Bagi anda yang aktif bersenam, setiap hari pasti ada cabaran dan sasaran yang ingin dicapai. Namun, ramai terlupa satu perkara penting—pre-workout.
Rutin ini bukan sekadar pemanas badan, tetapi kunci utama untuk mengelakkan kecederaan otot dan memastikan prestasi lebih optimum.
Memiliki tenaga yang berpanjangan semasa bersenam, sama ada di taman rekreasi atau gimnasium, adalah impian setiap individu yang aktif. Untuk mencapai tahap kecergasan yang optimum, pemakanan memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh mendapat tenaga yang mencukupi dan mampu bertahan sepanjang sesi senaman.
Mereka yang menjaga diet biasanya lebih berhati-hati dalam memilih makanan, memastikan setiap nutrien yang diambil menyokong keperluan tubuh mereka.
Namun, masih ramai yang keliru tentang jenis makanan yang sesuai sebelum bersenam. Ada yang beranggapan makan sebelum bersenam boleh menyebabkan kelesuan, manakala ada juga yang percaya bersenam dalam keadaan perut kosong lebih efektif.
Sebenarnya, pemilihan makanan yang betul sebelum senaman dapat membantu meningkatkan daya tahan, mengelakkan keletihan awal, serta memastikan tubuh mendapat tenaga yang cukup untuk mencapai prestasi terbaik.
Lebih sinonim dengan nama Pre-Workout dimana anda perlu mengambil sedikit makanan sebelum anda bersenam. Ia boleh diambil dalam pelbagai bentuk antaranya makanan semua jadi, ataupun supplement yang telah diproses.
Masing-masing mempunyai khasiat tersendiri. Tujuan utama mengambil makanan Pre-Workout adalah untuk menstabilkan gula dalam darah semasa bersenam yang akan membantu mencegah pengurangan glikogen dan mengurangkan kerosakan otot anda.
Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan bergantung kepada jenis senaman anda. Contohnya seperti kefein yang diterangkan oleh pakar UK, dimana beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan creatine atau kafein, boleh membantu untuk meningkatkan prestasi.
Walaupun mereka mungkin mengandungi bahan-bahan yang meningkatkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung dan mungkin juga meningkatkan aliran darah ke kulit, kesan-kesan ini begitu kritikal malah membantu anda menjadi lebih kuat, cerdas dan sihat.
BACA: Bisep Dapat Jadi Sado Dengan Beberapa Teknik Senaman Dumbbell Ini
Setiap coach, pakar nutrisi, dan dietitian mungkin mempunyai pendekatan berbeza mengenai pre-workout, namun mereka sependapat bahawa pemakanan adalah elemen paling penting.
Makanan yang sesuai perlu diambil sekurang-kurangnya 30 minit sebelum bersenam bagi memastikan tubuh mendapat tenaga yang mencukupi dan bersedia untuk menghadapi latihan.
Karbohidrat membantu memaksimumkan simpanan glikogen untuk senaman intensiti tinggi, manakala lemak menyediakan tenaga jangka panjang. Protein pula menyokong sintesis otot dan mempercepatkan pemulihan selepas senaman.
Pakar nutrisi biasanya menyarankan makanan tidak diproses seperti telur rebus dan roti sebagai sumber tenaga sebelum bersenam.
Sementara itu, jurulatih kecergasan sering mencadangkan protein powder sebagai makanan tambahan untuk menyokong pembinaan dan pemulihan otot. Apa pun pilihannya, keseimbangan nutrien yang betul memastikan prestasi senaman lebih optimum.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.