Nak Kempiskan Perut Yang Maju Ke Depan, Cuba Petua Lelaki Ini Guna 3 Bahan!

Share

Banyak cara nak kempiskan perut. Selain produk, boleh juga guna air detoks untuk kempiskan perut yang maju ke depan. Kini macam-macam perasa air detoks yang direka sesuai dengan masalah yang dihadapi.

Ramai yang dah amalkan air detoks untuk kempiskan perut. Memandangkan amalan ini semakin diminati, Ibrahim Yop berkongsi petua kempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Petua yang diperolehnya daripada orang Cina ini dikongsikan menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Petua untuk mengempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Dapat daripada orang cina semalam.

Bahan-bahan:

1. Sebiji lemon
2. Halia dalam dua atau 3 inci
3. Air 1.5 liter

Seeloknya dibuat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.

Cara membuatnya:

1. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang dah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk tersebut.

2. Biarkan mendidih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.

3. Selepas 5 minit mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.

4. Padamkan api dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.

Cara minum:

Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh dihabiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh dibawa ke pejabat. Minum sedikit-sedikit. Dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.

Published by
Roselinda