SIHAT DENGAN BERLARI
Anda tidak mampu untuk ke gim? Tiada masa yang sesuai untuk melakukan senaman sehingga 30 minit hingga sejam? Jangan mudah mengalah dan mencari alasan untuk tidak bersenam. Hanya dengan berlari atau berjogging, anda mampu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Tidak percaya? Ketahui kebaikan berlari dan lakukannya hari ini.
KELEBIHAN BERLARI
Larian merupakan salah satu daripada senaman asas untuk tujuan membakar lemak, menurunkan berat badan, dan mengekalkan keseimbangan badan. Ia bukan sahaja mudah untuk dilakukan malah terbukti berkesan. Sesiapa sahaja boleh melakukan senaman ini tanpa mengira umur. Ini adalah di antara kelebihan yang akan anda peroleh melalui berlari atau berjogging.
- Larian merupakan aktiviti senaman yang senang dan mampu untuk dilakukan oleh semua orang
- Larian merupakan senaman unggul dalam aktiviti pembakaran lemak.
3- Larian dapat melambatkan aktiviti penuaan
4- Larian terbukti dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dengan mengekalkan keanjalan abdomen arteri.
5- Larian mampu mengurangkan risiko strok dan kanser payu dara.
6- Larian melatih minda dan pada yang sama melatih ketahanan tubuh badan.
7- Dapat meningkatkan keyakinan diri.
8- Sebaik sahaja anda mula berlari, lemak yang terbakar akan bertukar menjadi otot yang kuat.
TIP SEBELUM BERLARI
Tip 1: Rutin ‘panaskan badan’
Panaskan badan dengan membuat senaman ringan seperti merenggangkan tubuh badan, tangan, otot-otot badan dan ligamen. Ini merupakan tip asas bagi membuat larian. Jangan memaksa diri untuk terus melakukan larian. Lakukan aktiviti panaskan badan ini selama 5 minit. Ambil masa untuk berjalan perlahan-lahan diselang -seli dengan menarik nafas sedalam-dalamnya.
Tip2: Renggangkan kaki, betis dan peha.
Kestabilan di bahagian kaki, betis mahupun peha amat penting sebelum membuat larian. Renggangkan bahagian dari paras pinggang ke kaki. Lakukan senaman ini dalam 2 hingga 3 minit.
Tip 3: Lari setempat
Sebelum berlari, amalkan senaman lari setempat untuk mendapat kestabilan dari segi keseimbangan postur badan dan abdomen lain.
Tip 4: Mulakan perlahan, jangan terlalu cabar diri
Selesakan diri anda dengan berlari perlahan-lahan. Dapatkan ‘rhythm’ larian anda dan jangan terlalu memaksa. Fokus dan setkan objektif. Setelah anda merasai keselesaan dan keseimbangan dalam diri dan postur tubuh anda, fokuskan larian anda hingga ke penghujung. Jangan pula anda ‘tumbang’ di pertengahan.
TIP SELEPAS BERLARI
Tip 1: Minum air dengan kadar sederhana
Selepas menamatkan apa-apa sahaja senaman termasuk larian, minumlah sedikit air dalam kuantiti yang sederhana bagi menggantikan peluh yang keluar. Jangan minum secara berlebihan kerana ia akan memudaratkan terutama sekali di bahagian perut.
Tip 2: Jangan terus ‘break down’
Elakkan dari terus membaringkan diri selepas membuat larian. Ini akan memberikan kesan terhadap postur dan pinggang serta tulang belakang. Amalkan larian setempat yang perlahan.
Tip 3: ‘Cool down’
Selepas menamatkan larian, janganlah kita terus melakukan perkara yang lain pula contohnya bercakap-cakap dengan kuat, makan makanan yang berat dan sebagainya. Seeloknya kita perlu rehatkan badan secara duduk menegak dan menarik nafas sedalam-dalamnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI