Pemilihan helmet bukanlah sesuatu yang mudah ye, harus diingat ada beberapa faktor keselamatan yang harus di titikberatkan dan perlu diutamakan. Jadi, kami senaraikan apa yang perlu anda pentingkan ketika memilih helmet.
1) Jangan Sekadar Cantik & Bergaya
Helmet bukan sahaja mesti cantik dan bergaya saat anda menyarungkan di kepala. Ia juga haruslah bersesuaian dengan cara kita menunggang motor dan memenuhi keperluan diri. Pastikan ia mempunyai visor matahari yang boleh menurunkan silauan dan terik cahaya matahari.
Ads
2) Ketahui Saiz Kepala Anda
Jangan sesekali lupa untuk mengukur saiz kepala anda apabila ingin membeli helmet. Ya, kedengaran agak lucu, tetapi ia adalah faktor utama yang perlu anda titik beratkan. pastikan saiz kepala muat atau tidak terlalu longgar apabila anda menyarungkan helmet tersebut.
3) Pentingkan pengudaraan
Ads
Jangan sesekali lupakan pengudaraan, ini kerana apabila anda menyarungkan helmet dikepala, ia haruslah mengekalkan suhu yang selesa pada tubuh badan anda. Pastikan helmet anda dapat membebaskan udara panas dan mengekalkan udara sejuk di kepala.
Ads
4) Jangan Dilupakan Warna!
Pastikan warna yang dipilih bersesuaian dan mudah nampak pada waktu siang mahupun malam, ingat ya, jangan ambil mudah tentang pemilihan warna.
5) Tahu fungsi Dan Kelebihannya
Sekiranya anda mahu dapatkan helmet tersebut, ketahui dahulu fungsi dan kelebihan helmet tersebut. Lakukan sedikit reseach sebelum anda membeli atau dapatkan di kedai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan sebagai pemilik kereta salah satu perkara yang boleh meresahkan kita ialah apabila menyaksikan ekzos mengeluarkan asap yang berwarna sama ada putih, hitam atau kelabu.
Buat pengguna konvensional pastinya kita risau dan kurang arif tentang apakah maksud di sebalik warna ekzos tersebut, bukan?
Tapi tahukah anda setiap warna asap keluar dari ekzos membawa petanda kerosakan berbeza? Berikut MASKULIN kongsikan apa makna di sebalik warna asap ekzos.
ASAP PUTIH
Asap putih merupakan warna yang sering kita lihat keluar dari ekzos. Jika ia keluar selama beberapa saat selepas anda hidupkan enjin, itu merupakan perkara biasa kerana itu mungkin proses pemeluwapan. Akan tetapi jika asap putih cukup tebal yang keluar anda harus berikan perhatian.
Ini kerana itu merupakan antara petanda minyak pelincir memasuki kebuk pembakaran serta berlakunya kerosakan pada enjin kenderaan anda. Kemunculan asap putih juga mungkin membawa petanda berlaku kerosakan pada gasket silinder. Jika ini berlaku, segeralah bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa dan dibaiki segera.
ASAP HITAM
Andai kata ekzos kereta anda keluar asap hitam berkpeul-kepul. itu merupakan satu petanda tidak baik. Kemunngkinan besar enjin kereta anda tidak dapat udara mencukupi yang menyebabkan bahan api dibakar berlebihan. Jadi apa yang perlu anda periksa ialah penapis udara kerana ada kemungkinan ia tersumbat. Selain itu, cuba juga bersihkan penapis. Jika kondisinya teruk tukar sahaja yang baru.
Namun jika anda dapati penapis udara keadaan baik namun masih mengeluarkan asap hitam, itu mungkin petanda injektor bahan api, manifold atau komponen lain ada masalah. Jadi langkah terbaik selepas itu ialah bawa segera ke bengkel.
ASAP KELABU
Asap ekzos berwarna kelabu pula mungkin petanda enjin membakar minyak transmisi daripada silinder atau terdapat kerosakan pada gelang piston. Perkara anda harus lakukan ialah perhatikan dengan baik supaya pembaikan dapat dilakukan segera sebagai langkah pemulihan.
Selain warna asap, anda juga boleh cuba cari bau atau hidu bau terbakar yang menunjukkan masalah pada komponen pengecas turbo. Jika terdapat kerosakan seperti yang disyaki, baikilah dengan segera agar kerosakan lebih teruk dapat dielakkan. Segera baiki apa yang patut bagi mengelak kos pembaikan yang lebih tinggi.
Biru di sini bukanlah bermaksud kebiruan yang terang. Asap yang berwarna kebiruan ini membawa maksud terdapat kebocoran di dalam enjin. Jika ini berlaku, enjin kereta anda mungkin sedang membakar minyak hitam.
Kebocoran minyak hitam boleh berlaku disebabkan kerosakan pada kedap injap (valve seal), masalah pada dinding silinder atau gelang piston (piston ring) haus/rosak. Jika ia keluar ketika memecut pula itu mungkin bermakna gelang piston yang rosak. Manakala jika asap berwarna sama keluar ketika nyahpecut, kebarangkalian itu berpunca daripada kepala silinder.
Jadi perhatikanlah asap ekzos kereta anda ya untuk kenali pasti apakah kerosakan yang mungkin telah berlaku.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmyFilem sekuel kepada “Mat Kilau” ini turut menampilkan dua pelakon dari negara jiran yang turut terlibat, salah seorangnya ialah Tissa Biani. Mungkin ramai rakyat Malaysia yang mengenali Tissa melalui lakonannya dalam siri “Gadis Kretek”, filem seram “KKN Di Desa Penari” dan “Makmum”. #tissabiani #pendekarawang #darahinderagajah #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Di satu pagi yang mendamaikan, anda denga gembira melangkah ke kereta untuk menuju ke tempat kereta. Namun hati kemudian luluh kerana enjin kereta tak hidup. Memang stres dibuatnya!
Masalah kereta tidak dapat dihidupkan adalah satu mimpi ngeri buat sesiapa sahaja terutamanya bila kita hendak cepat untuk ke mana-mana destinasi. Buka bonet kereta tetapi anda blur tidak tahu apakah punca mengapa enjin kereta tidak dapat dihidupkan.
Usah garu kepala kerana terdapat beberapa punca biasa yang MASKULIN ingin kongsi kali ini. Mungkin selepas ini kereta tak hidup tidak lagi jadi masalah yang menghantui anda bila sudah tahu puncanya.
JENIS KEROSAKAN BIASA YANG BOLEH BERLAKU
BATERI LEMAH
Kenderaan yang ditinggalkan dan tidak dihidupkan pada tempoh seminggu ke atas boleh alami kemerosotan kuasa bateri. Ia berlaku sedikit demi sedikit sehinggalah bateri hilang kuasa sepenuhnya.
Masalah ini dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.
AIR RADIATOR BERLUMUT
Ini juga salah satu masalah yang boleh berlaku. Air yang terdapat dalam radiator bercampur dan berlumut lalu membentuk kotoran. Apabila enjin dapat dihidupkan sistem penyejukan termasuk thermostat dan pam air bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.
Enjin pula akan menjadi sedikit panas. Oleh itu air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.
MASALAH FUEL PUMP
Bila lama tidak digunakan ini boleh menyebabkan semua minyak yang terdapat pada injector atau berkumpul pada fuel filter. Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.
Tiada angin, tiada ribut kereta anda tiba-tiba ada bau hangit dan kemudian berasap. Lampu suhu indikator pula menyala merah!
Nampaknya kereta anda sudah overheat! Tapi tahukah anda sebenarnya kondisi kereta atau enjin menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
JADI APA MASALAHNYA?
Berikut merupakan beberapa masalah yang boleh anda kenal pasti.
Kurang atau tiada langsung air di dalam radiator
Motor kipas rosak atau bermasalah
Kipas penyejuk radiator rosak dan tidak berfungsi dengan baik
Masalah pendawaian, relay atau coolant temperature switch
Radiator bocor
Radiator tersumbat
Hos getah penyambungan berkaitan sistem penyejukan pecah atau bocor
Masalah termostat
Drive belt kendur, rosak atau putus
Pam air bocor, rosak atau tidak berfungsi
Core plugs bocor
Laluan air atayu coolant di dalamnya tersumbat
PERKARA PENTING
Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.
Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.
Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.