Ramai di antara orang yang sebenarnya berminat untuk sertai atau mendaftar ke gimnasium atau gym. Namun mungkin disebabkan beberapa faktor mereka menangguhkan hajat tersebut. Salah satu perkara yang mungkin menjadi halangan mereka ialah perasaan malu atau belum bersedia.
Jika anda ada hajat tersebut usahlah berlengah lagi. Jika rasa was-was ikuti perkongsian dari MASKULIN di bawah tentang perkara perlu anda tahu dan buat jika ingin mendaftar masuk ke mana-mana gym.
PILIH GYM TEPAT
Pertama sekali pilih gym yang dekat dengana anda. Sama ada dekat dengan pejabat atau rumah anda. Faktor ini sangat penting kerana ia akan memudahkan anda untuk mengunjungi gym secara rutin. Bila lebih dekat maka lebih kerap dan rajinlah anda akan ke gym. Sasaran peribadi pun lebih mudah untuk dicapai!
Jika memilih gym yang ajuh lama-kelamaan ia akan membuatkan anda sedikit malas nak pergi dengan kerap.
PERLU TAHU TARGET ATAU GOAL
Walaupun ingin mendaftar gym buat pertama kali anda perlu meletakkan target atau goal tersendiri. Tanya diri sendiri “kenapa aku nak daftar masuk gym?”.
GUNA PERLATAN SESUAI DENGAN KONDISI DIRI
Di gimnasium akan terdapat segala macam peralatan bantuan senaman. Sebagai orang baru anda tidak boleh main pakai je ikut suka tanpa mengetahui cara penggunaan yang betul. Selain dapat elak kecederaan yang tidak patut anda juga boleh elak dari melakukan senaman sia-sia.
PERSEDIAAN BAIK SEBELUM KE GYM
Sama seperti melakukan aktiviti fizikal yang lain, bersenam di gym juga memerlukan persediaan yang baik dari segi fizikal dan mental.
Sebagai contoh jika anda ingin ke gym pada hari esok, pastikan pada malam sebelumnya anda tidur awal dah rehatlah secukupnya.
HARUS OPTIMIS
Jangan fikir dengan melakukan aktiviti gym selama dua atau tiga hari anda boleh jangka perubahan yang luar biasa. Di sinilah anda harus realsitik dan dalam pada masa yang sama juga kena optimis.
Paling penting lakukanlah senaman di gym dengan menggunakan pelbagai peralatan dengan bimbingan personal trainer. Bantuan dari mereka yang pakar mampu membantu anda mendapatkan hasil seperti yang diidamkan dengan lebih cepat!
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI