Menggunakan pemberat boleh memberikan hasil yang lebih cepat kepada tubuh badan untuk dibentuk mengikut selera masing-masing.
Dalam erti kata lain, ia memerlukan tenaga dan kekuatan dua kali ganda untuk memastikan rutin ini berjaya.
Namun diingatkan, sebaik sahaja mendapat tubuh yang ideal menerusi latihan bersama pemberat, anda tidak digalakkan untuk meninggalkan latihan.
Ini kerana badan anda boleh ‘jatuh’ dan sukar untuk naik semula nanti. Apa-apa pun, jom layan entri ini untuk ketahui apakah gerakan yang dimaksudkan Maskulin :
1. Barbell squat
2. Dumbbel lunges
3. Barbell deadlift
4. Seated barbell military press
5. Dips-chest version
6. Close-grip barbell bench press
7. Pullups
8. Barbell bench press medium grip
9. Pushups
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kenali Waktu Subur Lelaki & Ciri-Ciri Sperma Sihat, Baru Senang Nak Rancang Keluarga!
Selain perempuan, lelaki juga perlu tahu waktu subur. Selalunya kita biasa dengar tentang info waktu kesuburan wanita. Tapi tak banyak pula orang mengambil tahu tentang waktu subur lelaki.
Subur bagi kaum lelaki adalah pada kualiti spermanya mengikut keadaan serta waktu sekeliling. Sperma juga dipengaruhi oleh musim dan waktu.
Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan juga sewaktu musim sejuk. Ketika keadaan cuaca panas, kuantiti sperma aktif akan berkurang serta tidak berkualiti.
Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitarannya. Pada waktu siang dan ketika cuaca panas, keadaan ini akan menjejaskan kualiti sperma dan boleh mengakibatkan kehidupan sperma menjadi lebih singkat. Oleh itu, lelaki tidak digalakkan mandi wap atau bersauna pada waktu tertentu.
Waktu subur suami dianggarkan pada jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi dan ini adalah waktu yang sesuai untuk anda yang inginkan zuriat atau “senang lekat”.
Pada waktu ini, jumlah sperma lebih banyak dan sangat berkualiti. Untuk pasangan yang merancang zuriat digalakkan menunggu waktu subur kedua-dua suami isteri.
Untuk pasangan yang “susah lekat”, mereka digalakkan bercuti ke tempat yang menarik untuk ketenangan minda. Suhu sejuk bilik ‘honeymoon’ akan menambahkan lagi kelebihan pada kesuburan anda.
Kualiti sperma juga amat mempengaruhi kesuburan lelaki untuk merancang kehamilan. Nak tahu sama ada sperma anda ada masalah atau tidak?
5 ciri-ciri sperma yang bermasalah:
1. Sperma terlampau pekat
2. Sperma berwarna coklat atau kemerahan (sperma yang sihat berwarna putih awan)
3. Sperma berwarna kuning kehijauan (kemungkinan ada jangkitan kuman)
4. Jumlah sperma yang sedikit (sperma yang sihat akan menghasilkan 200-500 juta sel)
5. Sperma yang berbau busuk
Sperma yang normal akan berbau seperti klorin. Jika sperma anda mengeluarkan bau busuk, kemungkinan adanya jangkitan. Jadi perhatikan dan ambil tahu kualiti sperma anda bermula hari ini.
Do & don’t’s untuk kesuburan lelaki:
- Gunakan seluar yang longgar dan elak seluar yang terlampau ketat.
- Jauhi keadaan yang terdedah kepada bahan kimia atau radiasi.
- Kurangkan aktiviti di luar ketika cuaca panas.
- Elakkan minuman beralkohol.
- Jangan terlampau kerap makan daging merah.
- Pilih makanan yang berkhasiat untuk kesuburan.
- Berhenti merokok dan jauhi dari asap rokok.
- Kurangkan stres terlampau yang boleh menjejaskan hormon anda.
- Dapatkan berat badan yang ideal.
- Jauhi produk yang mengandungi steroid atau dadah terlarang.
- Amalkan makanan tambahan atau suplemen yang selamat untuk kesihatan batin & hormon testosteron.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sering Berpeluh Dingin Serta Loya Antara Petanda Awal Masalah Jantung, Ramai Orang Muda Tidak Endah Perkara Ini
Sebenarnya sakit jantung ini berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku akibat jantung dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.
Antara punca-puncanya ialah merokok, tekanan perasaan hingga menjejaskan kesihatan. Kurang bersenam dan kandungan lemak dalam badan tinggi. Statistik menunjukan peningkatan kes kematian melibatkan serangan jantung yang berlaku di kalangan mereka yang berusia di bawah 40 tahun. Dan ini terutamanya berlaku di kalangan lelaki!
Ia tidak terkena pada golongan obese sahaja, orang kurus juga mungkin terdedah dengan serangan jantung ini kerana ada sebahagaian penghidap mewarisi penyakit daripada ahli keluarga terdekatnya.
Kencing manis serta faktor meningkat (35 tahun ke atas) juga terdedah dengan serangan jantung.
Antara gejalanya anda rasa sakit dada di bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan.
Malah, jika anda secara tiba-tiba berdebar, pitam atau pening dan kadangkala sakit di ulu hati itu adalah tanda utama ada terkena serangan jantung.
Antara tanda lain anda menghidapi penyakit jantung ialah;
- Kerap kecing malam
- Merasa kebas-kebas di tangan dan kaki
- Berdebar-debar
- Rasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
- penglihatan kabur
- sering terasa haus / dahaga
- Sesak nafas
- Berpeluh dingin
Simpton Atau Tanda-Tanda Sakit/Serangan Jantung.
- Sakit dada yang mengencang atau menekan.
- Sakit dada yang bertambah teruk ketika bekerja atau melakukan aktiviti.
- Sakit dada yang berkurangan dan hilang ketika rehat. Sakit yang merebak ke bahagian rahang, leher atau lengan (selalunya lengan kiri).
- Sakit ini boleh timbul di dalam beberapa minit sahaja.
- Sakit ini boleh disertai dengan kesesakan nafas, rasa loya, berpeluh dingin atau pengsan.
- Pesakit yang lebih berumur, yang mengidap penyakit kencing manis (diabetis) atau wanita kadang kadang tidak mengalami simptom kesakitan tetapi mengalami sesak nafas, mual, pengsan dan keletihan yang melebih.
Faktor-Faktor Risiko Penyakit Jantung Koronari
Faktor-faktor risiko penyakit jantung koronari boleh dibahagikan kepada dua:
(i) Faktor-faktor yang boleh diubah seperti:
- Merokok
- Obesiti
- Kurang bersenam
- Tekanan darah tinggi (hipertensi)
- Kadar kolesterol dan lemak yang tinggi (hiperlipidaemia) Kencing manis
(ii) Faktor-faktor yang tidak boleh diubah seperti:
- Umur (risiko sakit jantung meningkat dengan umur)
- Sejarah sakit jantung dalam keluarga terdekat
- Jantina (risiko serangan jantung lebih pada jantina lelaki)
Jika anda sesak nafas serta keletihan juga boleh menyebabkan jantung anda terhenti secara tiba-tiba. Sekiranya anda ada rasa seperti di atas, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan yang berhampiran dengan kadar segera.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Antara Rahsia Lelaki Perut Rata Adalah Banyak Minum Air Kosong, Ini 6 Lagi Tip Yang Diamalkan
Selain daripada bersenam, terdapat juga beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengempiskan perut. Ini kerana senaman merupakan satu perkara namun perkara yang paling penting dalam cubaan untuk menurunkan berate badan adalah melalui pemakanan.
Kita kena mengawal segala bentuk makanan yang masuk ke dalam badan. Ini kerana jika tanpa pengawalan yang betul, badan kita akan memproses pelbagai nutrisi yang tidak seihat serta tidak diperlukan badan.
Ini MASKULIN sediakan beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh anda amalkan untuk mengawal perut daripada terus mengembung serta memusnahkan penampilan anda.
BACA: 5 Senaman Perut Mudah Yang Boleh Anda Amalkan Sambil Baring Tengok TV!
1. Minum air limau
Keasidan yang dimiliki buah limau diakui boleh meneutralkan lemak yang ada dalam badan. Ia amat sesuai untuk diminum setelah bangun pagi serta selepas makan. Selepas bangun dari tidur, ia bertindak sebagai pencuci perut manakala selepas makan ia akan membuang segala lemak degil yang tidak diperlukan badan.
2. Ikan Salmon
Ia diakui antara ikan yang mahal. Namun tidak salah untuk ‘melaburkan’ sedikit perbelanjaan demi kesihatan. Khasiat Omega-3 yang dimiliki ikan ini dapat membantu membuang lemak terutamanya di bahagian perut.
3. Kurangkan gula
Gula memang sedap di dalam minuman. Namun jika pengambilannya tidak di kawal. Anda nukan sahaja terdedah kepada risiko kenaikan lemak, malah dapat juga diabetes. Cara yang paling mudah untuk kecilkan perut adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dalam apa jua aspek pemakanan.
4. Minum teh halia
Antara cara yang tidak perlu berbelanja lebih adalah dengan mengamalkan minuman teh halia. Orang selalu cakap teh ini berguna untuk membuang angina, namun ramai yang tidak perasan ia juga boleh membantu proses pencernaan serta efisien dalam membakar lemak.
5. Pastikan badan dapat rehat yang cukup iaitu tidur
Ramai yang mengatakan tidur 6-8 jam untuk orang yang pemalas sedangkan terdapat banyak kajian yang mengatakan ia adalah keperluan badan seorang dewasa. Tanpa tidur yang cukup, badan tidak akan berehat dan boleh mengundang pelbagai kesakitan serta mudah mendapat stress.
BACA: Jom Sixpack & Kempiskan Perut Dengan Senaman Ringan 10 Minit Ini!
6. Menukar beras biasa kepada beras perang
Ramai pakar nutrisi mencadangkan kita untuk menukar beras biasa kepada beras perang. Ini kerana di dalamnya terkandung pelbagai khasiat yang baik untuk badan. Masa yang sama ia juga adalah slousi terbaik untuk pesakit diabetes. Beras perang tinggi kandungan fiber untuk memelihara usus serta membantu proses penghadaman. Selain itu, ia juga membantu mengelakkan risiko sakit jantung & kolesterol.
7. Minum air kosong
Gula yang banyak dalam badan membuatkan badan kita cepat mengembung kerana gula akan bertukar menjadi lemak yang tidak di perlukan badan. Maka selain daripada air limau, air kosong adalah minuman yang paling mudah dan murah. Hanya jerangkan air dan minum pada waktu pagi serta ketika makan. Ia akan meneutralkan segala gula yang tidak diperlukan badan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI