Masih ada ke yang hisap vape? 

Dalam sebuah penelitian yang menggunakan tikus sebagai bahan kajian, rokok elektrik dapat meningkatkan risiko pembekuan darah yang mematikan dengan cara merosakkan otak. Sehingga para ahli menyimpulkan bahawa rokok elektrik tidak selamat untuk digunakan.

Tikus tersebut diteliti setelah 10 dan 30 hari untuk penelitian hingga kemudian dipertontonkan di depan American Heart Association’s International Stroke Confrence in Houston. Hasil ujian menunjukkan bahawa penggunaan rokok elektrik secara berterusan dapat mengurangkan jumlah glukosa dalam otak, yang merupakan bahan bakar untuk meningkatkan neuron.

IKLAN

Nak Kena Stroke, Hisap La Vape!

“Paparan rokok elektrik menurunkan daya penyerapan glukosa di otak yang merupakan bahan bakar bagi aktiviti otak. Dalam sebuah kajian pada tikus, paparan bahan kimia yang terkandung dalam rokok elektrik meningkatkan risiko pembekuan darah yang berpotensi untuk mematikan,” ucap Ali Ehsan Sifat, salah satu kumpulan peneliti dipetik dari laman Daily Mail.

IKLAN

Hasilnya, baik terdedah dengan asap rokok elektrik mahupun asap rokok tembakau selama 30 hari secara berterusan dapat mengganggu kadar peredaran enzim yang diperlukan untuk mencegah pembekuan darah. Hal tersebut berpotensi untuk meningkatkan risiko stroke dan memburukkan lagi kecederaan pada otak sekunder.

IKLAN

Sebelumnya, rokok elektrik dianggap sebagai cara merokok yang lebih selamat dan kurang beracun jika dibandingkan dengan rokok tembakau.

SUMBER : LelakiSihat

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI