Senaman kaki penting untuk menguatkan otot kaki dan memberi keseimbangan badan bagi mengelak anda mudah jatuh atau terkehel.

Bagi yang sering berlari atau berjoging, senaman ini perlu dilakukan agar aktiviti anda berjalan lancar.

Ini kerana otot di bahagian kaki merupakan antara otot yang paling besar pada tubuh badan kerana adanya tulang yang panjang dan besar. Bahkan otot kaki juga penting kerana ia menyokong bebanan berat tubuh badan.

Kekuatan kaki boleh menolak enam kali ganda berat tubuh badan. Sama seperti senaman otot lain, senaman kaki juga penting untuk menyeimbangkan otot yang terbentuk antara otot kaki dan badan.

Jadi kalau anda ingin kuatkan kaki dan dapatkan betis berotot, pastikan buat empat senaman ini secara rutin. Tak semestinya anda perlu ke gym, sambil tengok tv di rumah pun anda boleh lakukan senaman ini. Mudah kan?

BACA: Selain Tingkatkan Prestasi Larian, Senaman Kuatkan Kaki Pun Boleh Elak Risiko Cedera!

1. Lunge

Nak Elak Terkehel Masa Berlari, Praktikkan Senaman Kaki Ini Agar Kuat & Berotot!

Ads

Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat. Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.

CARANYA: Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan anda sehingga paras paha, selari dengan lantai.

2. Squat

Nak Elak Terkehel Masa Berlari, Praktikkan Senaman Kaki Ini Agar Kuat & Berotot!

Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini antara paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda. Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.

Ads

CARANYA: Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan. Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.

BACA: Sapu Dengan Minyak Selepas Kaki Terseliuh Rupanya Cara Salah, Ini Yang Sepatutnya Kita Buat!

3. Step Up

Nak Elak Terkehel Masa Berlari, Praktikkan Senaman Kaki Ini Agar Kuat & Berotot!

Senaman yang mudah dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada di taman rekreasi atau pun di rumah. Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda pijak, paras paha juga perlu selari dengan paras lantai. Jika terlalu rendah, ia kurang berkesan dan jika terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar, cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.

Ads

CARANYA: Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas, dan semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas . Jangan lakukan dengan terlalu laju. Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.

4. Sumo Deadlift

Nak Elak Terkehel Masa Berlari, Praktikkan Senaman Kaki Ini Agar Kuat & Berotot!

Senaman ini pula lebih efektif membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.

CARA: Posisikan kaki menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak dan jangan melengkung.

BACA: Buat Teknik Senaman Kaki Ini Di Rumah Untuk Dapatkan Kaki Mantap & ‘Super’ Seksi!

Lakukan senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3 hingga 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan bagi mereka yang ingin membakar lebihan lemak.

Follow Instagram MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI