Nak Cerahkan Wajah Boleh Guna Kulit Kayu Manis, Ini 4 Kebaikan Lain Anda Boleh Dapat Darinya

Share

Kulit kayu manis merupakan salah satu rempah yang memiliki aroma tersendiri dan harum sehinggakan ia banyak diguna dalam berbagai jenis masakan.

Bukan sekadar berfungsi menambah kelazatan pada masakan malah kulit kayu manis ini mempunyai banyak manfaat seperti MASKULIN senaraikan di bawah berikut :

1. Membuang sel kulit mati

Sel-sel kulit yang mati kadang-kala tidak terbuang sempurna. Untuk mengatasi masalah tersebut, anda boleh menjadikan kulit kayu manis sebagai scrub untuk membersihkan wajah anda. Caranya, ambil 1 sudu teh, garam halus setengah gelas, teh sebanyak 1 sudu dan juga minyak almond. Adunkan secukupnya sehingga merata. Sapu pada muka, biarkjan kering dan bilas dengan air bersih.

2. Menjadikan kulit lebih cerah

Pancaran sinar matahari, debu dan pelbagai lagi faktor lain boleh menyebabkan kulit wajah menjadi gelap. Selain menggunakan masker, anda juga boleh menggunakan kulit kayu manis sebagai bahan asli untuk mencerahkan wajah.

BACA: Lelaki Yang Ingin ‘Maintain’ Muka Bersih & Kacak, Boleh Guna 7 Produk Ini, Barulah Flawless!

3. Memudarkan garis halus pada wajah

Manfaat kulit manis antara lainnya adalah boleh memudarkan garis halus pada wajah. Usia dan pelbagai lagi faktor lain dapat menyebabkan timbulnya garis-garis halus pada wajah. Ambil ramuan kulit kayu manis dan campurkan dengan minyak zaitun. Kemudian sapukan pada wajah secara rata. Lagi pun, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan wajah telah lama diketahui.

4. Menghilangkan bekas jerawat

Jerawat boleh dikatakan antara gangguan kulit yang biasa dan semua orang mengalaminya. Jika anda memicit jerawat sehingga meninggalkan kesan parut, maka atasi masalah tersebut dengan serbuk kulit kayu manis. Caranya, ambik serbuk kulit kayu manis sebanyak 1 sudu teh dicampur dengan madu. Sama seperti langkah di atas, bahan-bahan ini perlu dicampur kemudian disapukan pada bekas jerawat yang telah kering.

Published by
arif.karim