MASKULIN pernah bertanyakan kepada beberapa rakan-rakan terdekat tentang bagaimanakah mereka menjaga kondisi kereta mereka.
Dan tidak mengejutkan apabila rata-rata daripada mereka hanya berharapkan kepada servis asas yang dihantar ke pusat servis jenama kereta masing-masing. Ia sebenarya satu tanggapan yang cukup normal di kalangan pemilik kereta.
Tidak salah untuk amalkan begitu jika anda membeli kereta baru dan memilikinya dalam tempoh setahun atau dua tahun. Namun sebenarnya untuk kereta melebihi usia tersebut anda tidak boleh bergantung kepada servis asas semata.
Jika anda nak kereta sentiasa berada dalam keadaan tip top dan sedap dipandu ada empat jenis penjagaam atau maintenance perlu anda lakukan. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang cukup menarik pernah dilakukan oleh laman Twitter @serviskereta yang turut menyediakan khdimat servis kereta di rumah.
Menurut mereka melakukan major service yang kebiasaannya melibatkan komponen plag, minyak enjin, gb oil dan flushing radiator tidak mamadai.
Terdapat empat maitenance penting perlu dilakukan;
Biasanya bila sebut penjagaan enjin ramai terfikir kepada minyak enjin, minyak kotak enjin, plag dan coolant semata. Walhal di bahagian enjin ada banyak jenis seals yang harus dilihat dan diselenggara. Sebagai contohnya ialah flywheel oilseal, crank seal, cam seal dan juga timing belt atau chain drive.
Tidak berikan tumpuan kepada perkara di atas boleh menyebabkan kerosakan serius seperti kebocoran, valve bengkok dan sebagainya.
Sebut tentang underccarriage maintenance ia adalah berkaitan dengan penyelenggaraan absober, balljoint, bushing dan juga bearing. Perkara ini semua penting untuk pemanduan lebih selamat.
Jika tidak diselenggara dengan baik kereta tidak akan rasa sedap untuk dipandu malah ia juga boleh jadi tidak stabil. Paling serius jika rosak terus boleh jadi punca kemalangan.
Rasanya ini adalah maintenance yang ramai sudah tahu selain servis asas. Sebagai pemilik kereta di Malaysia yang bercuaca panas dan kerap hujan, aircond perlu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Penjagaan aircond kereta melibatkan banyak jenis komponen seperti kompressor, air filter dan juga kipas. Jadi kena buat maintenance sebaiknya untuk pastikan sistem aircond sentiasa terbaik.
Jenis penyelenggaraan yang jarang sekali diberikan perhatian. Ia melibatkan perkara luaran seperti lampu brek, soket sensor dan sebagainya. Ia mungkin nampak remeh tapi boleh menjejaskan kualiti pemanduan anda.
Tapi ramai tak sedar kerosakan aksesori yang nampak remeh boleh menyebabkan kereta tak boleh dipandu.
Sumber: @serviskereta