Walaupun anda adalah dari kalangan mereka yang rajin mengunjungi pusat kesihatan setiap hari, anda masih mahu mengambil berat terhadap pemakanan anda untuk mendapatkan keputusan bentuk tubuh yang anda ingini.
Makanan yang betul boleh membantu anda untuk membina otot dan membuang lemak yang tidak anda ingini daripada perut anda yang boleh menghalang otot 6-pack anda dari kelihatan, menurut pakar diet Marie Spano. Pemakanan yang salah boleh menjadikan segala usaha anda di dalam gimnasium selama ini sia-sia.
Baca berikutnya untuk mengetahui makanan mana yang diambil atau dielakkan untuk membantu penghasilan otot perut yang seksi dan digilai ramai.
Yogurt Yunani
Selain dari dipadatkan dengan 23 gram protein untuk membina otot dalam satu cawan, yogurt jenis ini juga amat kaya dengan calcium dan probiotik yang mana boleh membantu anda untuk membina otot pada perut anda.
Menurut kajian mereka yang mengambil yogurt jenis ini berjaya untuk menghilang lemak pada bahagian perut jika mereka mengambilnya setiap hari.
Siapa yang tidak mengambilnya mempunyai risiko untuk gagal mendapatkan otot perut yang diingini.
Tepung Protein Whey
Ads
Sumber protein dari bahan ini mengandungi asid amino yang dapat mengurangkan kerosakan otot ketika senaman dan menggalakkan pemulihan otot untuk membantu senaman anda mencapai teras dengan lebih berkesan.
Menurut kajian dari jurnal Faseb, mereka yang mengambil protein secara dua kali ganda, dapat menghilangkan lebih banyak lemak serta mengekalkan lebih banyak otot dari mereka yang tidak berbuat demikian.
Bijian Penuh
Karbohidrat kompleks, terutamanya yang kerap didapati dii dalam bijian penuh adalah amat penting untuk memberi lebih kuasa kepada senaman anda di samping membantu anda mencapai matlamat fitnes yang anda inginkan.
Ads
Sebagai tambahan, fiber daripada bijian penuh itu juga boleh membantu anda untuk mengurangkan lemak pada perut anda serta meningkatkan tahap kekenyangan anda yang membantu anda untuk mengelakkan diri dari terlebih makan.
Asparagus
Tangkainya yang hijau itu adalah cukup kaya dengan fiber prebiotik, sejenis fiber yang membantu untuk menjana bakteria baik di dalam sistem penghadaman serta mengelakkan anda mengalami kembung perut.
Ads
Kadar anti-oksidannya yang tinggi juga dapat membantu anda untuk mengekalkan kekuatan otot-otot asas sambil mengelakkan kenaikan berat badan yang disebabkan keradangan. Selain itu mereka yang kerap mengambil sayuran selalunya memiliki kurang lemak pada badan.
Teh Hijau
Antara kadar kafein dan anti-oksida yang ada pada teh hijau, ia juga memiliki beberapa kebaikan lain untuk kesihatan.Walaupun kedua-dua nutrisi tersebut boleh membantu dalam mengurangkan lemak pada perut anda, jika dipadankan dengan senaman boleh benar-benar membantu anda untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki.
Anti-oksida yang kuat di dalam teh hijau pula boleh bertindak untuk meningkatkan kadar oksigen di dalam badan untuk dijadikan penjana ketika anda sedang berpeluh.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam sebuah dokumentari bertajuk ‘Beckham’ yang ditayangkan di Netflix, bekas Kapten England dan pemilik bersama Inter Miami, David Beckham mendedahkan dirinya mempunyai gangguan Obsesif Kompulsif (OCD).
Selain daripada mempunyai kerjaya yang membanggakan, beliau juga merupakan suami kepada selebriti jelita dari kumpulan pop Spice Girls, Victoria Beckham.
Namun siapa sangka hidup bintang terkenal yang kelihatan bahagian itu turut mempunyai noda hitam apabila beliau mendedahkan penyakit kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD) yang dihidapinya.
Dalam dokumentari Netflix baru-baru ini, beliau berkata bahawa dirinya sering menghabiskan masa berjam-jam membersihkan dan mengatur rumahnya meskipun ketika itu seluruh ahli keluarganya sedang lena dibuai mimpi.
“Hakikatnya setiap hari saya akan membersihkan rumah, menghidupkan lampu dengan skala keterangan yang betul dan bersihkan setiap pinggan mangkuk yang kotor,”
“Bahkan ketika saya membersihkan lilin, saya akan pastikan asap yang keluar hanya berada dalam ‘kawasan’ lilin itu sahaja. Ya, saya tahu itu pelik,” akui bekas kapten bola sepak England itu.
Menurut isterinya juga, David adalah seorang yang mementingkan kesempurnaan dan mempunyai ritual pembersihan yang sangat ‘strict’ baginya.
Menurut Daily Mail, suami penyanyi itu akan mengira pakaian dan meletakkan majalah dalam garis lurus dan corak simetri.
“Saya mempunyai gangguan obsesif kompulsif (OCD) ini di mana saya perlu mempunyai segala-galanya dalam garis lurus atau semuanya perlu berpasangan. Saya akan meletakkan tin Pepsi saya di dalam peti sejuk dan jika terlalu banyak maka saya akan meletakkannya di dalam almari lain kerana ianya perlu kelihatan sempurna di mata saya,” ujar beliau.
Hmm…siapa sangka David Beckham pun ada sisi kelemahannya walaupun dilihat sebagai lelaki yang sempurna di mata peminatnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Ambil beberapa biji bunga cengkih dan sumbatkanlah ke dalam botol syampu. Nescaya anda akan merasai perubahan yang hebat di kepala.”
Kedengaran aneh dan mustahil bukan? Tetapi inilah realiti yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial, Najwa Qadah tentang khasiat di sebalik bunga cengkih itu.
Sudah kali kedua guna petua dari Arab
Ujar Najwa, dia yang mengambil petua dari negara Arab itu sudah mengamalkannya sebanyak dua kali.
Ini kerana bunga cengkih memiliki banyak kegunaannya selain daripada digunakan untuk tujuan memasak.
Bantu atasi masalah rambut
Antaranya, bunga cengkih boleh menghilangkan masalah kelumumur, rambut berminyak serta rambut gugur.
Caranya mengikut cadangan Najwa, anda perlu masukkan beberapa biji bunga cengkih itu ke dalam botol syampu yang anda gunakan.
Antara khasiat lain
Selain itu, amalan ini turut memberi hasil lain yang lebih memuaskan sama ada kepada bayi atau wanita bertudung seperti :
1. Melebatkan rambut bayi
2. Menghilangkan gatal kulit kepala
3. Selesaikan masalah rambut kering
4. Kuatkan semula daya tahan rambut.
Anda boleh menggunakan apa-apa syampu kegemaran anda dan semoga dengan perkongsian ini, ia memberi banyak manfaat!
Kredit : Najwa Qadah
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak 15 tahun kebelakangan ini sukan pertarungan mix martial art atau MMA telah melonjak sebagai antara sukan paling popular di dunia. Dengan aksi yang lebih lasak serta lebih ‘real’ tidak hairanlah mengapa ia kini menjadi industri sukan bernilai lebih USD7 billion!
Di antara nama atlet MMA yang sering ditonjolkan dalam pertarungan epik UF ialah Conor Mcgregor. Malah dia merupakan antara atlet MMA yang mampu menjana pendapatan paling tinggi dalam sejarah sukan tersebut.
Baru-baru ini, UFC telah mengumumkan pertarungan ketiga di antara Conor Mcgregor dan pencabaranya, Duastin Poirer. Dan sejurus selepas pertarungan antara Israel Asesanya dan Marvin Vettori dalam kategori UFC 263, UFC telah melancarkan trailer pertarungan yang dijangka epik.
Foto: UFC
Trilogi pertarungan ini lebih menarik kerana kedua-duanya pernah mengalahkan di antara satu sama lain. Jadi semestinyanya pertarungan ketiga ini mempunyai signifikasi yang cukup untuk Mcgregor dan juga Poirier.
Pengenalan trailer diberi nama ‘The Trilogy’ tersebut merupakan salah satu cara UFC untuk membina hype lebih tinggi terhadap pertarungan di antara dua jaguh lightweight tersebut.
Pertarungan di antara dua atlet profesional MMA ini bakal dilangsungkan di T-Mobile Arena di Las Vegas pada 10 Julai 2021 dan ia turut akan disiarkan secara par-per view untuk tontonan peminat di seluruh dunia.
Mengimbau semula prtarungan pertama mereka pada 2014, Conor Mcgregor pada ketika itu sedang mencipta nama dan meniti status legenda mengalahkan Dustin Poirier. Namun pada pertarungan kedua awal tahun ini, Poirier membalas dendam kekalahannya dengan kemenangan bergaya.
Buat peminat UFC, inilah antara pertarungan yang tidak harus dilepaskan! Adakah anda team Mcgregor atau team Poirier?
Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.