Selain wajah, tangan dan kaki juga sama pentingnya untuk anda jaga agar sentiasa bersih, tak berkerak dan cerah.

Lebih-lebih lagi bagi lelaki yang menunggang motosikal pasti kulit tangan anda mudah terdedah dengan cahaya matahari sehingga meninggalkan kulit gelap.

Tidak perlu produk mahal, sebenarnya ada cara mudah yang boleh anda amalkan untuk cerahkan kulit tangan. Petua mudah ini dikongsikan Eina Shukry menerusi entri Facebooknya.

Menggunakan dua bahan iaitu Krim Safi dan Vaseline, petua ini menjadikan kulit tangan dan kaki kembali cerah dalam masa yang singkat.

Ingin cuba? Jom ikuti perkongsiannya.

BACA: Tip Cerahkan Lutut, Siku, Buku Lali & Kaki Yang Gelap Serta Berdaki Guna 4 Bahan!

Ads

Boleh guna pada seluruh badan

Nak Cerahkan Kulit Tangan, Caranya Hanya Guna Krim Safi & Vaseline Je!

Ini dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana. Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.

Amalkan dalam masa sebulan

Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti. Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.

Ads

BACA: Lenyapkan Mata Panda, Ini Caranya Buat Sendiri Serum Untuk Atasi Gelap Bawah Mata!

Nak Cerahkan Kulit Tangan, Caranya Hanya Guna Krim Safi & Vaseline Je!

Polish setiap malam & inilah hasilnya

Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan. Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.

Ads

Nak Cerahkan Kulit Tangan, Caranya Hanya Guna Krim Safi & Vaseline Je!

Cara pakai

Calit-calit dulu Krim Safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.

BACA: Cara Mudah Hilangkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak Dengan 3 Jenis Buah Ini!

Nota tambahan

1. Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/Nivea.
2. Krim Safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
3. Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembap. Ramai yang salah beli.

Bagi yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI