAN
Ketiga-tiga jenis bentuk badan ini juga boleh melakukan aktiviti larian mengikut kesesuaian kondisi fizikal.
Jika tak mampu untuk berlari jauh seperti 5 kilometer, bermulalah dengan jarak sederhana. Untuk permulaan mungkin ANDA boleh berlari 1 hingga 3 kilometer. Apabila sudah selesa anda boleh tambah jarak secara berperingkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Muhammad Najib (kanan) dan Mohd Khairul kini bersedia menggalas amanah memburu pingat emas pada sukan Sea ke 29 nanti. (Foto : Kamarul Akhir / www.asiana.my)
Skuad hoki dewan lelaki kebangsaan melihat penyertaannya dalam Hoki Dalam Dewan Asia 2017 di Doha, Qatar yang berlangsung 24 hingga 28 April lalu banyak memberi pengajaran dan pengalaman untuk terus mempertingkatkan mutu permainan menjelang saingan Sukan SEA ke 29 di Kuala Lumpur nanti.
Pada kejohanan enam sebelah itu, Malaysia diundi bersama Iran, Qatar dan Oman dalam kumpulan A manakala Kazakhstan, Uzbekistan, Taiwan dan Thailand di dalam kumpulan B meraih tempat ke lima dari lapan pasukan bertanding.
Muhammad Amin (dua, kanan) bersama Wallace Tan (dua,kiri) pada sidang media Kita Juara di MSN Bukit Jalil.
Jurulatih skuad hoki dewan lelaki kebangsaan, Muhammad Amin Rahim berkata, pasukan yang baru dibentuk di bawah program pembangunan senior menimba banyak pengalaman bermanfaat pada kejohanan tersebut.
“Acara hoki dalam dewan ini pertama kali dipertandingkan di Sukan SEA. Kejohanan di Qatar banyak memperlihatkan kelemahan pasukan dan ia akan segera diatasi untuk memastikan sasaran emas di Kuala Lumpur menjadi kenyataan.
“Pemain memiliki pengalaman berguna, walaupun pergi tanpa pendedahan dan kurang pengalaman namun mereka berusaha memberikan tentangan kepada lawan,” katanya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara (MSN) yang turut dihadiri Pengurus pasukan, Erling Wallace Tan dan atlet, Muhammad Najib Abu Hassan serta Mohd Khairul Afendy, tengah hari tadi.
Untuk rekod skuad lelaki negara muncul naib juara sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2014.
Muhammad Amin turut menjelaskan beberapa siri perlawanan persahabatan telah dilalui dan bakal diadakan bagi mengekalkan prestasi pemain.
“Sebelum ini kami mengadakan enam perlawanan persahabatan dengan Angkatan Tentera Malaysia dengan keputusan tiga menang dan tiga kalah. ATM merupakan pasukan yang memang dibentuk untuk sukan hoki dalam dewan, jadi ia keputusan positif bagi kami.
“Begitu juga aksi menentang Singapura pada dua perlawanan yang memihak skuad kebangsaan yang secara tidak langsung menyuntik semangat di kalangan pemain,” katanya.
Untuk bergelar seorang pemain ragbi yang berkaliber & hebat seperti Sonny Bill Williams, anda kena pastikan badan sentiasa cergas & fit.
Ini kerana dalam satu perlawanan ragbi melibatkan perlawanan yang berlangsung selama 80 minit dan dibahagikan sebanyak 2 separuh masa dengan pembahagian 40 minit untuk separuh masa pertama dan kedua serta rehat selama 10 minit.
Sukan ini dianggap ‘Full body Contact’ kerana pemain akan membawa bola dari tempat asal ke tempat lawan. Ia juga melibatkan rempuhan atau tackle, Scrum dan sepakan bola.
MASKULIN sempat mengintai apakah pelan diet & senaman yang diamalkan oleh pemain ragbi legenda New Zealand, Sonny Bill William.
Pelan diet: Lemak
Menurut dalam satu temubual yang disiarkan oleh Daily Telegraph Australia, dia menyatakan bahawa makanan dietnya bermula dengan pengambilan lemak seperti minyak kelapa, kekacang dan Avokado.
Ia diambil sebagai bentuk pemulihan selepas berlatih serta bermain dalam setiap perlawanan.
Pelan diet: Protein
Selepas itu, untuk menguatkan otot di badan dia memakan dada ayam dan ikan Salmon serta daging lembu bebas lemak.
Selain itu, dia juga mengambil sayuran seperti brokoli serta sangat gemar Ubi Manis.
Pelan senaman
Untuk senaman pula dia sering melakukan workout seperti Bench press dengan berat yang berbeza.
Ini untuk menguatkan otot dada dan bahu yang memudahkan dia untuk melakukan tackling yang sempurna tanpa mencederakan bahu dan dadanya.
Push-ups
Untuk menguatkan otot biceps & triceps pula, dia banyak membuat senaman push-ups atau bangkit tubi.
Larian secara memecut
Akhir sekali, untuk memastikan pasukan anda mencatatkan jumlah ‘try’ yang banyak, larian anda mestilah mantap dan laju. Laju bukan laju biasa, anda kena ada tenaga yang mencukupi untuk melakukan pecutan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buah Avokado atau nama saintifiknya ‘Persea Americana’ adalah buah yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Buahnya berbentuk bujur dan kulitnya berwarna hijau berkilat.
Apabila dikupas isi buahnya berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Habitat asal buah ini dari Mexico dan sekitar Amerika Tengah.
Ia dikatakan amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium dan pelbagai lagi nutrisi yang baik untuk badan.
Di bawah ini adalah penjelasan kenapa ianya amat bagus untuk kesihatan lelaki.
1. Penyumbang kepada kesihatan mata
Ia mempunyai kandungan nutrient Lutein karotenid yang mana sangat baik untuk membantu melindungi mata daripada katarak.
2. Mengekalkan kesihatan jantung
Buah ini mempunyai vitamin B6 serta asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine. Selain itu, ia turut mengandungi Vitamin E serta lemak tidak tepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
3. Mengawal tekanan darah
Ini pun salah satu penyakit yang paling ditakuti golongan lelaki iaitu darah tinggi. Jika anda mengamalkan pemakanan buah avocado. Anda telah meraih banyak nutrient Kalium, yang mana ia diketahui amat efektif dalam membantu mengawal paras tekanan darah.
4. Melindungi daripada kanser
Jika kanser payudara ditakuti golongan wanita, lelaki juga amat takut jika diserang kanser prostat. Buah Avokado boleh menlindungi anda serta menghalang pertumbuhan kanser daripada menular di seluruh badan.
5. Menghilangkan nafas berbau
Avocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semulajadi dan bertindak untuk melawan nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar kepada masalah nafas berbau.
Terdapat banyak produk kosmetik yang mengekstrak kandungan buah avocado kerana ia dipercayai dapat menyuburkan kulit. Ia juga berupaya membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan. Masa yang sama membantu anda dalam proses awet muda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hazard light tak boleh suka-suka tekan: Ini fungsi sebenar hazard light. Hazard light atau lampu isyarat kecemasan merupakan satu ciri penting yang terdapat pada semua kenderaan moden.