Nak Cepat Bentuk Otot & Sixpack? Syaratnya, Kena Makan Pisang Setiap Hari!

Share

Jika anda nak cepat bentuk otot dan sixpack, kenalah makan pisang setiap hari. Pengambilan pisang memang bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Selain membentuk otot dan sixpack, makan pisang sebanyak dua biji sebelum melakukan senaman berat menjadi pembekal tenaga yang baik dan membantu mengekalkan gula dalam darah.

Ia kerana pisang mengandungi banyak serat serta beberapa antioksidan. Buah ini juga diperkayakan dengan potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein dan lemak.

Berikut adalah manfaat makan pisang seperti yang dipetik dari laman Boldsky.

1. Tidur lebih nyenyak

Harus diakui bahawa pisang juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Malah, nutrisi dalam pisang boleh meningkatkan kualiti tidur dan membuatkan tidur anda jadi lebih nyenyak.

2. Membentuk & memulihkan otot

Kandungan kalium dalam pisang juga boleh membantu tubuh anda mengekalkan tahap pH yang tepat. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu anda untuk membentuk otot dan memulihkan otot lebih cepat setelah sesi latihan.

3. Mencegah kemurungan

Menurut beberapa kajian, pengambilan pisang secara teratur dapat mencegah kemurungan. Kajian juga mendedahkan, rutin makan pisang juga boleh meningkatkan mood anda.

4. Mengecilkan pinggang

Bagi anda yang sedang berdiet, dapatkan manfaat daripada buah pisang. Buah pisang mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan tubuh sehingga menjadikannya ia sumber suplemen yang ideal bagi anda yang ingin mengecilkan pinggang.

5. Menguatkan tulang

Meskipun pisang tidak mengandungi kalsium, ia dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral dengan bantuan fruktooligosakarida. Malah pisang juga membantu untuk meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium.

6. Perut kenyang lebih lama

Pisang kaya akan pati yang melambatkan proses pencernaan. Oleh itu, makan sebiji pisang setiap hari mampu membuatkan perut anda kenyang lebih lama.

Published by
Roselinda