Ramai lelaki mengidamkan bentuk badan yang nampak “macho” dengan urat timbul terutama di bahagian lengan.

Tapi, macam mana nak buat urat tu muncul dengan lebih jelas? Coach Hanif Loid ada jawapannya dan ia bukan mitos, tapi fakta yang real!

Kenapa Lelaki Nak Sangat Nampak Urat?

Menurut Coach Hanif, kebanyakan lelaki percaya bahawa wanita suka lelaki yang nampak berotot, dengan urat yang menyerlah.

Urat yang timbul bukan sekadar simbol kekuatan, tapi juga petunjuk tahap kecergasan dan komitmen terhadap gaya hidup sihat.

Tapi untuk capai benda tu, bukan dengan senaman magik atau produk-produk segera ia perlukan dua asas penting: pemakanan dan latihan.

Defisit Kalori Itu Kunci Utama

Nak nampak urat? Kurangkan lemak badan dulu.

Coach Hanif tekankan tentang pentingnya defisit kalori, iaitu apabila kalori yang anda ambil lebih rendah daripada kalori yang anda bakar.

Ads

“Anda harus berada dalam kalori defisit untuk kurangkan lemak di badan anda,” jelasnya.

Kurangkan makanan bergoreng, minuman manis, dan makanan proses. Sebaliknya, fokus pada makanan whole food yang kaya dengan protein, karbohidrat kompleks dan lemak sihat.

Bila lemak badan berkurang, urat akan mula nampak secara semula jadi, terutamanya di kawasan seperti lengan, perut, dan kaki.

Latihan Kekuatan Bina Otot, Tonjolkan Urat

Nak Nampak Urat Lengan? Ini Tip Padu Daripada Coach Hanif Loid!

Kalau hanya jaga makan tanpa bersenam, susah juga nak capai bentuk badan idaman.

Ads

Coach Hanif menekankan pentingnya aktifkan dan kuatkan otot melalui senaman kekuatan seperti:

– Dumbbell curl (untuk biceps)
– Triceps dips
– Pull-up
– Push-up
– Weight training secara konsisten

Bila otot semakin kuat dan besar, urat yang dulunya tersembunyi di bawah lapisan lemak akan mula timbul.

Ini kerana muscle mass meningkat, sekaligus menjadikan urat lebih ketara.

Ads

BACA LAGI : Cara Bakar Kalori dengan Mudah Tanpa Perlu ke Gim!

Tiada Jalan Pintas, Tapi Ada Jalan Pasti

Coach Hanif juga mengingatkan bahawa tiada shortcut atau “trick khas” untuk buat urat timbul.

“Tak ada senaman yang khas atau pemakanan khas yang boleh bantu anda nampak urat tu. Hanya kalori defisit, makanan seimbang dan senaman yang boleh kuatkan otot,” katanya.

Nak nampak urat? Bukan dengan sapu minyak panas atau angkat berat sehari dua.

Mulakan dengan pelan pemakanan seimbang, pastikan anda dalam defisit kalori, dan kekalkan latihan kekuatan secara konsisten. Dengan izin dan usaha berterusan, confirm lengan anda pun boleh “berurat” macam bodybuilder!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI