Pada zaman sekarang kita memang terdedah dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam dunia digital. Antara golongan yang sentiasa menjadi sasaran scammers dan penipu ialah selebriti. Sudah banyak kes berlaku di mana foto mereka telah diambil dan dijadikan untuk menyamar menjadi orang lain.
Itulah yang berlaku kepada selebriti lelaki berpengaruh di negara kita iaitu Datuk Hans Isaacs. Hari ini beliau mendedahkan ada pihak yang tak bertanggungjawab telah menggunakan fotonya sebagai profil di sebuah aplikasi mencari pasangan.
Menerusi satu posting yang dimat naik di Instagram beliau, @hansisaac beliau meluahkan rasa kecewa dan marahnya dengan tindakan tak bertangungjawab individu yang menggunakan fotonya. Orang menyamar menggunakan foto beliau muncul kononnya dengan nama Carl, berusia 45 tahun dari Kalang.
“This is FAKE and has NO link to me . Kalau nak cari pempuannnnnn guna lah muka sendiri brooo. At some point she will have to meet you face to face kan ???? #getalifebro”
Rata-rata follower Datuk Hans Isaac juga bersetuju dengannya dan menyatakan tindakan tersebut adalah salah.
Bagi MASKULIN perkara seperti ini patut dibanteras habis-habisan. Penipuan dengan menyamar atau mencuri identiti orang lain adalah satu kesalahan yang serius. Penipuan identiti ini juga boleh merosakkan imej identiti pemilik foto sebenar.
Ada sesetengah orang berpendapat menggunakan foto artis sebagai satu perkara biasa. Tapi hakikatnya jika digunakan untuk niat yang tidak baik ia boleh menjejaskan nama baik pemilik foto tersebut.
Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar.
Manakala di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan, hukuman bagi jenis penipuan secara menyamar ini adalah penjara tidak melebihi daripada tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Jika anda berjumpa dengan mana-mana akaun menggunakan foto orang lain terutamanya yang anda kenali cepat-cepat beritahu mereka. Antara perkara pertama yang mereka boleh lakukan ialah dengan membuat laporan kepada operator aplikasi di mana foto itu dimuat naik.
Dan jika ia melibatkan perkara yang mendatangkan fitnah, menjatuhkan maruah serta menjejaskan imej serta pendapatan segeralah buat laporan polis.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI