Selama ini mungkin ada di antara anda berpendapat setiap headphone berwayar menghasilkan audio yang lebih kurang sama saja. Namun tahukah anda bahawa itu sama sekali tidak benar. Jika anda biasa menggunakan earphone atau headphone yang biasa-biasa kemudian cuba yang berkualiti tinggi. Pasti anda terkejut sakan!
Selain jenama dan binaan luaran yang lebih mantap apakah yang memberikan faktor perbezaan ketara setiap headphone? Jawapannya adalah kerana headphone dilengkapi dengan bicu audio yang memiliki fungsi yang berbeza. Dan ini dapat dikenal pasti dengan melihat jalur yang ada pada hujung wayar.
Sebagai contoh ada headphone mempunyai sama ada satu jalur, dua jalur, tiga jalur dan kadang-kala ia tersedia dengan fungsi USB.
Perbezaan empat jenis penghujung wayar ini turut dikenali dengan terma seperti berikut:
Fungsi ini hanya boleh menyokong audio mono sahaja tanpa kesan stereo. Kebiasaannya, ia boleh didapati pada wayar untuk gitar elektrik.
Fungsi TRS adalah menghasilkan audio-audio stereo yang membezakan bunyi antara fon telinga kanan dan kiri. Jalur tersebut mempunyai fungsi menebat yang membezakan satu fungsi kepada fungsi yang lain.
Kebiasaan digunakan pada telefon pintar moden. Mempunyai dua bahagian untuk audio (stereo) satu bahagian lagi untuk mikrofon. TRRS juga mempunyai fungsi untuk memberi isyarat seperti contoh menamatkan panggilan.
Audio dan mikrofon disambung bersama ke bicu menggunakan sambungan USB.
Sumber: Wiser.my, Geeksmate dan Headset Buddy