Nak Beli Helmet Baru? Ini Yang Harus Dititikberatkan Terlebih Dahulu

Share

Pemilihan helmet bukanlah sesuatu yang mudah ye, harus diingat ada beberapa faktor keselamatan yang harus di titikberatkan dan perlu diutamakan. Jadi, kami senaraikan apa yang perlu anda pentingkan ketika memilih helmet.

1) Jangan Sekadar Cantik & Bergaya

Helmet bukan sahaja mesti cantik dan bergaya saat anda menyarungkan di kepala. Ia juga haruslah bersesuaian dengan cara kita menunggang motor dan memenuhi keperluan diri. Pastikan ia mempunyai visor matahari yang boleh menurunkan silauan dan terik cahaya matahari.

2) Ketahui Saiz Kepala Anda

Jangan sesekali lupa untuk mengukur saiz kepala anda apabila ingin membeli helmet. Ya, kedengaran agak lucu, tetapi ia adalah faktor utama yang perlu anda titik beratkan. pastikan saiz kepala muat atau tidak terlalu longgar apabila anda menyarungkan helmet tersebut.

3) Pentingkan pengudaraan

Jangan sesekali lupakan pengudaraan, ini kerana apabila anda menyarungkan helmet dikepala, ia haruslah mengekalkan suhu yang selesa pada tubuh badan anda. Pastikan helmet anda dapat membebaskan udara panas dan mengekalkan udara sejuk di kepala.

4) Jangan Dilupakan Warna!

Pastikan warna yang dipilih bersesuaian dan mudah nampak pada waktu siang mahupun malam, ingat ya, jangan ambil mudah tentang pemilihan warna.

5) Tahu fungsi Dan Kelebihannya

Sekiranya anda mahu dapatkan helmet tersebut, ketahui dahulu fungsi dan kelebihan helmet tersebut. Lakukan sedikit reseach sebelum anda membeli atau dapatkan di kedai.

Published by
lany